Setelah bersiap aku turun ke bawah bersama mak ngan abah yang menikmati sarapan pagi.. aku senyum kepada mereka "assalamualaikum..selamat pagi mak abah..."kataku sambil menarik kerusi..
"Waalaikumsalam"kata mak ngan abah serentak.. aku hanya sengih tayang gigi.. "ermmm. Sedap la mak masak mee goreng ni"
"Jadi selama ni mak masak tak sedap ke?"kata mak "aii mak macam jauh hati je.. mana ada mak masak sedap la hari-hari sedap masakan mak the best la..kan abah kan?"kataku sambil mengangkat ibu jari. Aku menyuap mee goreng dalam mulut emmm memang sedapp .."iya la som masakan awak ni la yang paling sedap sebab tu la abang makin sayang" kata abah dan mak hanya senyum-senyum.."kalau anak dan suami kata macam tu bagus la" hehe..senang je pujuk mak ni dia merajuk tak lama.. "Mak adik mana?" Baru aku teringat aku ada seorang adik dan seorang abang. Abang aku melanjutkan pelajaran di luar negara di UK. Jadi yang tinggal dalam rumah ni hanya aku,mak,abah dan adik aku yang bongsu..
"Adik kamu awal-awal lagi dah keluar ada extra class katanya"
"Ouhhh..ah ah la baru Nia ingat semalam adik ada cakap dekat Nia" adik aku beza 2 tahun je dengan aku.. sekarang dia tingkatan 3 sebab nak ambil pt3 kot tu yang ada exrtra class bagai.. tapi aku ni yang nak ambil spm takde pulak. Mungkin minggu depan baru ada lagi sebab akhir-akhir ni sibuk je dekat sekolah kadang-kadang balik petang sebab tuisyen.. spm nak dekat dah so kena la kerja keras agar aku dapat keputusan yang cemerlang.. aku pun nak pergi luar negara macam abang aku tu... aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Setelah sarapan abah dah pergi kerja. Abah pensyarah dekat universiti malaya.. mak pula suri rumah sepenuh masa. Aku menjenguk mak di dapur.."Mak,,,mak tengah buat apa tu"?
"Mak tengah main bola ni tak nampak ke? Perli mak.. ish mak ni
"Alah,mak ni orang tanya elok-elok kot"
"Nia kan dah tengok mak buat apa jadi yang kamu menanya lagi tu kenapa?"
"Orang bosan la mak tak de kerja nak buat"
"Kalau takda kerja bantu la mak nengemas kamu cuci pinggan mangkuk tu ha" aku melihat sinki laa bukannya banyak pun pinggan tapi takpa la lagi bagus kalau sikit je... Setelah selesai membantu mak di dapur aku terus ke dalam bilik untuk mengambil telefon bimbit..
"Eh ada mesej la"gumamku sendiri..Mesej dari Lyla. Aku buka mesej tersebut
*Nia,kluar jom kitaorg tggu kw kat tmn ni.
-jap ah aq tnya mak aq dlu
*ok.
Ish diorang ni pun satu hal aku baru je nak rehat-rehat dah diajak keluar tapi tak pa la duduk rumah pun bosan jugak.
Aku lihat mak sedang duduk-duduk halaman rumah kalau mak duduk macam tu bererti semua kerja dah siap..Aku menerpa kearah mak sambil duduk sebelah mak aku tanya dia "Mak Nia nak keluar boleh,Nia nak ke taman kawan Nia ajak tadi"?
Mak pandang wajah aku lama dan aku hanya senyum saja..
"Ermmm.. boleh la tapi jangan balik lewat sebelum pukul 5 kamu balik nanti abah kamu bising pulak" yeah sebab ni la aku sayang Mak sangat-sangat sebab mak sporting.."baik la mak" kataku sebelum aku berdiri sempat aku kucup dan peluk mak "sayang mak"
"Sayang ada makna la tu"
"Eh eh..mana ada Nia sayang mak hari-hari tau tak ada nya nak bermakna-makna ni semua".mak hanya tersenyum. Aku berlalu masuk ke dalam bilik untuk bersiap iyala takkan la aku nak pakai t-shirt dengan seluar track kot.
Sesudah bersiap aku keluar dari rumah sebelum keluar sempat aku salam tangan mak. "Assalamualaikum mak Nia pergi dulu"
"Waalaikumsalam.. elok-elok jalan tu nanti terlanggar apa-apa ke"
"Baikla mak" ish mak ni macam la aku nak jalan jauh rumah aku dekat je kot dengan taman tu tak jauh pun kalau aku jalan kaki 10minit macam tu sampai la.