Sesampai di rumah aku lihat mak,abah,dan adik aku isya duduk di halaman rumah..
"Assalamualaikum mak,abah,adik"aku memberi salam lalu duduk di sebelah adikku.
"Waalaikumsalam"balas mak, abah dan isya secara serentak.
"Hah!Nia kenapa kamu balik lambat sangat ni?soal mak.Aduhai nampaknya mak dah nak buka siaran radio dia... Aku lihat jam di pergelangan tanganku 5:40 petang.
"Hehe.. Nia tak sengaja la mak orang tak sedar pun tadi sebab seronok sangat jumpa kawan-kawan Nia"aku hanya sengih memandang mak.
"Kamu ni kalau dah jumpa dengan kawan kamu tu terus kamu lupa rumah.Macam lah kamu tak jumpa dengan kawan kamu tu dekat sekolah sampai seronok sangat bagai.lagipun kan mak dah pesan tadi jangan balik lambat sebelum pukul 5:00 petang mesti ada di rumah" aii mak ni tadi kata kalau balik lambat abah bising tapi ni tak pun abah diam je..Aku hanya diam mendengar bebelan mak yalah kalau aku menyampuk kang bertambah lama lah mak bebel aku "kamu ni Nia banyak je alasan kamu kan mak tak tau la nak buat apa dengan kamu ni ish ish ish"keluh mak..
"Iya la mak lain kali Nia tak buat lagi dah" kataku bagaikan orang insaf ermm memang aku insaf sangat kalau dibebel panjang macam ni..
"Iya la tu tak buat lagi.. nanti mesti kamu buat lagi kan.. kamu cakap macam tu sebab nak suruh mak diam la tu" uishh mak ni macam tahu-tahu je.. hehehe aku sengih dekat mak..aku kerling isya yang duduk sebelahku dia sedang ralit dengan telefonnya kalau bukan main game,mesti wechat ni kalau tak pun facebook...
"Nia kamu dah solat asar ke?" Soal abah yesss abah macam tahu-tahu je aku nak lepaskan diri..aku pandang abah dan senyum dekat dia.
"Belum lagi bah"
"Hah tunggu apa lagi masuk la nanti terlepas waktu pulak"
"Baik la bah" lalu aku berdiri.. Belum sempat aku melangkah mak berkata"kamu suka la tu kan dapat lepaskan diri dari mak. Abang ni pun satu suka sangat nak manjakan anak abang ni"
"Som anak awak tu belum solat tahu tak nanti kalau dia dah solat kamu sambunglah bebelan kamu tu ya som" .Ni yang aku sayang abah lebih lagi ABAH THE BEST FATHER IN THE WORLD hahahaha...
"Yala pergi masuk solat sana"
Fuhhh akhirnya terlepas jugak aku..Aku melangkah masuk ke dalam rumah tapi sebelum tu sempat aku pandang abah "thanks bah" kataku tanpa suara dengan abah dan abah hanya mengangguk perlahan...Mak tak nampak sebab dia sibuk dengan majalah wanita dia.
Selesai menunaikan solat 4 rakaat aku terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah bersiap aku merebahkan tubuhku di atas katil yang empuk sederhana besar dan aku mengambil bantal peluk yang berada di sisiku.. hurmm.. seronoknya kalau macam ni.Aku memejamkan mata serta mengimbau kembali peristiwa yang menyebabkan aku lambat untuk berjumpa dengan kawan-kawanku.."Nyamannya...bestnya kalau macam ni hari-hari.. sejuk je cuaca"aku berkata sendiri dalam nada yang agak perlahan sambil mataku memandang ke langit yang biru..
Tiba-tiba.....
"Aduh"suara garau itu mengaduh kesakitan...
"Auch sakitnya" bahuku terasa sakit aku sapu-sapu sedikit bahuku yang agak sakit disebabkan terlanggar.dengan makhluk Allah ni.. Aku lihat dia jugak memegang lengannya mungkin dekat situ kot yang sakit sebab bahuku hanya separas lengannya.. Tinggi jugak dia ni..Aku mendongak untuk melihat wajahnya dan mataku terpaku pada seraut wajahnya.Aku cubit sedikit lenganku auww sakitlah jadi dia ni No Min Woo oppa!!!! OMG! macam tak percaya je..
"Dik... adik ok ke tak ni" soal dia aku pulak pelik aik dia boleh cakap melayu ke.. "Dik oh dik" dia mengawang-gawangkan tangannya di hadapan ku.. aku tersentak lantas dengan spontan aku terjerit "Oppa!" Dia senyum lalu berkata "hurmm.. peminat kpop rupanya" Aku yang baru sedar menekup mulutku.. hurmm dah terlambat sebab dia dah dengar.. hehehe. Aku pasti mukaku yang agak putih ni dah bertukar warna...
Sekali lagi dia menyoal "Adik ok tak ni?"
"Ah. ... saya ok je takda apa-apapun bang.. sorry saya tak sengaja "kataku.. "eh eh.. tak pa la... abang pun tak tengok jalan tadi"
"Ouhh.. iya la bang ok la lagipun saya nak cepat ni kawan saya tengah tunggu dekat taman depan tu" kataku walaupun dia tak tanya aku nak kemana ah lantak la..aku dah lambat nanti si Hana bising pulak.
"Ouhhh. . macam tu. Ok abang pun nak gerak dah ni tadi pergi taman tu jugak hantar adik abang" aku yang mendengar penyataannya membentuk O pada mulutku..Abang yang seperti oppa pun berlalu dengan kereta toyota viosnya yang berwarna putih.. wajah dia persis seperti oppa aku... Agak-agak siapalah nama dia.. hurmmm... "alamak aku dah lambat ni mesti kena bebel dengan Hana ni"kataku pada diri sendiri..
"Kak Nia oh kak" suara adikku membuat semua lamunanku terbang melayang-layang..Aku lihat dia di sisi katil..
"Hah ada apa dik"?
"Mak panggil la turun makan"
"Makan... awal lagi la nak turun makan malam"
"Awal apanya kak oii... cuba akak tengok jam besar kat dinding tu"aku melihat ke arah yang Isya tunjuk dengan malas... sekali aku tengok aku terus duduk tegak..
"Jam tu tak mati ke dik.. alamak akak belum solat maghrib la kena qada' la ni.."
"Tulah akak dari tadi mengelamun je dah la nanti dah siap turun bawah makan nanti mak bebel lagi akak baru akak tau"kata Isya sempat dia jelir lidah dekat aku ish budak ni aku potong jugak lidah dia ni
"Iya la baik la Puteri Khalida Raisya....."kataku seraya bangkit dari katil dan masuk ke bilik air mengambil wudhuk untuk qada' solat yang tinggal dan mengerjakan solat isyak...
Astagfirullah alazim..
Ya Allah ampuni la hamba mu kerana terlalu lalai...