Husband 4

932 29 0
                                    

Anna tersedar dari lenanya apabila terasa dirinya dipeluk dari belakang.Anna berpaling dan...ya itu Megat,lelaki itu sedang memeluknya.Bila masa pulak lelaki itu tidur di katilnya.Bukan semalam...Ah,tak kisah lar apa pun yang penting tubuh Megat harus dijauhkan dari dirinya.Ya!itu memang pasti.

Anna cuba merungkaikan dirinya dari pelukan hangat Megat namun kudratnya sebagai seorang wanita tak setanding dengan kudrat yang dimiliki Megat.'Ish..Dah lar tangan dia berat macam anak gajah'rungut Anna sambil menolak-nolak tangan sasa Megat.

Megat sengaja tidak mahu melepaskan Anna dari pelukannya.Posisi sebegitu membuatkan dirinya selesa dan dekat dengan Anna.Bau harum rambut Anna bagaikan haruman yang paling wangi pernah dihidunya.Lembut sahaja bauan tersebut.Dieratkan lagi pelukannya terhadap Anna sambil tersenyum kecil.Bila lagi nak bermesra dengan isteri sendiri kan?

"Wei bangun lar"akhirnya Anna bersuara setelah beberapa minit cuba meloloskan diri dari rangkulan Megat.

Megat diam tidak berkutik.Panggilan Anna dibiarkan bagai angin lalu.

Anna geram.Dia tahu Megat dengar panggilannya tadi.Eeeeii saja jer nak cari pasal dengan aku pagi-pagi ni.Ni pun dah kira baik aku tak tendang kau sampai tergolek,kalau tak memang berterabur lar gigi kau.

"Kau memang sengaja kan?Aku kira sampai tiga kalau kau tak lepaskan aku,aku gigit tangan kau"ugut Anna.

'Eleh macam la aku takut!'perli Megat dalam hati.Macam budak-budak jer perangai isterinya.Comel betul!

Anna memandang wajah Megat.Tiada respon yang diterima,semakin kemas pelukan Megat terhadap dirinya.

"I had warn you Megat!Don't regret it."ujar Anna.Kau ingat aku main -main ker Megat,ni Annalah.

"Satu....dua..."Anna mula membilang,reaksi Megat sama seperti tadi.Diam membisu.

"Dua setengah...tiiiiii...."Anna memandang wajah Megat,melampau betul mamat ni.Dah bagi betis nak peha pulak.Nanti kau!

"Tiga..."Anna mengakhiri pengiraannya.Tangan Megat yang berlingkar di bahunya digigit kuat.Padan muka!Hahahaha.

"Ouch..Apa gigit-gigit ni sayang"rengus Megat sambil menarik tangan yang digigit Anna.Pedih!Kuat betul gigi isteri aku ni.

"I had warn you before,its not my fault"Anna bangun dari katilnya menuju ke almarinya.Azan Subuh sudah mula kedengaran.

"It is your fault"ujar Megat nakal seraya berlari ke arah Anna yang sedang membelek sesuatu di almari sederhana besar itu.

Anna yang tadinya sibuk membelek pakaiannya di almari terkejut dengan larian pantas Megat kearah dirinya.Kakinya bagai dirantai.Statik,tidak berkutik.Mungkin kerana dia mewarisi sifat mamanya yang mudah panik dan blur.

Tidak sampai beberapa saat dirinya sudah dicempung oleh Megat.

"Apa ni,lepaslah..."Anna meronta-ronta sambil memukul dada bidang Megat.Tidak pernah dirinya dicempung oleh sesiapa.Rasa gementar telah menyerang dirinya.'Apa dia nak buat kat aku ni.'detik Anna.

"Lepaslah aku nak mandi"kata Anna sambil memukul dada bidang milik Megat.

"Jom mandi dengan Abang sekali"sakat Megat.Tubuh Anna diletakkan di katil,didekatkan tubuhnya dengan Anna.

Anna kalut.Mukanya sudah pucat tidak berdarah.Diambil bantal berdekatan dengannya lalu disembamkan mukanya di situ.Takut.Dia tahu Megat suaminya dan lelaki itu berhak atas dirinya.

Megat tersenyum.Tahu pun takut ingatkan berani sangat.Dijarakkan tubuhnya dengan Anna.Dia tahu Anna tidak selesa dengan keadaan yang sebegitu rupa.Lagipun waktu Subuh hampir melabuhkan tirainya,tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim mesti dilaksanakan.

"Pergilah ambil wuduk dulu,kita jemaah."arah Megat.Sebenarnya dia teringin sekali menjadi imam buat isterinya,Anna.

Anna tidak membantah.Langkah diatur ke bilik air untuk mengambil wuduk.Insiden tadi membuatkan dirinya takut dengan Megat.Megat lelaki dan pangkatnya sebagai suami membolehkan lelaki itu melakukan apa sahaja terhadap dirinya.

Usai solat Subuh berjemaah dilakukan,Megat menghadap Anna yang sedang membetulkan telekungnya.Wajah Anna ditatap lama.Tidak dinafikan wajah Anna yang lembut itu pasti mendapat perhatian kaum Adam di luar sana termasuk dirinya juga.Rasa dirinya sungguh kerdil untuk berdiri sama dengan Anna.

"Apa tengok-tengok"tegur Anna sambil melipat sejadahnya.

"Nak tengok isteri sendiri pun tak boleh"perli Megat seraya melabuhkan duduknya di birai katil.

Anna tidak menghiraukan Megat yang sedang tersenyum-senyum sendiri.Sekarang dia harus bersiap untuk ke kelas,lagipun dia sudah berjanji dengan Husna untuk sarapan bersama.Jubah kaftan berwarna hijau tua dan digandingkan dengan selendang yang senada menjadi pilihan Anna hari ini.

HUSBANDWhere stories live. Discover now