"NIAAAAA!!!"kedengaran suara mak memekik di telingaku aku lantas duduk tegak kerana teriakan mak yang tepat di telinga...
"Apa mak ni.. jerit-jerit kat telinga orang"ujarku dalam nada merengek sambil mengusap telinga sebelah kananku.. Boleh pecah eardrum aku kalau hari-hari macam ni..
"Eh eh.. mak pula yang di salahkan.. kamu tengok jam besar kamu tu sekarang?"Aku lihat jam dindingku.. 8:30 pagi..
"Kenapa dengan jam tu mak.. biasanya kalau macam ni kan.. baru Nia bangun.. lagipum sebelum ni mak tak bising sangat pun"kataku lagi..Aku kembali baring di katil sementara mak masih di sisi katil menggelengkan kepala.."Astagfirullahalazim... Ya Allah apasal la dengan anak aku ni..amnesia ke"? Aku dengar mak mengucap panjang..
"Nia anak mak.. bukan ke kamu ada temu duga hari ni?" Tanya mak lembut tapi kedengaran sinis.. hehehe..Mendengar penyataan mak.. Aku cepat-cepat lompat turun dari katil..
"Hah!!! Aduhhh makkk.. Nia dah lambat makk!"..aku meraung dengan mak..
"Itulah kamu dah la pergi cepat mandi.. Asyik-asyik dengan korea kamu tu je.. haiii Nia Nia." Aku tak peduli dah bebelan mak..Aku terus berlari masuk ke dalam kamar mandi.. kalau jatuh baru tau terpaksa lebam masuk bilik temu duga..Setelah bersiap aku turun ke bawah.. Aku lihat abah baca surat khabar dan mak sebelah abah tegok tv.
Abah dah lama pencen lagipun abang aku kan dah kerja dan duit dia berkepuk-kepuk dalam dompet.. hehehe..Aku tau sebab aku pernah nampak..Aku tak sempat sarapan aku terus meluru ke arah mak dan salam tangannya.
"Doakan Nia ya mak"
"Hurm.. mak sentiasa doa kan kamu nak"
Perkara yang sama aku buat kepada abah.." Assalamualaikum" aku memberi salam sebelum ke luar..
"Waalaikumsalam"balas mak dengan abah..Aku memandu kereta vivaku yang berwarna biru hadiah daripada abah dan abang aku sebab aku dapat keputusan yang cemerlang.. Happy aku dapat kereta..
Laju jugak aku bawak sebab dah lambat sangat harap-harap sempatlah.
Tiba-tiba...
Bummmm!!!!
Aku membreak mengejut.. Mati aku belum kerja lagi dah kena keluarkan duit..Aduhh macam mana ni..
Tok!tok!tok!.
Cermin keretaku di ketuk.. makkkk nak buka ke tak.. Ahhh.. buka je lah..
Aku menurunkan cermin keretaku untuk melihat siapa pemilik kereta yang aku langgar.... "Janganlah dia jahat" doaku dalam hati..Aku palingkan wajahku untuk menghadap dia.. Eh! macam kenal..
Aku lihat dahinya berkerut seribu lepastu dia senyum padaku."Eh!adik taman tu kan"kata dia..
"Eh!abang yang saya langgar tu kan?"soalannya aku balas dengan soalan.. wahhhhh!!! gembiranyaaa aku jumpa oppa aku lagi laa. ..Tapi aku cepat-cepat tahan riak wajah terujaku.. Kyaaa!!!!. Dah 8tahun dan hari ni aku jumpa dia lagi.. Bestnye+_+
"Iya abang la ni... takpe kamu ke tepi dulu kereta lain pun nak lalu jugak ni"ujarnya..
Dan aku memandu keretaku ke tepi jalan kalau lama-lama di tengah jalan tu dapat hon percuma la jawabnya nasib baik hari ni jalan lenggang je..
"Saya minta maaf bang.. saya tak sengaja sebab saya nak pergi temu duga hari ni tu yang bawak cepat tu."ujarku setelah meletak keretaku ke tepi dan turun dari kereta...
Aku lihat belakang keretanya calar sikit je tapi kereta marcedez kot mesti kos beribu ni.. aduiii di mana aku nak cekau duit ni..
Kereta aku pulak pecah lampu depan.. hurmmm kalau balik ni mesti kena marah...T_T."Hurmm.. takpa la lagipun kamu tak sengaja kan?" Soal dia lagi..
'Takpa la' maksudnya aku tak payah bayar la kan.. wuhuuu.. happy nye..
"Erk... abis tu nak settle macam mana ni nak saya bayar ganti rugi ke?" Soalku lagi
Harap-harap dia cakap tak payah..Amin doaku dalam hati.. hehe.
"Eh! Tak pe la..lagipun kamu kan baru nak kerja.. kamu temu duga jam berapa?"Yesss!! Akhirnya selamat jugak duit aku.. fuhh.. I LOVE U la oppa..(^O^)
Aku kerling jam di pergelangan tanganku 9:10 pagi.. Mampus!, aku dah lewat 10 minit..
"Ermm.. nampaknya macam saya tak dapat lah.. Dah lewat dah ni"ujarku bernada sedih.."Kamu pergi je.. Insya Allah kamu dapat tu.. Kalau tak dapat ni kad abang.."ujarnya menghulurkan kad kepadaku...Aku hanya lihat kad yang berada di tangannya..
" Erk..apasal pulak kena ambil kad abang?" Soalku pelik.. yalah sebab tiba- tiba je atau dia nak bagi aku kerja kalau aku tak dapat kot..
"Ambil je la... nanti kalau kamu takdapat kerja tu call abang mana la tau abang boleh bantu ke?" Uishhh.. baik sungguh dia ni dah la kereta dia aku tak bayar kalau tak dapat kerja pun dia yang akan bagi... Pemurahnye oppa aku.#^_^#
Aku terus ambil kad yang dihulur.
"Errr.. terima kasih bang. Saya tak tau nak balas macam mana dah"kataku..
"Eh! Takpa la lagipun abang ikhlas"
"Ok.. kalau macam tu saya minta diri dululah . Dah terlebih lewat ni..Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam..hati-hati memandu nanti langgar orang lain pulak " ujarnya dengan nada mengusik dan aku hanya senyum mendengar usikkannya serta terus berlalu menyambung pemanduanku...Sesampai di syarikat tersebut aku lihat lagi jam 9:35 pagi..
Habis lah mesti takdapat ni.
Aku terus berlari anak-anak masuk ke dalam syarikat yang tersergam indah di hadapan ku kerana nak cepat.. harap- harap aku dapat..
Aku taknak dah mintak duit dengan abah atau abang aku. Aku nak berdikari..