Husband 13

585 19 0
                                    

"Itulah ceritanya."Megat menghelakan nafas yang panjang setelah selesai bercerita kepada Anna.Terasa beban yang dipikul berkurang sedikit demi sedikit.Megat terus bangun menuju ke tepi tasik.Air mata lelakinya hampir-hampir gugur di hadapan gadis itu,nasib baik matanya mahu bekerjasama baik dengannya.

Anna cuba menghadam semula cerita yang disampaikan oleh Megat.Susah jugak yer kalau dapat abang yang tak nak kalah dengan adik sendiri.'Dah terang-terang Zyra Rose tu adik dia punya kenapa tergedik-gedik sama nak jual minyak.Dasar lelaki hidung belang,mata keranjang,pantang nampak dahi licin sikit terus sambar.Tak respect betul aku dengan lelaki macam ni.'Anna mula menyumpah seranah lelaki yang bernama Malik itu.

Namun anak matanya tertancap kepada batang tubuh Megat yang kian beredar menuju entah kemana.Aduh mamat ni jangan bukan-bukan sudah.Pantas langkah diatur menuju ke pemuda itu.

"Encik!!!!!tunggulah saya!"jerit Anna.Tercungap-cungap nafasnya.

Megat tidak mengendahkan panggilan itu.Dia tidak mahu Anna melihat air matanya jatuh.Dia lelaki.Tercalar maruahnya jika gadis itu melihatnya dengan keadaan sebegini.Semakin cepat langkah diatur meninggalkan gadis yang sedang berlari-lari anak itu.

Anna memperlahankan langkahnya.Lelaki itu seakan sengaja meninggalkannya seorang diri di sini.Menyesal.Menyesal sangat.Anna menghentak-hentak kakinya tanda protes.Terus dia menuju ke pondok bas yang berhampiran untuk pulang.Tulah gedik sangat ikut mamat tak siuman tu,padan muka kau Anna.Sedang dia berjalan,terasa sedikit janggal di kakinya.Anna melirik ke batang kakinya.'Ya Allah!Time ni pulak kasut ni nak putus.'detik Anna.

"Arghhh"jerit Anna perlahan.Direntap kasut yang tersarung di kakinya lalu dicampak di tengah jalan.Lantak situ.Terasa tubir matanya hangat.Ah!rasa geram sudah tidak dapat dibendung lagi.Rasa benci kepada pemuda itu semakin meluap-luap.Anna terduduk sendirian di bahu jalan.

"Cik..."seru Megat.Rasa bersalah mula menerpa dalam dirinya.Dahlar bawa anak orang lepas itu ditinggal-tinggal pula.Tak patut!

Anna mendongak.Huh!ingatkan dah tinggalkan aku.Anna bangun sambil mengesat air mata yang masih bersisa di hujung bajunya.Dia mana boleh nampak lemah di hadapan lelaki ini.Mestilah tunjukkan dia wanita yang sado bukannya cenggeng.

"Cik,okey?Sorry my bad"

Macam tu jer!Tak gentleman langsung.Harap muka jer handsome tapi hampeh.

"Saya nak balik"pinta Anna.

"Okay then."balas Megat tanpa banyak bicara.

******************************

Megat mematikan enjin keretanya setelah sampai ke destinasi.Dikerling Anna Yang masih enak beradu di sebelahnya.Megat tersenyum kecil.Sampai senget-senget tudung di kepala isterinya.Comel!

"Anna..."panggil Megat seraya mengelus lembut pipi isterinya yang gebu dan mulus itu.Macam kuih pau,rasa nak gigit-gigit jer.

Lena Anna terganggu akibat elusan yang kerap benar singgah di pipinya.Perlahan-lahan dia membuka mata.Rasa pening masih mencucuk-cucuk kepalanya.Mungkin akibat kemalangan tadi ataupun dirinya bangun secara tiba-tiba.Entahlah malas nak fikir.

Dikerling wajah Megat yang sangat hampir dengan wajahnya.Tak sampai 2cm.Gila betul mamat ni.Matanya yang tadinya sedikit sepet akibat dikuasai oleh rasa kantuk terus sahaja membulat.

"Ow..mak kau!"suara Anna naik satu oktaf dan memecahkan suasana sunyi diantara mereka.

Megat menjarakkan dirinya daripada wajah Anna.Terkejut sangat isterinya ini.Muka aku ni nampak macam hantu sangat ker?Terus sahaja Megat memandang cermin sisi sambil membelek-belek wajahnya.

"Kau buat apa tu?"tanya Anna hairan.Digagahkan dirinya untuk bangun daripada pembaringannya.

"Tengok muka abang ni.Nampak macam hantu kot sampai sayang terkejut"gurau Megat dengan wajah yang masih serius.

"Whatever.Ni kat mana pulak?"tanya Anna dengan pandangan yang mencerlung kearah Megat.'Aku dah lar sakit kepala ni macam-macam pulak mamat ni.'gumam Anna.

"Owh!Kat mana yer kita?"balas Megat sambil meninjau-ninjau kawasan luar.Sahaja mahu menduga kesabaran isterinya.Selalunya Anna yang selalu menguji kesabarannya sekarang ambik balik sayang abang!

"Mmmeeegggattt....."jerit Anna.Geramnya dia terhadap Megat sudah tidak dapat dibendung lagi.Rasa nak cekik-cekik aje.Arghhhhh.......Ya Allah kurniakan secebis kesabaran kepada hambamu ini supaya tidak ada hambamu yang menjadi arwah malam ni!Huh!

"Aaaannnnnnnaaaaa.....Kita dekat kondo abang!"sakat Megat dengan nada yang sama.Dilihat wajah Anna yang sudah kemerah-merahan menahan amarahnya.Comel betul.Tak pernah sekali Anna tak comel di matanya.Semua comel.

"Huh!Buat apa datang sini"Anna kembali menyoal Megat.Digosok-gosok kepalanya yang berbalut tebal.Macam mana nak pergi class macam ni,dah macam mumia jer.

"Short honeymoon,sayang"balas Megat sambil mempamerkan wajah ceria.Sebenarnya ini bukan perancangan awal namun dah alang-alangkan?On jer lar!

HUSBANDWhere stories live. Discover now