Bab 25

25K 1.5K 159
                                    

Nadra berjalan ke dalam restoran melayu untuk makan tengah hari bersendirian. Masam mukanya berjalan masuk ke dalam restoran itu kerana Malik yang tidak mahu menemaninya. Nadra nak merajuk dengan Malik sampai isyak!

Punggung dilabuhkan pada kerusi sambil mata tidak lepas memandang skrin telefon.

"Order, cik."seorang pelayan datang meletakkan menu di hadapan Nadra.

"Bagi nasi goreng ayam kunyit dan air sirap ais. Terima kasih."kata Nadra dan menghulur kembali menu kepada pelayan itu.

Mata Nadra memandang sekeliling restoran yang sudah penuh dengan orang ramai dan tiba-tiba matanya terpandang seseorang yang baru saja berjalan masuk ke dalam restoran.

Laju tangan Nadra mengangkat beg tangannya bagi melindungi wajah dari dilihat oleh orang itu.

"Shit! Kenapalah kena terserempak dengan jantan tak guna ni."gumam Nadra perlahan. Matanya memandang sekilas ke arah lelaki itu sebelum kembali mengangkat beg tangannya.

"Nadra."

Nadra mengetap bibirnya apabila mendengar suara yang sangat dikenalinya. Memang malang betul hari ini.

"Rais."sebut Nadra perlahan dengan senyuman kekok. Beg tangan kembali diletakkan di atas peha.

"Nadra lunch seorang ke?"tanya Rais dan melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Nadra tanpa izin.

"Taklah. Tak nampak ke malaikat kiri dan kanan I ni."balas Nadra sarkastik. Matanya kembali memandang telefon di tangan.

Suami Hot🤤
+Kau dekat restoran mana?

Terbentuk senyuman nipis dibibir Nadra. Tadi kemain tak nak sekarang sibuk tanya dia dekat mana. Automatik Nadra menjulingkan matanya ke atas.

-Restoran melayu tepi masjid putih.

Terus Nadra menyimpan telefonnya apabila makanannya telah sampai. Tetapi dahinya kembali berkerut apabila melihat tubuh Rais yang masih duduk dihadapannya.

"Bila you nak pergi? I nak makan bersendirian tanpa teman."kata Nadra tegas. Rimas pula dia apabila Rais tidak lepas memandang ke arahnya.

"Tapi I nak makan berteman jadi you temanlah I."kata Rais selamba sambil memeluk tubuh.

"Gila! Pergilah duduk tempat lain. Tak elok kalau orang nampak kita makan semeja dan lagipun I isteri orang. Tak manis kalau orang tengok."kata Nadra dengan nada geram.

"I tak nak dan biar sajalah dengan pandangan orang. Kita cuma makan bukannya buat benda bukan-bukan."Rais masih dengan pendiriannya yang mahu makan dengan bekas isterinya.

"I tetap tak nak makan dengan you! Kalau you tak nak, biar I yang duduk dekat meja lain. Tak ada selera nak makan dengan orang yang I tak suka."kata Nadra sambil menjeling Rais. Tangannya sudah sedia mahu mengangkat makanan tetapi digenggam pula oleh Rais.

Laju Nadra merentap tangannya dari digenggam oleh Rais. Tangan ditahan dari menampar atau menumbuk Rais. Lelaki ni memang cari pasal!

"You jangan jadi bodoh sangat. Kita dah haram untuk you sentuh I macam tu saja so jangan sentuh I sesuka hati."kata Nadra perlahan tetapi tegas. Dia tak mahu menganggu pelanggan yang lain dengan drama mereka.

"Sit, Nadra. Kita makan saja and then kita balik okay?"kata Rais lembut untuk memujuk hati Nadra.

"You ingat kita kawan? Sorry I tak nak."kata Nadra dan tangannya mula mahu mengangkat makanan tetapi secara tiba-tiba pinggangnya ditarik kuat oleh Rais untuk duduk di kerusi bersebelahan dengam bekas suaminya itu.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now