BAB 9

59 5 0
                                    

Genap sebulan aku bekerja di syarikat KDN ni dan selama sebulan ni jugak aku tak tahu apa kepanjangan KDN tu..hurmm.. rasa ingin tahuku sangat mendalam tapi ku pendam sahaja..

Tapi kadang kala aku tanya pekerja di syarikat ni tapi semua kata tak tahu sebab hanya pemilik syarikat ni sahaja yang tahu apa tu KDN..
Tapi peduli apa aku yang penting aku rasa gembira kerja kat sini mana tak gembira kalau hari-hari aku jumpa oppa aku. Yeah!! Best sangat..~@^_^@~.

Teringat pulak aku masa aku terkejar-kejar untuk temuduga sebulan yang lalu..

Sampai sahaja di dalam syarikat aku terus tanya pekerja kat situ..
Aku lihat nama pada tag bajunya MIA..
"Ermm. Cik Mia tempat temuduga kat mana ya?" Soalku pada perempuan tersebut..
"Di tingkat dua tapi mungkin dah habis kot takpa cik cuba je naik ke tingkat dua mungkin masih sempat" ujarnya lembut..
"Ouhh.. terima kasih" ucapku sambil senyum padanya lalu menuju ke arah lif untuk ke tingkat dua..
Sampai je aku terus tanya orang yang ada kat situ..
"Errr... di mana arah bilik untuk temu duga?"
"Dah tutup dah cik.. maaf cik lambat"katanya.. Aduhhh.. lambat la pulak tak dapat la ni..hurmm~T_T~
Aku terus duduk di kerusi yang disediakan.. Hurmm.. macam mana la nasib aku dah setahun tak kerja ish ish.. apa la nak jadi dengan aku ni..

"Cik Puteri Khalisha Rania binti Abdul Razak.. Nama awak ke tu?"tanya seorang perempuan yang berada dalam lingkungan 30-an..
"Ye saya la tu" jawabku pula.
"Cik dah diterima kerja kat sini so esok cik dah boleh mula lah" saat dia kata aku diterima aku sungguh terkejut betul ke? Macam tak percaya je.. Ya Allah syukur alhamdulillah.. aku mengucap syukur dalam hati..
"Betul ke ni?" Hanya inginkan kepastian..
"Eh. . Betul la cik" yess.. akhirnya kerja jugak aku.. makkkkk Nia dapat kerjaaa.. aku rasa macam ingin menjerit je. ...

"Terima kasih la err.."
"Puan Daya" ujarnya sambil senyum.
"Ouhh.. terima kasih lah puan Daya saya minta diri dulu Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam" balasnya aku rasa happy sangat sampai terlupa nak tanya macam mana la aku boleh di terima.. terfikir-fikir aku..

"Ehem ehem.. puteri dah sampai bulan ke?" Suara garau yang aku minati dari dulu hingga kini..
"Eh! Takde la kan saya masih dalam pejabat ni hah" balasku.. eleh ingat dia je yang boleh sakat orang aku pun boleh.. hehehe..
" ermmm.. jasad je kat sini roh entah melayang ke mana dah " ujarnya lagi..
" ermmm.. yalah Encik Nazril.. saya terfikir la macam mana la saya boleh kerja kat sini padahal tak temuduga lagi" aku memberitahunya perkara sebenar..

"Ermm.. saya pun tak tahu lah puteri macam mana awak boleh diterima" jawapannya membuat aku tertanya-tanya.. Yalah dia kan COO syarikat takkan la dia tak tahu. .Dia kata CEO dan pemilik syarikat ni ialah sepupunya..
"Takkan la Encik Nazril tak tahu kot?" Soalku tak puas hati..Ouh ya lupa nak bagitau Encik Nazril ni ialah oppa aku.. Aku pun tak sangka dia kerja kat sini sebenarnya kad yang bagi hari tu bukannya aku nampak pun sebab aku kan cepat-cepat ... Lagi satu pemilik syarikat ni aku belum jumpa lagi yang aku tahu pekerja kat sini panggil dia Naufal..

