Husband 7

842 35 5
                                    

Qalif merenggangkan urat-uratnya yang bersimpul akibat terlalu lama duduk menghadap komputer.Dipicit-picit kepala yang terasa sedikit pening.Esok merupakan hari yang penting baginya,setelah beberapa tahun berhempas pulas bergelumang dengan buku-buku.Secara rasminya esok dia akan menjadi seorang pensyarah.Cita-cita yang diimpikan sejak kecil lagi.Qalif tersenyum sendirian.'Anna Glasheeda Lee'nama yang tidak pernah luput di mindanya.Dia berharap agar kembali dipertemukan dengan gadis kecil molek itu.

************************************
Jarum menunjukkan pukul sepuluh malam.Anna semakin gelisah.Gusar hatinya apabila Megat masih tidak pulang.Marahkah lelaki itu terhadap dirinya?Ish!kenapalah lelaki itu kerap memberi masalah kepada dirinya.Anna mengetap bibirnya sambil meramas-ramas jarinya.

"Megat tak balik lagi ker Anna"tanya Encik Towfik.Setahunya tadi Anna pergi ke kolej bersama Megat tapi Anna pulang dari kolej sendirian tanpa Megat disisi.

"Belum lagi.Mungkin Abang Megat ada kerja kot."dalih Anna.'Abang Megat'Erk!muntah hijau.Anna terus mengadap televisyen walaupun rancangan itu langsung tidak menarik perhatiannya.

"Asalammualaikum"ucap Megat di muka pintu.

Hilang segala rasa gelisah dan gusarnya apabila mendengar suara lunak lelaki itu.Secara spontan Anna berlari menuju ke Megat.Disambut kepulangan Megat bagaikan dia isteri mithali.Encik Towfik hanya tersenyum melihat telatah mereka.Diambil tangan Megat lalu disalam.Bukan hanya untuk menunjuk di hadapan Baba tapi lebih kepada untuk memohon maaf kepada lelaki itu.Megat hanya menghulurkan tangannya apabila Anna beria-ria mahu menyalami dirinya.Bila orang suruh salam tak nak pulak salam.Oh lupa ada Baba.Patutlah baik semacam ajer.

"Kenapa lambat balik Megat?"Encik Towfik bertanya.

"Oh Megat ada kerja sikit"jawab Megat seraya melabuhkan duduknya berhadapan dengan mertuanya.

"Bukan Megat ambil cuti seminggu ker?Kerja apa lagi?"soal Encik Towfik kehairanan.

"Ahhhhaa...Baba,Anna rasa Abang Megat penat kut.Kitaorang naik atas dululah yer Baba.Assalamuaikaum."Anna cuba mengelakkan Megat dari terus disoal oleh Babanya.Kalau Megat tersasul nanti susah dirinya nanti.Ditarik tangan Megat naik ke bilik mereka.

"Waalaikummusalam"jawab Encik Towfik,membiarkan pasangan itu naik ke bilik mereka.Lagipun hari sudah lewat.

Sesampai di bilik,Anna melepaskan pegangannya terhadap Megat.

'Aku dah agak dah dia buat macam ni sebab Baba jer'keluh Megat dalam hati.Kecewa dirinya.Ingatkan selepas kejadian pagi tadi Anna akan berubah,tapi jangkaannya meleset.Anna tetap Anna.Dia terus menuju ke almari untuk menyalin pakaiannya.

Anna hanya memandang Megat yang kelihatan agak dingin dengannya.Marah sangat ker kat aku sampai tak nak cakap dengan aku.Tiba-tiba.....pandangan yang tidak mahu dilihatnya telah terlayar di hadapannya kini.

"Boleh tak kalau nak tukar baju tu masuk bilik air dulu"tegur Anna seraya menghalang mata dari terus memandang susuk tubuh Megat.

Megat tidak menghiraukan teguran Anna.Selesai menukar pakaiannya,Megat berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk.Dibentangkan sejadah menghadap kiblat tanpa menoleh sedikit pun kepada Anna.Terus sahaja dirinya menunaikan solat isyak.

Anna hanya membiarkan Megat menunaikan solatnya.Diambil laptopnya untuk melakukan sedikit homework.Dengar cerita esok ada lecture baru nak masuk.Husnalah yang menyampaikan berita itu kepada dirinya.Minah tu memang kepoh sikit.Semua benda dia tahu.Harap-haraplah lecture yang baru ini tidak kerek macam Sir Mior tu.Bernanah telinga bila dia start membebel.

Usai menyudahkan solatnya Megat duduk di birai katil dan menghadap isterinya yang sibuk mengadap laptopnya.

Anna sengaja tidak menghiraukan Megat yang sedang duduk di hadapannya sekarang.Dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap kertas kerjanya.Tadi berlagak sangatkan?

"Abang nak cakap dengan Anna sikit"Megat memulakan bicaranya.Rancangan Faiz harus dijalankan dengan secepat mungkin jika dia masih sayangkan perkahwinannya dengan Anna.Megat beberapa kali berselawat dan berdoa agar hati Anna akan lembut dan terbuka untuk menerima cadangannya ini.

