Husband 9

837 25 0
                                    

Qalif menyudahkan tugasnya dengan lafaz alhamdulilah.Kesemua pelajarnya memberikan respons yang positif.Qalif cepat-cepat mengemas barang-barangnya yang berterabur di atas meja.Tiba-tiba Qalif menangkap satu suara yang agak lantang.

"Wei,kenapa kau tak datang kelas hari ni?Best kot lecturer baru ni.Dah lar hensem nak mampus.Aku yang hati batu ni pun boleh tergoda.Hahahaha...Rugi siak kau tak datang."lantang Husna bercakap melalui telefon pintarnya.Bukannya ada orang pun dalam ni.Tak salah kot.Lantaklah apa aku peduli.

Qalif hanya tersenyum kecil.Hai minah ni tak pandang kiri kanan betul kalau bercakap.Tapi dia seperti mendengar nama Anna dalam perbualan gadis itu.Anna siapa?Anna Glasheeda Lee nya kah?Janganlah dia ditempatkan satu kelas dengan pujaan hatinya,mau dirinya berdebar tidak tentu hala.Entah kenapa dirinya asyik teringatkan gadis comel itu.Ah!rindu.

"Really.Wah terujanya mak!Wei sorry eh aku tak dapat datang hari ni.Ada problem sikit."balas Anna.Matanya mengerling Megat yang sedang memandu menuju ke KLIA.

"Tak datang?Ko dah giler ker."Husna terkejut.Dah lar Ada presentation dengan Prof Ismail.Aduh Anna lu jangan bikin wa kusut.

Anna menjauhkan telingamya dari telefonnya.Kuat giler suara Minah ni.Cair taik telinga aku.

"Tak payah lar jerit-jerit macam tu.Sakit telinga aku tahu tak.Ala cakaplah dengan Prof Ismail tu kita buat date lain.Dia mesti faham punyalah.Lagipun aku memang ada hal ni.Urgent."Anna cuba slowtalk dengan Husna.Risau juga hatinya mengenangkan Husna Yang terpaksa berhadapan dengan Prof Ismail.Janganlah Prof melenting ehh..Bukan saya saje tak nak datang,Prof tanyalah mamat meroyan sebelah saya ni.Paksa-paksa saya ikut dia.Huh!

"Aduh,jadi satu kerja pulak aku kena pergi jumpa Prof Ismail.Oklah nanti ada apa-apa roger aku ehh.Bye."Husna menamatkan perbualannya dengan Anna.Terus dirinya berpaling untuk keluar dari dewan dan..

Qalif hanya mempamerkan muka toya di hadapan Husna.Terus sahaja dirinya keluar dari dewan kuliah, tanpa menghiraukan gadis itu.

Husna menepuk-nepuk dahinya.Macam manalah aku boleh tak perasan dia ada kat dalam dewan.Aduh!jatuh saham aku.Husna segera berlalu menuju ke kafeteria.

"Sayang cakap dengan siapa tu?"Megat memecahkan suasana krik-krik di antara mereka.

"None of your business"jawab Anna seraya menyimpan telefon pintarnya ke dalam tas tangannya.

Inilah Anna.Kenapa semakin lama aku rasa aku makin jauh dengan Anna.Kenapa?Silap percaturankah aku dalam perkahwinan ini?Entah sampai bila Anna akan menidakkan kehadiran aku sebagai suaminya.

************************************
Megat pantas berjalan menuju ke balai ketibaan.Anna hanya mengikut Megat dari belakang.Mak aii..laju giler jalan.Tunggulah aku.Taulah tinggi,langkah pun besar tapi tak payah lar tinggal aku kat belakang.Rasa macam kuli dia jer.Megat menoleh ke arah Anna yang sudah tiada disisinya.Ditoleh lagi dan Anna akhirnya berlari anak menuju kearahnya.Laju sangat ker aku jalan.Alahai kesian isterinya.

