BAB 12

72 1 0
                                    

"Assalamualaikum... Nia dah balik" aku memberi salam lalu masuk ke rumah.
"Waalaikumsalam.." balas Isya yang duduk di sofa ruang tamu sambil bermain dengan telefon bimbitnya..
Tu aku tak hairan tapi yang peliknya apasal adik aku ni tengok aku lepastu tengok tepon dia dan senyum-senyum.. aikkk. Cam ada apa-apa je. Umpat aku ke?(--〆)
"Kau kenapa dek.. tersengih-sengih tengok akak ada apa-apa ke?" Soalku ingin tahu.
"Hehe.. takda la saje je cantik akak hari ni"
Ek elleh.. memuji aku ada makna la tuu.. tapiii aku memang cantik pun.hahaha masuk bakul angkat sendiri pulak aku..*^▁^*

"Hah.. Nia kenapa tak naik atas? Pergilah kamu mandi jangan lupa solat maghrib" ujar mak yang baru keluar dari dapur. Ermm..mungkin tengah sediakan makan malam kot.. Adik aku si Isya ni tak boleh harap bukannya nak bantu, sibuk dengan tepon je... haiiiii.

"Baik la mak..." Aku terus meluru naik ke atas tapi sebelum tu sempat aku kacau si Isya aku rampas tepon dia dan aku lihat di screen
*abg syg sgt2x dkt dya Isya..dri dlu hingga kini...
Hanya itu yang sempat aku lihat sebelum adik aku rampas balik tepon dia.

"Apa akak ni.. main rampas-rampas tepon orang.. eeee.. tak suke laa.." hihihi.. marah la tuu.
"Elleh.. akak gurau je la.. dah la akak nak naik.. byeeee" dan aku naik ke bilik. Abang?? Takkan la abang airil kot.. kalau abang airil buat apa dia nak mesej isya?? Duduk serumah kott.. hurmm?? Abang sayang dia kot? Tapi apasal sayang dekat orang lain?
Ishhh.. apa aku ni peduli la bukan urusan aku, nama aku pun tak disebut.←_←

Usai mandi dan solat aku terus merebahkan badan ke katil.. hurmm awal lagi nanti makan malam baru aku turun..
Kenapa aku tak tolong mak aku?
Sebab mak aku paham yang aku penat dari kerja tapi habis makan kan aku tolong kemas balik.(*^_^*)

Fikiranku melayang...
Waktu tengah hari.

"Nia jom kita lunch..kan Nia dah janji hari tu nak belanja akak makan tengah hari."kata Puan Daya yang tengah duduk duduk di hadapanku sambil tayang gigi.
Dia bahaskan dirinya akak setelah aku bekerja di syarikat ni..

"Ok.. jom"kataku lalu berdiri. Dan kami beriringan keluar dari pejabat untuk ke kedai makan.

"Akak.. Nia lupa la nak tanya akak haritu kenapa Nia boleh dapat kerja padahal tak pergi temuduga pun." Soalku ingin tahu.. yalah selama ni aku tak tanya pun sebab selalu lupa dan masa tak sesuai.

"Ermm.. entahlah akak pun tak tahu.. yang akak tahu bos yang suruh dia cakap terima je Nia tapi Nia je tau yang lain tak pun.. pelikkan. Macam ada apa-apa je.. eh, kamu belum jumpa lagi dengan Encik Naufal kan?"

"Iya la kak belum lagii.. Encik Naufal tu baik ke? Rupa dia cam mana?" Kali ni aku nak bagi konfom yang c Nazrin tu Encik Naufal bos aku.

"Mesti la baik Nia.. Rupa dia hensem kacukan orang filipina sebab tulah muka dia ala-ala pelakon filipina nama pelakon tuu kalau akak tak silap ROCCO NACINO..Hah!! Lebih kurang macam tu laa" terang Kak Daya kepadaku..

OMG!!Memang betul dia la tuu.. Hurmm apa aku nak buat niii.. arghhhh..
Dah la aku belum ada jawapan nak maafkan dia atau tak. >o

"Nia!.. ish budak ni mengelamun je.. Niaaa!!.." uii.. kuat jugak suara Kak Daya ni sebab semua pelanggan di restoran ni melihat kami.
"Ye kak.. kenapakah wahai kak Dayaku."
"Kenapakah kamu kata.. waktu lunch nak habis dah jom balik ofis."

Aku hanya angguk sambil sengih dan kami balik pejabat.