"Cakap jer lar"jawab Anna.Matanya masih ditumpukan di laptopnya.Macam pelajar cemerlang aje gayanya sedangkan kertas kerja ini harus dihantar bulan hadapan.Sengaja dia menyibukkan dirinya.Malas melayan Megat.

Megat mengambil laptop di ribaan Anna.Geram dengan sikap Anna yang langsung tidak ambil kisah tentang dirinya.

"Apa ni?Aku nak buat kerjalah"rengus Anna.Sesedap rasa ajer ambil barang orang.

"Kan Abang nak cakap dengan Anna"balas Megat sambil memandang wajah cemberut Anna.Kali ini dia harus bertegas sedikit dengan Anna.

"So what?Cakap ajer lar,aku dengar lar.."sinis Anna membalas.

"Anna..Boleh tak kali ini Anna dengar cakap Abang?Abang ni suami Anna tahu tak?"

"Oh suami...Baru aku tahu kau ni suami aku.Kau nampak muka aku ni kisah?"lawan Anna seraya berlalu untuk keluar dari bilik.Rimas dengan keadaan yang menyesakkan dadanya.

Baru sahaja tangan Anna ingin mencapai tombol pintu...

"Anna..."suara Megat sudah kedengaran serius.Kenapa degil sangat isterinya sekarang.Anna semakin hari semakin degil dan susah untuk dikawal.Anna tolonglah jadi macam Anna yang Abang kenal dulu. Abang rindu...Rindu dengan Anna Glasheeda Lee yang Abang kenal dulu.

Anna memejam rapat matanya.Tangannya sudah pun berada di tombol pintu,perasaannya mula berbelah bahagi.Jika dia meneruskan langkahnya keluar dari bilik ini,derhakalah dia kepada suaminya.Anna mengumpul semangatnya dan kembali berpaling ke arah Megat yang sedang merenung tajam dirinya.Ditundukkan kepalanya ke bawah.Tidak sanggup untuk melihat cerlungan mata Megat.

Megat menghelakan nafasnya apabila Anna kembali menghadapnya.Susah benar untuk mengawal Anna sekarang.Terasa diri ini gagal menjadi seorang suami yang baik untuk Anna.

"Kita akan pindah rumah"ujar Megat.Inilah rancangan Faiz Yang utama.Harap-haraplah Anna setuju tanpa membantah.Tapi jika dilihat wajah Anna ketika ini,peratusan untuk Anna menerima cadangannya adalah tipis.

Anna membulatkan matanya.Kalau tak salah dengar tadi,Megat mengajaknya pindah.Ah!No way!Duduk satu bilik pun aku dan tak sanggup inikan lagi nak tinggal satu bumbung dengan lelaki itu.Apa motif lelaki itu?

"Aku tak setuju"bantah Anna.Jika difikirkan,tidak sanggup rasanya berdua-duaan dengan makhluk Allah seorang tu.Simpang malaikat empat puluh empat.

Kan dah cakap!Anna tidak akan bersetuju.Macam mana ni Faiz.'Gunakan kuasa kau sebagai seorang lelaki dan suami'kata-kata Faiz kembali bermain di mindanya.

"Abang tak kira,nak tak nak minggu depan,kita pindah dari sini.Anna kemas apa yang patut."tegas Megat.

"Kalau aku tak nak?"lawan Anna.Pendiriannya harus kukuh.Tidak mahu dirinya dibuli Megat bila mereka duduk satu bumbung nanti.Tak sanggup.

Satu keluhan kasar terbit di bibir Megat.Megat melurutkan rambutnya ke belakang.

"Anna,boleh tak kali ni Anna ikut cakap Abang?Abang bukan minta banyak pun,sikit aje"rayu Megat.Suaranya dilembutkan supaya Anna bersetuju.

Anna berfikir sejenak.Perlu ker dia bersetuju dengan cadangan Megat.Akhirnya Anna mendapat satu idea.Idea Yang dianggap bernas.Bernas sangat.

"Okey aku setuju....."jawab Anna.

Megat menghelakan nafas kelegaan apabila Anna mahu mengikuti rancangannya.

"Tapi.....Ada syaratnya."sambung Anna.Ingat senang-senang ajer aku nak ikut cakap kau,Megat.Tak mungkin.

Megat kembali memandang Anna.Syarat apa pula.Penat dirinya bermain tarik tali dengan Anna.Ni baru rancangan pertama,banyak lagi rancangan yang masih belum dilaksanakan lagi.Semput dirinya melayan kerenah Anna.

"Apa syaratnya"tanya Megat.Janganlah Anna meminta yang bukan-bukan.Anna,isterinya seorang yang tidak boleh diagak tindakannya.

"Nanti aku bagitahu kau.Sekarang aku nak tidur,esok aku ada kelas."Anna menepuk-nepuk bantalnya lalu merebahkan dirinya.

Megat hanya mampu mengeluh.Apalah syarat yang akan dikenakan oleh Anna nanti.Langkahnya terus ke sofa.Di sinilah tempat dia tidur.Megat merebahkan dirinya ke sofa.Rasa kantuk yang ditahan sejak tadi kembali menjamu matanya,tidak sampai sepuluh minit,Megat telah beradu dengan lenanya.

HUSBANDWhere stories live. Discover now