BAB 11

62 3 0
                                    

Hari ni aku mulakan kerjaku seperti biasa selepas honeymoon seminggu.
Sepatutnya aku kerja selepas sebulan bercuti itupun sebab bos aku yang bagi tapi aku taknak ia lah cuti sebulan tak buat apa-apa..
Aku bukannya ada sakit kronik pun lebam je.. Hari ni mungkin aku boleh jumpa dengan bos aku dah sebab aku nak ucap terima kasih kat dia huh... Tapi entah lain macam je jantung aku ni dup dap dup dap je dari tadi kenapa eak?-_-?

"Nia... dah nak pergi kerja ke?" Soal mak kepadaku setelah aku turun dan melangkah ke pintu rumah.
"Iye la mak takkan la Nia nak pergi sekolah pulak" gurauku kepada mak.
"Ish.. ada je nak kenakan mak kan..
Hurmm.. kamu tak sarapan dulu ke nanti kamu sakit mak jugak yang susah" ujar mak dari meja makan yang duduk sebelah abah...Abah aku ni tak banyak cakap asyik diam je perhatikan gelagat kami..
Aku terus melangkah ke meja makan lagipun masih sempat dan awal lagi.

"Nia kawan sepejabat kamu yang putih-putih macam korea tu dah kawin ke?" Soal mak membuatkan aku terus memandang tepat muka mak. Terhenti suapan aku.
Mak ni pun menyoal tak kena timming betul la..
"Belum.
Kenapa mak tanya?Mak berkenan nak buat menantu ke makkk.." ujarku untuk berlawak sebenarnya.

" Eh eh boleh jugak ermmm... ada la keturunan kita orang korea nanti kan bang?" Ish mak ni adakah patut cakap macam tu tapi bukannya sepatutnya aku rasa happy ke yelah mak macam restu je..Abah pun angguk-angguk je.

Aku hanya diam dan meneruskan suapan.Mak dan abah juga makan
sambil senyum-senyum-_-#

Aku memandu kereta vivaku membelah jalan raya. Aku teringat masa seminggu aku duduk rumah.Nazril selalu datang jeguk keadaan aku sebab tu lah kot mak berkenan dengan Encik Nazril tu.hurm.

"Puteri sebenarnya saya sayangkan awak. Apa perasaan awak terhadap saya?" kata-kata Nazril masa di hospital dulu terngiang-ngiang di telingaku. Tapi aku tak jawab soalannya..Aku tergamam.
Tak tahu nak cakap apa nasib Nyla datang cepat kalau tak mungkin aku terpaksa jawab soalannya..Aku sebenarnya tak tahu nak jawab apa.
Aku senang berada dekat dengan dia dan kadang-kadang ada rindu datang. Sebab kami dikirakan rapat jugak la di pejabat sebulan aku kenal dia.. Tak pernah berkasar terhadap perempuan,peramah, kemas serta kacak kerana mukanya ala-ala Min woo oppa.Bagi aku takda yang kurang orang kata package.( tak pasti ejaan tu betul atau tak)(*^_^*)

Akhirnya sampai depan syarikat aku kerling jam di tangan.8:20 pagi.
Bulat mata aku. Perghh. Aku lambat tadi aku awal keluar jam 7:10 tadi aku gerak ni semua sebab aku menghayal ni. Matilah dah la bos aku dah ada kat sini T_T.
Di suruh cuti sebulan taknak. Aku beria-ia sangat nak pergi kerja tapi tak on time. Hurmmm.

Aku cepat-cepat turun dari kereta dan melangkah ke dalam syarikat. Aku mempercepatkan langkah.
Tanpa melihat keadaan aku asyik je tengok pintu lif di depan sambil langkah kulajukan. yalah nak cepatkan.

Tiba-tiba..
"Auch!!" Sakit bahu aku siapa la yang langgar aku ni. Eh silap kot siapa la yang aku langgar habis bersepah fail-fail kerja aku.

Aku tunduk untuk mengutip fail-fail aku.
"Sorry cik saya tak sengaja"ujar suara garau itu.Aku masih ralit kutip fail tanpa pandang wajahnya kelam-kabut aku. C mamat ni pun membantu jugak.
"Eh takpa bukan salah awak pun saya yang tak nampak jalan." Aku mendonggak dan pandang wajahnya.

