Hari Isnin lagi cepat je masa ni belalu pejam celik pejam celik tinggal sebulan je lagi aku nak duduki SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM).
Sungguh aku tak sedar masa macam cepat sahaja berlalu..Banyak perkara yang berlaku beberapa bulan sudah.. Sekarang aku berusaha keras untuk berjaya.."Nia... kamu dah siap ke belum!!" Laung mak dari bawah..
"Dah mak kejap Nia nak turun la ni"
Aku melihat diriku di cermin sebelum turun ke bawah.. emm ok dah ni.. 'cantik jugak aku ni ye'aku berkata dalam hati.hehehe.. kalau aku tak puji diri aku sendiri habis tu siapa lagi kan..Aku turun ke bawah terus ke meja makan untuk sarapan..Aku lihat abah,mak, dan Isya.. "selamat pagi semua"kataku dalam nada ceria.
"Selamat pagi"balas semua serentak.."Ceria je akak hari ni ada apa-apa ke?"
"Takda la mungkin sebab mak masak nasi goreng kot..SEDAP..mashita"balasku kepada Isya sambil meyuap nasi goreng ke mulut.
"Iya la kak oi" jawab Isya..
Hari ni mak masak nasi goreng.. hurmm sedapnya bau rasa pun sedap.. masakan mak memang tak pernah menghampakan."Abah.. hari ni Nia ada
extra class so Nia balik lambat sikit"aku beritahu abah sebelum turun dari kereta Myvi abah.selama ni abah yang hantar kami ke sekolah.
"Hurm.. iya la tapi jam berapa kamu balik nanti?"
"Jam-jam 4:30 petang abah datang ya"
"Hurm.. iya la" kata abah sebelum keluar dari kereta aku salam tangan abah.. Adik aku dah masuk dari tadi lagi dia takda apa-apa dah nak buat sebab pt3 dah habis tapi kadang-kadang banyak jugal aktiviti yang di anjurkan oleh pihak sekolah agar budak-budak tingkatan 3 tak merayau-rayau je dekat sekolah.. Adik aku kata PT3 tu susah sebab soalan berunsurkan KBAT... Nasib baik tahun aku dulu PMR je kalau tak aku pun tak tahu la aku dapat keputusan yang macam mana.."Assalamualaikum.. hai korang" aku memberi salam setelah masuk ke kelas 5 Ibnu Sina..Aku duduk di sebelah Ayra..
"Waalaikumsalam Nia"jawab mereka serentak.. Aku hanya senyum dekat mereka..
"Nia apasal si Nazrin tu macam tak rapat dah dengan kita ek?" soal Ayra..
"Mana lah aku tahu..kau tanya je la dekat dia sendiri"jawabku menyembunyikan perkara sebenar...Nyla yang tahu hanya diam-diam sahaja.. Semua cerita aku si Nyla ni tahu sebab dia ni kawan aku dari sekolah rendah lagi jadi aku tak pernah nak berahsia dengan dia..
"Kau ni Nia beritahu je la kan kami ni kawan kau jugak"pujuk Hana kepada ku..
"Betullah tak da apa-apa aku pun tak tahulah kenapa" walaupun hakikatnya aku tahu kenapa Nazrin menghindar dari kami..
"Tak pa la kalau kau tak nak bagitau kitaorang.. aku tanya sebab kau kan tak suka kat dia."aku hanya mengangkat bahu tak tahu..Kelas bermula seperti biasa tapi aku tak fokus sebab aku teringat perkara yang menyebabkan Nazrin menjauh dari kami. Semuanya sebab aku..
Beberapa bulan sebelum..
"Nyla kau bagitahu kat Nazrin aku nak jumpa dia kat belakang sekolah boleh kan?"aku meminta tolong dekat Nyla sebab hanya dia je yang tahu masalah aku...
"Kau nak buat apa Nia jumpa dia belakang sekolah kau nak ajak dia dating ehhh?"kata Nyla dalam nada yang mengusik..
"Ish kau ni tak la... adalah sebab aku nak jumpa dia"
"Yalah nanti aku bagitau..tapi bagitau la aku sebab apa kau nak jumpa dia.Kau nak berbaik dengan dia ke ?"Nyla ni memang tak puas hati betul kalau aku tak bagitau dia ni..
"Ermmm...Nanti aku bagitahu jugak tu"
"ok.. awas kau kalau kau tak bagitau aku"
"Iya la cik Nurul Nyla Binti Nidzham..."
