Husband 5

905 32 0
                                    

Megat melabuhkan duduknya di sofa sambil menunggu Anna bersiap.Diperhatikan setiap gerak-geri Anna.Semua yang ada pada Anna sungguh sempurna baginya.Tidak silap dia memilih Anna sebagai isterinya.

Anna tidak keruan apabila dirinya diperhati Megat sejak tadi.Semua yang dilakukan seakan-akan tidak kena.Rimas.Rimas dengan renungan Megat terhadap dirinya.Debar di hatinya juga semakin menjadi-jadi.Memang tidak dinafikan Megat seorang lelaki yang pastinya sempurna pada pandangan wanita di luar sana.Dengan ketinggian yang sememangnya ideal bagi seorang lelaki,kulit kuning langsat,wajah seakan-akan lelaki itu berdarah kacukan Belanda.Memang perfect untuk menjadi calon suami atau menantu.Namun mungkin disebabkan perkahwinan tanpa relanya ini membuatkan lelaki di hadapannya hilang semua keistimewaannya.

"Kau pergilah turun dulu"ujar Anna memecahkan kesunyian antara mereka.

"Abang nak turun dengan Anna"balas Megat manja.

Erk!Suara Megat yang manja itu semakin membuatkan Anna tidak keruan.Dadanya berdebar.Sangat-sangat.Wajahnya mula berona merah jambu.Ya Allah!kenapa dengan aku ni.Anna mengetap bibirnya untuk mengurangkan debaran di dadanya.

Megat hanya tersenyum kecil.Jinak-jinak merpati rupanya isterinya.'Ini baru permulaan sayang,banyak lagi Abang nak buat'bisik hati Megat.Dia akan memastikan Anna akan jatuh cinta dengannya.Ya!itu misinya.

"Aku lambat lagi"Anna mula mencipta alasan agar Megat akan keluar dari bilik ini.

Megat bangun dari duduknya,langkah diatur menuju ke batang tubuh isterinya.Dirangkul pinggang kecil Anna seraya meletakkan dagunya di bahu Anna.

"Take your time,sayang.I'm waiting"bisik Megat dekat dengan telinga Anna.

Anna memejamkan matanya.Tidak sangka Megat seberani ini.Jantungnya seakan-akan mahu keluar.Mukanya sudah mula berbahang.Malu.Dengan kadar yang segera Anna menolak tubuh Megat supaya menjauhinya.Sungguh sikit demi sedikit rasa cintanya terhadap Megat sudah pun mekar dalam hatinya.Namun akalnya menolak semua itu.Ditanam sedalam mungkin rasa benci terhadap Megat Zulkarnain.

Anna meninggalkan Megat yang sedang terpinga-pinga sendirian.Lebih baik dia meninggalkan Megat sebelum pekara menjadi lebih parah.Laju langkahnya menuruni tangga untuk turun ke bawah.

"Anna,tergesa-gesa sangat tu nak pergi mana?Sarapan lar dulu."tegur Encik Towfik yang sedang menikmati sarapannya.

"Anna ada kelas hari ni.Tak pe lar Baba makanlah,Anna dah janji dengan Husna nak sarapan sama"ujar Anna seraya menyalami tangan Babanya yang telah membesarkannya sejak kematian mamanya.'Ah!rindunya kat mama'detik hati Anna.

"Anna pergi dulu yer Baba"

"Abang hantar"sampuk Megat.Pandai nak larikan diri dari aku yer.Jangan harap!

Anna mengeluh.Ini yang malas ni.Sibuk aje mamat ni.Tak boleh ke dalam sehari tak menyusahkan hidupnya.Anna menghadiahkan jelingan maut terhadap Megat yang sudah bersiap sedia dengan kunci kereta di tangan.Kalau ditolak,apa pula kata Babanya,terpaksa juga Anna membuntuti langkah Megat ke kereta Audi A4 milik Megat.Sengaja dia menarik muka untuk menunjukkan tanda protesnya terhadap Megat.

Kereta mewah itu meluncur laju meninggalkan kediaman Encik Towfik.

Suasana sepi mula menyelubungi mereka.Hanya kedengaran DJ radio berceloteh itu dan ini.Anna melemparkan pandangannya ke luar.Geramnya terhadap Megat masih berbaki.Hendak saja dia turun dari kereta lelaki ini.