"Puteri, awak dengar tak apa yang saya cakap tadi.." katanya mengejutkan aku.
"Hah! Encik cakap apa tadi"?
"Encik-encik kan saya dah kata hari tu panggil Nazril je... awak ni dari tadi berangan je.." aku hanya sengih tayang gigi nasib gigi aku cantik putih hahaha perasannya aku..
"Kan awak orang atasan sebab tu kena panggil Encik" kataku..

"Ermmm.. iya la cik Puteri. Saya pergi dulu awak sambung kerja jangan nak berangan je ok" katanya sambil senyum..
"Ermmm.. baik lah Encik Nazril.." dia jegilkan matanya kepadaku tanda tak puas hati.. aku hanya senyum tak peduli.*^▁^*

Aku lihat dia keluar dari pejabatku...^_^||
Hurmm.. kadang-kadang terfikir jugak dan terperasan yang si Nazril ni suka kat aku... sebab dia suka panggil aku puteri walaupun aku cakap panggil Nia je...
Dia kata" sebab awak kan puteri saya tu la saya panggil awak puteri lagipun saya nak lain dari yang lain.. saya nak yang istimewa sikit bolehkan?"
Aku nak kata apa lagi kalau dia nak panggil macam tuu.. hurmm.. SUKE LA..

Sekarang dah pukul 9:00 malam.. kerja aku baru siap kenapa tidak berangan je aku kat opis tadi.. Aku dah biasa dah balik lambat ni walaupun kadang-kadang mak marah sebab balik lambat sangat.. yalah kan aku ni anak dara.. hehe

Saat aku keluar dari pejabat dan menuju ke arah keretaku dapat kurasakan seseorang sedang mengekoriku... Aku lajukan langkah tapi saat aku ingin sampai ke kereta orang itu nenarik tanganku kuat dan kejap. Aku pandang wajahnya.. Ya Allah selamatkanlah hambamu dari orang jahat ini Ya Allla.. aku hanya mampu berdoa...
Penjahat yang berkulit hitam dan rambut tidak terurus menbawa aku ke tempat yang tersorok..
"Tolong! Tolong! Tolong! Tolong!" Jeritku namun hampa bila tiada satu makhluk tuhan yang muncul pakguard entah ke mana aku jerit lagi untuk meminta tolong.
"Diamlah!!!!" Jerkahnya lalu menampar kuat pipiku.. mataku berpinar-pinar saat ini aku hanya mampu berdoa kerana aku tiada kudrat untuk melawan lelaki ini...
Dia cabut tudung aku Astagfirullah al azim.. Ya Allah "Tolonggggg"
Suara ku perlahan sahaja kerana lemah sekali lagi aku makan penamparnya... Ya Allah sungguh perit wajahku.. Airmataku mengalir deras.. Bantu hambamu Ya Allah...

Tiba-tiba aku tidak rasa lagi wajahku di sentuh aku buka mata perlahan-lahan aku lihat lelaki jahanam itu dibelasah oleh seseorang lelaki yang aku kenal Ya aku lihat dia lelaki yang membawa debar di hati Nazrin...
Aku lihat dia membelasah lelaki itu cukup-cukup sehingga jatuh terkulai..

Syukur alhamdulillah penjahat itu tak sempat buat apa-apa kepadaku.
"Nia,,, awak tak apa-apa ke..?? Nia Nia" aku dapat dengar suara cemasnya...
Badan ku lemah dia tutup badanku dengan kot kepunyaannya kerana bajuku sedikit koyak di bahagian bahu kerana ditarik oleh lelaki jahanam tadi dan dia memakaikan kembali tudungku... Dia telah lihat mahkotaku.. Yang hanya boleh dilihat oleh sang suami.. ampuni la hambamu ya Allah...

"Nazrinnn.. terima kasih " hanya itu yang mampu aku ucap.. aku lihat dia senyum dan pandangan menjadi gelap.

Tiba-tiba cintaWhere stories live. Discover now