Husband 2

1K 43 0
                                    

Megat melangkah masuk ke bilik isterinya di tingkat atas.Aroma lavender menusuk rongga hidungnya yang mancung itu.Menurut Baba Lee,Anna memang menggemari aroma lavender sejak kecil lagi.Dia tercari-cari kelibat isterinya di kamar itu tapi tidak kelihatan.Baru sahaja dia hendak melangkah ke bilik air matanya tertumpu kepada sekujur badan yang terbaring di peraduan yang dihias indah.Langkah terus diaturkan ke tubuh isterinya yang sedang lena dibuai mimpi indah.

'Cantik'detik Megat sambil tersenyum.Tubuh yang masih berbalut baju nikah itu kelihatan sangat seksi di mata Megat.Lebih-lebih lagi kain baju itu tersin-sing hingga paras betis,terserlah betis bunting padi milik Anna.Entah kenapa dirinya begitu teruja melihat Anna sebegitu rupa sedangkan dia pernah melihat perempuan yang lebih seksi berbanding isterinya,Anna.Rambut Anna yang lurus dan sedikit bergulung di bawahnya membuatkan wajah bujur sirih itu kelihatan lebih indah pada pandangan mata Megat.

'Sungguh indah ciptaan mu Ya Allah!'Megat memuji kebesaran Allah SWT.Megat mendekatkan wajahnya ke wajah Anna seraya menghadiahkan ciuman lembut di bibir yang halus itu.Mungkin masa lena Anna sahaja dia mampu menzahirkan kasih sayangnya kepada isterinya.Jika pekara ini dilakukan dalam waktu sedar Anna mungkin dirinya akan.....

Lamunan Megat terhenti apabila telefon pintar milik Anna berbunyi.Pantas dia menjauhkan diri daripada tubuh Anna.Mungkin pada waktu ini dia harus mengalah dahulu
dengan isterinya,yelah mesti Anna terkejut dengan perubahan statusnya
sebagai seorang isteri dalam usia muda.And the most important things Anna doesn't love me at all.Misi memikat isteri akan dimulakan dalam masa terdekat.Pelbagai idea-idea romantik yang dipelajari daripada Faiz,rakannya akan cuba dijayakan dengan penuh gilang-gemilang.Macam cerita novel pulak kisahnya dengan Anna.Mula-mula benci lepas tu sayang bagai nak rak.Diharapkan kisahnya dengan Anna akan berakhir dengan indah seperti novel-novel yang pernah dibaca olehnya.Megat mula menaruh harapan yang tinggi terhadap hubungannya dengan Anna.Semoga Allah memudahkan segalanya.Insyallah.

Megat berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk,dibiarkan Anna untuk seketika.Tanggungjawabnya kepada sang pencipta harus diutamakan.

Anna mengeliat kecil setelah mematikan alarm di telefon
pintarnya.Lenguh-lenguh badan masih terasa namun waktu Maghrib hampir menjengah.Anna menarik tuala yang sudah tersedia di meja soleknya untuk mandi kerana badannnya terasa melekit dengan peluh-peluh dingin yang semakin merimaskan tubuhnya.

Anna sudah bersedia untuk masuk ke bilik air,namun...

"Argghhhh!!!!!!!!!"jerit Anna lantang.Mana tidaknya tubuhnya hanya berbalut tuala dan di hadapannya kini ialah Megat Zulkarnain,lelaki yang paling dibenci di muka bumi ini.Macam mana lelaki itu boleh berada dalam biliknya.

Kerana terlalu terkejut dengan jeritan lantang Anna,Megat secara spontan menekup mulut Anna.

"Tok..tok..tok..."ketukan pintu membuatkan Anna dan Megat tersentak.Mereka berpandangan sesama diri.Blank.

Megat berlari ke arah pintu apabila ketukan semakin jelas kedengaran.Anna hanya terpacak di hadapan pintu bilik air.Sejujurnya dia sangat terperanjat dengan insiden tadi.

"Yes...."tanya Megat sambil menjonggolkan kepalanya ke luar.Dia tahu Anna masih berpakaian ehem..ehem..jadi dia tidak mahu orang lain melihatnya.

"Apa bising-bising dalam bilik ni"soal Encik Towfik kepada menantunya.Semasa dia sedang berzikir di tingkat bawah,suara anaknya menjerit jelas kedengaran.Nyaring dan kuat.Tidak pernah dia mendengar Anna menjerit sekuat itu,terus dirinya nekad untuk mengetahui punca sebenar.

"Ou...hhhh!!Hahaha..cicak jatuh.Tu lah Anna menjerit"bohong Megat.Rasa bersalah mula menerpa diri Megat.Belum sehari jadi menantu dah pandai berbohong.Tapi tak pe 'tipu sunat'.

Aikk!Setahu dirinya Anna,anaknya tidak takutkan cicak.Ni tak boleh jadi ni.Mesti ada apa-apa yang cuba disorok oleh mereka berdua.Dari riak wajah Megat pun dia sudah mengerti ada sesuatu yang membuatkan Anna menjerit.

Tanpa sebarang tanda-tanda awal,Encik Towfik menolak keras daun pintu bilik tersebut untuk mengetahui punca jeritan Anna.Megat yang tadinya menahan pintu dari terbuka luas,terundur ke belakang akibat tolakan keras mertuanya.

Encik Towfik terkejut dengan apa yang dilihatnya.Anna,anaknya hanya berbalut tuala di tubuhnya.'Ya tuhan silap timing ker aku ni'bisik hati kecil Encik Towfik.

Encik Towfik hanya tersenyum simpul.Tak sangka cepat bebenor keserasian mereka berdua ni.Encik Towfik berdeham beberapa Kali membetulkan ton suaranya agar kedengaran serius.

"Nanti turun bawah jemaah sama-sama.Jangan lupa mandi wajib dulu,takut tak sah nanti"seloroh Encik Towfik sambil menepuk-nepuk bahu menantunya.'haish..tak lama lagi dapat cuculah aku ni.Tak sabarnya'Encik Towfik mula menaruh harapannya.Encik Towfik meninggalkan Megat dan Anna terkebil-kebil.

Anna terus melangkah ke dalam bilik air tanpa menghiraukan Megat.Wajahnya sudah mula berbahang,malunya dia terhadap Baba.'Mesti Baba ingat aku dengan Megat....Eeeeeiii malunya.Anna mengetuk-getuk kepalanya ke dinding.Ni semua salah lelaki tu.Yeah!memang salah dia.Eeeiiii'gumam Anna.Bertambah-tambahlah kebencian Anna terhadap insan bernama Megat Zulkarnain.Siap kau nanti.Tahulah aku nak sekolahkan kau nanti.

Megat hanya tersenyum dengan kejadian tadi.Megat melurutkan rambutnya ke belakang,lalu meninggalkan bilik untuk turut serta dalam solat berjemaah nanti.Dibiarkan Anna menenangkan dirinya.Tipulah kalau dia kata dia tidak langsung tergoda dengan keadaan Anna yang sebegitu rupa,lebih-lebih lagi Anna sudah menjadi yang halal buat dirinya.Jiwa lelakinya bergetar,imannya juga hampir gugur,namun akalnya menolak semua itu.Biarlah Anna menyerahkan dirinya secara rela bukannya kerana dia yang memaksa.Perkahwinan bukan dibina atas nafsu sahaja tapi harus disemai dengan cinta,barulah sesebuah perkahwinan itu bertahan lama dan bahagia.Kata-kata itulah yang tersemat di dadanya sejak Anna menjadi isterinya.

HUSBANDWhere stories live. Discover now