Nyla hanya sengih-sengih dekat aku.. Kalau aku sebut nama penuh dia itu bereti aku takkan mungkir janji..Seperti yang dirancang Nazrin jumpa aku di belakang sekolah... hahaha.. macam aku ni tergedik-gedik pulak nak jumpa lelaki di belakang sekolah lagi tu.. hermm tak pa yang ni last dan terakhir .
"Hai Nia... ada apa awak nak jumpa saya ni?" Ber awak saya la pulak macam apa je..
"Takda la aku cuma nak bagitau kat kau jangan nak rapat-rapat sangat dengan kami sebab aku tak suka."
"Tapi kenapa Nia sebelum ni ok je pun.. awak tak marah pun sebab saya rapat dengan korang?'
"Tu sebab aku terpaksa lagipun aku sayang kawan-kawan aku tapi sekarang ni aku dah tak tahan nak bagi senyum palsu kat kau berpura-pura yang aku ni ok je dengan kau.. Aku tak boleh dah nak jadi hipokrit jadi tolonglah jangan dekat-dekat dengan kitaorang lagi .. kau pun ada kawan kan jadi kau lepak je la dengan kawan-kawab kau tu"
"Nia kalau sebab perkara tu awak tak suka saya.. saya minta maaf sangat-sangat saya tak sengaja" kata dia merayu... ewah-ewah dia ni tak payah la kau nak merayu-rayu kat aku sebab akh takkan cairlah walaupun muka kau tu hensem..
"Aku tak bolehlah Nazrin nak maafkan kau.. Aku pun tak tahu kenapa berat je hati aku ni nak maafkan perbuatan kau tu" Memang aku tak boleh sunnguh walaupun aku paksa hati aku untuk maafkan c Nazrin ni tapi susah bagi aku nak maafkan dia .
"Baiklah kalau itu yang awak nak.. saya takkan dekat-dekat lagi dengan awak dan kawan-kawan awak"kata dia dalam nada yang sayu...Aku hanya diam dan berlalu meninggalkan dia di belakang
sekolah sendiri ..Hurmm nampak sangat yang aku ni jahat ╰_╯"Kenapa kau buat macam tu dekat dia Nia..kesian tau kat Nazrin kan dia dah minta maaf tu dengan kau"
Aku pandang wajah Nyla..Masa aku jumpa Nazrin dia juga ada temani aku yalah kan kalau berdua je nanti lain yang jadi.
"Kau tau kan apa yang dia buat kat aku sakit tau tak hati aku ni ..mungkin bagi kau itu semua hanya biasa tapi bagi aku tak.. jujur Nyla aku tak boleh nak maafkan dia sekarang" beritahuku pada Nyla..
"Tapi SPM dah nak dekat tak baik tau nanti kau tak tenang nak jawab sebab tak berbaik dengan sesama rakan"Nyla memberi nasihat kepada aku.
"Bukan aku sengaja Nyla tapi aku memang betul-betul tak boleh"
"Bukan tak boleh kau tu je yang tak nak ikhlaskan diri kau untuk maafkan dia tapi hurmmm.. tak pa la Nia mungkin kau perlu lebih masa lagi untuk maafkan dia dan. mungkin setahun tu tak cukup bagi kau kan" Nyla memang faham aku..
"Thanks Nyla sebab faham keadaan aku"
"Your most welcome dear""Hah! Apa yang kau menungkan tu Nia?"sergah Hana sambil duduk di sebelahku di pondok bas depan sekolah.Hilang segala lamunanku tadi sebab sergahan Hana.Abah pun lambat betullah dari tadi tak sampa-sampai.
"Tak da apa-apa la Hana aku cuma pikir je tak lama lagi kita nak ambil SPM kan?"
"Iya la Nia tak sampai sebulan lagi.. kau dah sedia tak?"soal Hana kepadaku..
"Insya-Allah aku dah sedia"balasku sambil melebarkan senyuman kepadanya..
"Bagus la.. Aku pun dah sedia ni..
Eh! Nia...Ayah aku dah sampai la ok la gerak dulu.Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"jawabku perlahan. Abah ni dah nak pukul 5:00 petang tapi tak sampai-sampai lagi. Hurmmm sabar je la..Tidak lama lepastu abah sampai juga ..Mungkin jem kot kat tengah jalan tadi.. ermm..(・へ・)