Husband 3

1K 35 0
                                    

Usai mengerjakan solat maghrib dan isyak berjemaah,mereka menuju ke meja makan yang boleh memuatkan dua belas orang.Pada mulanya,Anna mengambil tempat di sebelah Mak Cik Susan namun Mak ciknya memberikan tempatnya kepada Megat.'Spoils betul selera aku'Anna bermonolog sendiri.Megat hanya tersenyum manis kepada Mak Cik Susan apabila memberikannya ruang untuk dekat dengan isterinya.

Megat sebenarnya kagum dengan tradisi keluarga mertuanya.Walaupun ada di kalangan mereka yang masih belum memeluk agama Islam,namun masih boleh duduk di bawah satu bumbung.Buktinya,di hadapannya kini Mak Cik Susan sedang menyuap nasi kepada anak buahnya yang beragama Islam.Perasaan kagum mula terselit di hati Megat.

"Megat makanlah,tengok makanan tu bukan boleh kenyang pun"pelawa Mak Cik Leo dengan loghat Bahasa Melayu yang tidak kekok kedengaran di halwa telinganya.

"Dia tengah tunggu Anna suapkanlah tu"seloroh Mak Cik Marisaa.

Megat hanya tertawa perlahan.Anna mengecilkan matanya yang sememangnya sudah kecil.Geram dengan Megat yang tunjuk-tunjuk bahagia dengan perkahwinan bodoh ni.Bencinya dia melihat senyuman lelaki itu.Rasa macam nak toreh-toreh je muka mamat ni.

"Anna,tunggu apa lagi sendukkan nasi untuk suami kamu ni"pinta Encik Towfik.

Dengan perasaan sebal,Anna mengambil pinggan yang terletak di hadapan Megat.Perlahan-lahan tangannya menyenduk lalu diletakkan di hadapan Megat semula.Kalau Baba tak suruh jangan harap aku nak but macam ni tahu tak!Mati hidup balik pun aku tak ingin nak buat macam ni.Berbakul-bakul umpatan yang dihadiahkan kepada suaminya.Ni baru sehari,berapa lama lagi aku kena bertahan dengan lelaki ni.Bebola matanya menjeling Megat yang sedang berselera makan sambil berbual kosong dengan Baba dan Mak ciknya.Anna menghelakan nafas yang panjang.Penat memikirkan masa depannya yang kabur bersama lelaki yang bergelar suaminya ini.

"Anna kenapa tak makan,tak sedap ke tauhu yang aunty buat tu"tanya Mak Cik Susan.Anna sememangnya mengemari tauhu buatan Mak Cik Susannya.Sedap sehingga menjilat ibu jari kaki.Tapi malam ini,seleranya terbang dibawa pergi entah ke mana.

"Tauhu aunty sedap.Cuma Anna penat sikit,tak ada selera nak makan"tutur Anna jujur.Dia sememangnya penat sangat.Super dupper penat.Malam tadi dia hanya tidur beberapa jam dan kemudian bangun awal pagi untuk bersiap.Tubuhnya agak letih dan kekurangan rehat.

"Anna naik dulu"Anna meminta keizinan untuk meninggalkan ruang makan.Anna berlari-lari anak naik ke atas.Tidak sabar rasanya untuk bertemu tilam dan bantalnya.

Megat hanya memerhati langkah laju Anna meninggalkan ruang makan.Cepat-cepat Megat menghabiskan makanannya yang berbaki dua suap.

"Megat naik dulu,Baba Lee"seraya menyalami tangan mertuanya.

Encik Towfik hanya tersenyum memandang keletah mereka berdua.Harapannya semoga ikatan suci yang termetrai antara Megat dan Anna akan kekal hingga ke anak cucu.Dia tahu Megat seorang lelaki yang baik dan penyabar,oleh sebab itulah dia tidak teragak-agak untuk menerima pinangan Megat.Mungkin perkahwinan anak menantunya tidak dimulakan dengan cinta namun dia amat percaya cinta selepas berkahwin lebih indah dan nikmatnya tidak terhitung.Sama seperti dirinya dan arwah isterinya,dan sehingga kini bahagianya masih terasa walaupun arwah isterinya telah meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.

Anna yang tadinya berbaring di katil,tersentak dengan tolakan daun pintu yang lembut oleh suaminya.Dia bangun untuk berhadapan dengan Megat.Dia mahu buat perhitungan dengan lelaki yang telah memusnahkan hidupnya.'Ya!kau tunggulah Megat Zulkarnain'detik Anna dalam hati.Anna menghampiri Megat yang sedang sibuk membelek mukanya di meja soleknya.