Tok!tok!tok!..

Ish sapa laa ketuk bilik pejabat aku nii.. Kalau Encik Nazril mesti dia main terjah je..
"Masuk" aku beri arahan.
Kelihatan wajah seorang lelaki berusia 20-an muncul..
"Cik Nia.. bos panggil..Dia suruh cik Nia pergi pejabat dia sekarang" erk.. habis laa.. mungkin dia nak pecat aku tak.. huarghh.

"Eh.. awak rasa sebab apa eak bos nak jumpa saya" aku menyoal c Amran ni..Aku tau nama dia dari tag yang dia pakai.

"Ermmm.. saya pun tak yahu Cik Nia saya ikut arahan je"
"Ouhh.. yalah jom" dalam hati aku dup dap dup dap la pulak.

Aku ikut je c Amran ni..Dia ni bujang lagi.. Muka pun boleh tahan hensem.
Hiihihi..asyik-asyik nak tengok yang hensem je(^_^)

Aku melangkah masuk.. Hanya aku dan Nazrin je dalam pejabat c Nazrin ni laa c Amran hantar sampai depan pintu je.

"Ermm.. ada apa bos panggil saya ni"Aku hanya berlagak tenang seperti orang profesional.
Dia duduk membelakangkan aku.. Elleh macam cerita kat tv tu bos membelakangkan pekerja sekali dia pusing kerusi muka terkejut la jatuh hati laa.. erk.. jatuh hati? Merepek sudah.

Dia pusing kerusi kan betul.. Dan menongkat dagu sambil pandang aku.. Aku dah tak terkejut dah sebab aku tau dah dia bos
"Saya panggil awak sebab..."
"Maaf saya belum ada jawapan untuk soalan bos tu" laju je aku menjawab padahal soalan tak dibagi lagi.. yalah aku tau la dia nak tanya apa..

"Erk.. Nia saya belum habis cakap lagilah.. jawapan apa? Saya bukannya nak melamar pun sampai nak jawapan bagai..hihihi. saya nak bagitau minggu depan awak ada tugasan kat korea. Awak kena pergi outstation..awak ok tak?" Ujarnya sambil senyum-senyum.. elleh suka la tu kenakan aku sengaja kasi lama
ayat dia.. eee nasib la kau bos

"Saya tak tahu lagi la bos.. nanti saya bagitau la.. saya kena tanya mak saya dulu"
"Mak awak mesti bagi tuu" katanya ewahhhh.. macam mana la dia boleh tau mak aku izinkan. Aiiii.. benci tu ada tapii.. hurmmm

" kan bagus kalau bahaskan diri saya awak je jadi tak la kasar sangat" C Nazrin cakap macam tu sebelum aku pergi pejabat aku balik..

Dia nak cakap tu je.. Takkan la tak boleh pesan je dekat c Amran PA dia tu. Hurmm.. teringat pulak yang Oppa aku takde tengahari tadi dia ada urusan kat Sarawak.. Tak sempat nak jumpa.. aii tiba-tiba rasa rinduu.. erkk. Apalah aku ni.

"Niaaaaa... mari turun makan"laung mak dari bawah menghilangkan segala lamunanku.
Aku turun ke bawah untuk makan malam ada Isya dan abang Airil serta mak abah.

"Mak.. izikan kamu pergi"kata mak semasa aku membasuh pinggan mangkuk mak pula lap meja.

"Nak pergi mana mak?" Aii.. apa la mak aku ni.

"Eh eh.kan kamu nak ke korea ada hal bos kamu ada tepon mak minta izin dia kata nak pergi dengan kamu.Hati mak berat sebenarnya tapiii takpa la bos kamu baik mak yakin dia boleh jaga kamu." Apa la mak aku ni boleh pulak dia percaya c Nazrin tuu. Mak kenal ke.?
"Tapi.makk".
"Pergi jelah bukannya kamu yang bayar flight tu. Bos kamu jugak lagipun tak pa laa boleh jugak kamu ke korea" terang mak..
Dann aku nak kata apalagi

"Kalau mak kata macam tu oklahh... Nia akan pergilah" hehehe nak ke korea percuma kot walaupun pergi sana untuk bekerja. Tapii c Nazrin pun ikut.. aiii.. hurm malas nak fikir esok hari bermula macam biasa. Ermm. Macam rindu pulak dekat oppa aku. Haiiii

Tiba-tiba cintaWhere stories live. Discover now