Berdetak kuat jantung aku.dup dap dup dap. Bagaikan aku habis berlari pecut saja.
"Nia" ujarnya.
"Nazrin" aku terkejut lihat dia. Yaa dia Nazrin lelaki kacak bagi aku masa sekolah dulu.
"Maaf saya tak senjaga"Ujarnya lagi tanpa sempat aku bersuara.
"Encik Naufal kita kena gerak sekarang dah lambat ni nanti marah client kita." Ujar seorang lelaki yang lebih kurang seumur dengan Nazril.

Naufal?

"Erm.. baiklah Am jom.. Nia maaf saya gerak dulu" dia senyum dan cepat saja dia melangkah.Aku kaku berdiri. Otakku macam tak berfungsi.

Naufal??

Takkan la dia bos aku.Aku pandang ke belakang langkahnya laju. Kalau dilihat dari gaya dan caranya nampak seperti seorang yang berkarisma... Nazrin. Betul ke tu dia. Naufal? Nazrin Naufal..
Tidakkkkkk....

"Puteri!!" Kedengaran namaku dipanggil siapa lagi kalau bukan c Nazril..
"Ah" aku pandang dia. Hurmm tetap sama handsome. Sentiasa kacak tapi tak tahu apa jadi dengan hati aku tak paham lah.
"Menghayal lagi.. saya tahu lah saya ni kacak tak payah la awak pandang saya macam nak ngap je" ujarnya.. saat ini dapat kurasa cuaca macam panas je.. Macam kena panggang muka aku. Malu kot.

"Ish... mana ada.. Perasan." Aku memalingkan wajah.
"Eh.. saya dah lambat ni nanti bos marah pulak" kataku sambil kaki ingin melangkah..
"Takpa la.. lagipun bos tu kan sepupu saya nanti saya cover la untuk awak" ujarnya.. Iya lah bos aku kan sepupu dia. Ting!!

" Nazril.. nama penuh sepupu awak tu apa eak?" Aku tak hiraukan lagi kata-katanya waktu di hospital dulu lagipun dia tak bahas pun jadi bagus lagi kalau aku buat derk je.hehehe.

"Nazrin Naufal Bin Dato Nizran. Tu la nama penuh bos awak" jawabnya.. eh eh.. bos awak abis tu bukan bos dia jugak ke?
O o oh... habis la aku nanti dia pecat aku sebab tak maafkan dia cam mana.. Dah la masa dekat sekolah aku tak layan dia bagus-bagus..~T_T~

"Puteri... awak dengar tak apa yang saya cakap?"
" ye saya dengar laa Nazril... Dah la saya nak naik pejabat saya dah lambat sangat ni" Aku tekan lif untuk ke tingkat atas.

"Ouh.. ok saya pun ada hal kat luar..
Nanti lunch kita pi sama-sama eak?" Ujarnya.

"Eh.. tak pe lah Nazril.. sebab saya dah janji dengan Puan Daya saya nak belanja dia makan kalau saya dah sembuh" aku cakap betul ok tak tipu.
"Ouhh.. kalau macam tu tak pa la.. esok je la.. saya gerak dulu." Aku lihat wajah kecewanya... Aku bukannya apa nanti dia tanya balik soalan dia tu aku nak jawab apa.. Aku tak suka kasi sakit hati orang ni..
Elleh tak suka konon habis si Nazrin tu apahal? Heheh..tu lain cerita.

Aku terus masuk pejabat aku dan buat kerja.. Ramai jugak yang tanya keadaan aku tadi.. Bagus pekerja-pekerja kat sini semua peramah.. Sayang kalau aku berhenti.. arghhhh.

Maaflah sebab saya lambat update.. takde masa sebenarnya. Eh bukan takde tapi kurang ada. So sorry la eak..
Komen dan vote daripada anda amat dialu-alukan.
Kalau tak best cakap ye.. kalau best vote la. Hehe (*^_^*)

Tiba-tiba cintaWhere stories live. Discover now