Anna menarik muka.Rasa macam baru habis lari marathon jer.Kalau diikutkan rasa hati,mahu sahaja dia meninggalkan Megat yang beria-ria tu.Ni KLIA ok!Bukannya track lumba lari.Gaya macam nak kejar awek yang tinggalkan dia aje.

"Marah ker?Ala sorry yer sayang"ucap Megat lalu menuju ke arah Anna yang berdiri tidak jauh darinya seraya menghadiahkan satu ciuman di dahi Anna.Ketinggian Anna yang hanya di dadanya membuatkan dirinya mudah untuk melakukan pekara itu.

Wajah Anna berbahang.Kenapalah Megat buat dia begini.Ni public OK!Rasa berdebar mula menjalar di hati kecilnya.Kenapa dirinya tidak menolak.Ah!Kenapalah dengan dirinya.Sudah jatuh cintakah dia kepada suminya.Tak!Aku takkan jatuh cinta dengan Megat.Sekali lagi aku ulang,tidak.Tapi kenapa aku biarkan aje dia bust macam tu kat aku?Arghh!!Lantaklah.

"Kenapa buat muka macam tu?Nak lagi?"bibir Megat sudah mahu mendarat di dahi Anna namun Anna lebih pantas menolak lembut muka suaminya seraya laju berjalan menuju entah kemana.Yang penting jauh dari Megat Zulkarnain.

"Hei..tunggulah Abang!"Megat pantas menuju ke arah Anna.Cepat sahaja dia merangkul pinggang kecil Anna supaya dekat dengan dirinya.Anna?Hanya membiarkan Megat melakukan apa sahaja terhadap dirinya.Betullah petua Faiz.Jangan biarkan api lawan dengan api.Buruk padahnya nanti.Thanks kawan.Petua kau memang menjadi bro.

************************************
"Megat"suara Hajah Suhaila separa menjerit.Rindu terhadap anak menantunya semakin membuak-buak.Laju langkah dihayun menuju ke arah pengantin baru.Megat tanpak bahagia disisi Anna.Syukur.

Megat dan Anna menyalami tangan Hajah Suhaila dan Haji Mukhlis.Semasa tangan Anna menyalami tangan Hajah Suhaila,tangan mertuanya kejap di tangan halusnya.Anna memandang wajah Hajah Suhaila.Kenapa wajah itu nampak seperti gusar memikirkan sesuatu.

"Kenapa Mummy pandang Anna macam tu"tanya Anna.Aku pakai baju pelik sangat ker?Anna menilik batang tubuhnya.Ker aku ni bukan menantu pilihan dia?Bukannya aku yang mengelupur nak kahwin dengan anak dia,anak dia yang gatal sangat nak kahwin dengan aku.It's not my fault.

"Anna cantik sangat.Sesuai dengan Megat."puji Hajah Suhaila.Tidak dinafikan Anna memang seorang yang cantik di matanya.Memang dia sudah lama berkenan dengan Anna.Tambahan pula Anna seorang yang menjaga auratnya.

Nak perasan boleh?Hahahaha...Tapi tang 'sesuai dengan Megat'tu aku tak setuju.Aku dengan dia langsung tak sesuai.Sama sekali tidak.

"Sukalah tu kena puji dengan Mummy"perli Megat.Dipandang wajah Anna lama.Mummynya seorang perempuan pun boleh cakap Anna cantik apatah lagi lelaki yang memandang Anna.Berkali ganda cantik mungkin.Hai!tinggi betul saham bini aku ni.

"Eleh jealous lar tu,Mummy tak puji dia"balas Hajah Suhaila sambil berlalu dengan Anna.

Megat tercenggang.OK fine.

"Mummy bila dan dapat geng macam tu lah.Kita mana dia nak ingat dah"Haji Iskandar ikut berlalu meninggalkan Megat dengan trolley yang sarat dengan barang-barang.

OK.Siapa nak tolong aku sorong trolley ni?Megat hanya tersenyum sendirian lalu mengikuti langkah Walidnya.

HUSBANDWhere stories live. Discover now