"Kenapa diam aje hurm..."tanya Megat.

Tiada balasan dari pihak Anna.Senyap dan terus senyap.Diam dan terus diam.Dibiarkan soalan Megat tergantung.Tidak kuasa dia melayan lekaki disebelahnya ini.

Megat memberhentikan keretanya tepat di hadapan kolej Anna.Anna melulu mahu keluar namun bagai ada tangan yang cuba menghalangnya keluar.Tangan siapa lagi kalau bukan tangan Megat.Kerap benar tangan lelaki itu berlabuh di tangannya.

"Salam lar Abang dulu kalau yer pun nak cepat"ujar Megat dengan nada memerli.

"Perlu ker?"soal Anna.

"Mestilah,syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami tahu tak.Anna nak jadi isteri derhaka ker?"jawab Megat.

"Oh please!Aku tak pernah anggap kau suami aku.Aku benci kau tahu tak.Dari hari pertama aku jumpa kau,aku memang dah agak kau akan musnahkan life aku.Aku benci kau,Megat Zulkarnain Megat Iskandar.You can get lost from my life!!"luah Anna dengan emosi.Rasa yang sekian lama berbuku di hatinya dilepaskan kepada Megat.

Megat hilang kata-kata.Tidak sangka sebegitu dalam rasa benci Anna terhadapnya.Salahkah dirinya mengahwini Anna Glasheeda Lee?Ya tuhan berilah kekuatan kepada hambamu untuk mempertahankan rumah tangga ini.

Anna terus keluar dari kereta itu.Sungguh bukan niatnya berkata begitu,namun akibat marahnya terhadap Megat memaksa dirinya berbicara sebegitu.Dosa?Ya dia berdosa dengan Megat,suaminya.Air matanya sudah mula bertakung di tubir mata.Cepat-cepat dia menuju ke tandas.Diketap bibirnya rapat agar tiada siapa yang mendengar tangisannya.'Mama...Tolong Anna.Anna tak tahu nak buat apa.Anna takut'rintih Anna perlahan.

Megat memandu keretanya laju.Laju dari biasa.Tak pernah dia membawa kereta selaju itu.Kata-kata Anna tadi kembali bermain di benaknya.Jiwanya kacau.Megat memberhentikan keretanya di Tasik Titiwangsa.Dia harus menenangkan dirinya.Dadanya berombak,hatinya sebak dan air mata lelakinya gugur.Di mana salahnya di mata Anna?Dikeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor Faiz,rakannya.Dia sememangnya memerlukan Faiz.

"Hello,Faiz.I need your help."Megat bersuara lirih.Jiwanya tidak kuat untuk menghadapi semua ini seorang diri.

"Kenapa ni bro?Sedih aje suara.Ada apa-apa benda tak elok jadi ker?"soal Faiz bertalu-talu membuatkan Megat geram.

"Can you shut up your mouth?Aku nak jumpa kau,tempat biasa"balas Megat marah seraya menamatkan perbualan mereka.Tak pernah-pernah dia memarahi Faiz,mungkin emosinya tidak stabil lebih-lebih lagi Faiz menyoal itu dan ini membuatkan dirinya naik angin.

"Aik!Aku pulak yang kena marah.Megat..Megat"pantas dia mengambil kunci keretanya lalu menuju ke keretanya.

Megat memandang kosong pemandangan yang terbentang di hadapannya.Kosong seperti jiwanya.Diraup mukanya berkali-kali untuk menenangkan dirinya.Dipejam matanya rapat.Dan setitik air matanya gugur buat sekian kalinya.Dia sangat cintakan Anna.Annalah perempuan yang berjaya mencuri hati lelakinya.Namun kenapa wanita itu...

"Arrggghhhh!!!"jerit Megat melepaskan perasaannya.Dia tidak menghiraukan orang yang lalu- lalang di sekitar tasik.Rambutnya dilurut kasar.Pantas dia memboloskan diri ke dalam keretanya untuk bertemu Faiz.Faiz sahaja yang mengerti perasaanya pada waktu ini.Dipecut keretanya laju membelah jalan raya.

HUSBANDWhere stories live. Discover now