Anna menarik lengan Megat sehingga Megat terpusing berpaling menghadapnya.

"Aku nak cakap dengan kau"Anna memulakan bicaranya dengan nada keras.

"Ok abang dengar ni,cakaplah"balas Megat seraya menjongket kedua-dua keningnya dan tersenyum manis he arah Anna.

"Stop calling yourself 'Abang' to me.You're not deserved it"marah Anna.Benci dirinya apabila Megat kerap membahasakan dirinya Abang di hadapan keluarganya.

"Ouh,sayang tak suka yer panggilan tu.Oklah kita tukar hubby ker baby ker or nak lagi manja papa"usik Megat.Suka dirinya melihat Anna ketika sedang menahan marah.Comel sangat.

"Arghh!!!"jerit Anna geram.Geram dengan lelaki yang berada di hadapannya kini.Kecik besar kecik besar aje dirinya melihat Megat ketika ini.

Megat menekup mulut Anna seraya menunjukkan isyarat supaya Anna tidak membuat kekecohan seperti tadi.Suka sangat menjerit bini aku ni.

Anna cuba merungkai tangan Megat dari terus menekup mulutnya.'Eeeii dah lar tangan bau tempoyak'rungut Anna dalam hati.

Megat melepaskan tekupan tangannya dari mulut halus Anna apabila Anna sudah kelihatan bertenang.

"Sayang ni jangan lar jerit-jerit nanti diaorang kat bawah tu ingat kita buat projek pulak kat atas ni"ucap Megat seraya melangkah pergi ke katil yang dihias indah itu.Penat tubuhnya apabila seharian melayan tetamu di majlis pernikahannya.Ingatkan bila jadi pengantin tak penat rupanya lagi penat.Urat-uratnya sudah tegang dek terlalu lama tidak duduk semasa majlisnya tadi.Ni baru majlis nikah belum lagi majlis bersanding.Kalau majlis bersanding mahu dirinya tergolek di tengah-tengah majlis.

Anna yang melihat Megat berbaring di katilnya pantas meluru kearah lekaki itu.Ni tak boleh jadi,aku takkan benarkan lelaki ni tidur at as katil aku.Eeeeiii tak sanggup aku nak berkongsi bantal dengan Megat.Simpang malaikat empat puluh empat OK!

"Ehh..jap!sape suruh kau tidur atas katil aku ni.Bangun ni katil aku lar"marah Anna.

Megat tidak menghiraukan Anna yang melarangnya tidur di atas katilnya.Badannya perlukan rehat lagipun apa salahnya kalau dia tidur bersama Anna.Megat menarik comforter untuk menyelimut badannya yang kedinginan akibat suhu rendah penghawa dingin yang terpasang.

Darah Anna naik mendadak.Geramnya dia dengan lelaki ni.Anna mengetap bibirnya untuk menahan marahnya terhadap Megat.

"Megat bangun lar ni tempat aku"Anna menarik kasar baju Megat berulang kali dengan harapan lelaki itu sedar.Tapi Megat masih statik di atas katil tanpa berganjak.

Megat hanya tersenyum melihat telatah Anna.Tidur jelah sebelah aku ni,bukannya aku nak buat apa-apa pun kat dia.Takut sangatlah isterinya ini.

Setelah beberapa minit,Anna mengalah.Lantak ko lah nak tidur mane pun.Kau ingat bila kau buat macam tu aku akan tidur sebelah kau.No way!Never!Anna berkira-kira untuk melangkah pergi namun tangan Megat terlebih dahulu menarik pergelangan tangan milik Anna.

"Nah,ambil lar balik katil awak ni.Tak selesa langsung"kutuk Megat seraya bangun dan mengeliat kecil.Biarlah dia mengalah dahulu dengan Anna.Lagipun takkan dia nak biarkan isterinya tidur di sofa sana.Kasihan tubuh yang kecil molek itu berbaring di sofa yang pastinya tidak selesa.

Eleh!Dasar mamat belagak,poyo,bajet hensem.Ko ingat tilam kat rumah kau tu selesa sangat.Anna berbaring di katilnya tanpa menghiraukan Megat yang sedang berbaring di sofa.'Tapi baik jugak mamat tu'detik Anna seraya memejamkan matanya.

HUSBANDWhere stories live. Discover now