Husband 8

1K 29 2
                                    

Anna bangun dari lenanya apabila tidurnya diganggu oleh cahaya yang yang semakin lama semakin mencucuk matanya.Digagah dirinya untuk membuka matanya.'Ah!kacau aje lar.'gumam Anna dalam hati.Anna terkejut,jarum jam yang tergantung di dindingnya menunjukkan pukul lapan pagi.Ya Allah macam mana aku boleh lambat ni.Dah lar hari ini,kelas paginya bersama lecturer yang baru.Anna pantas mengambil tuala yang tergantung dan berlari menuju ke bilik air.Nasib hari ini dia red flag jadi tak payah dia lar dia gusar memikirkan solat subuhnya yang belum dilaksanakan lagi.

Setelah selesai,dia berkira-kira mahu keluar dari bilik air,Ya Allah baju aku!Macam mana ni...Ala keluar aje lar,Megat tengah tidur kot.Anna keluar dari bilik air dan terus menuju ke almarinya.Diambil baju t-shirts berwarna tanah dipadankan dengan kardigan labuh berwarna hitam dan seluar slack yang agak longgar.Boleh lar ni.

"Anna.."panggil Megat yang baru bangun dari tidurnya.

Adoi bangun pulak mamat ni.Tidur jer lar diam-diam kat situ.Anna berlalu ke bilik air tanpa menghiraukan panggilan Megat.Setelah lengkap berpakaian,Anna keluar untuk memakai tudung.

"Oh mak kau!!!"Anna melatah.Kenapalah Megat duduk terpacak kat depan pintu ni.

"Yang kau duduk terpacak kat depan pintu ni kenapa?Dah tak ada kerja?Tepilah aku dah lambat ini"kata Anna seraya menolak batang tubuh Megat.

"Abang hantar Anna"ujar Megat seraya masuk ke bilik air.

Anna sudah tidak peduli siapa yang menghantarnya ke kolej,pekara utamanya adalah sampai ke kolej sebelum 9.30 pagi.

Megat dan Anna menuruni tangga bersama-sama.Dilajukan langkah mereka menuju ke kereta Audi A4 Megat yang sedang menanti.Megat pantas menyambar kunci keretanya.Berterabur semua kunci yang tergantung di rak kecil itu.

"Cepatlah sikit"Anna menjerit dengan lantang.Ape bendalah yang dibuat oleh Megat.Macam makcik-makcik jer.Semasa di dalam bilik pun sama,bersiap mengalahkan perempuan.Terkemut-kemut.

"I'm coming,honey"jawab Megat sambil membetulkan kasut kulitnya.Megat berlari anak menuju ke keretanya.Dihidupkan enjinnya dan pantas memecut menuju kolej Anna.Harap tak jamming.

'Sssreeetttttttt'tayar kereta milik Megat berdecit.Mama tidaknya,kereta yang dipandu laju tahap tak hengat tiba-tiba terhalang dek kereta yang berbaris panjang.Lain tak bukan jamming.Ah!bosan betul.Keretanya beransur-ansur perlahan mengikut rentak kereta di hadapannya.

Anna memanjangkan lehernya untuk melihat keadaan jamming di hadapannya.Teruk jugak.Adoiyai,bila nak sampai kolej macam ni.Megat di sebelahnya dipandang sekilas.Lelaki itu sedang menopang dagunya di steering kereta.'Handsome juga Megat ni.Kalau bawa pergi kolej aku mesti jadi jejaka idaman Malaya.Kalah si Haikal tu.'detik Anna.Bertuah juga dirinya bersuamikan Megat.Aik!Aku puji diri dia ker?Ehh mana boleh.Anna behave your eyes.Anna memejam mata sambil mengeleng-geleng kepalanya.

Megat hanya memandang Anna Yang berkelakuan pelik hari ini.Tadi senyum,lepastu geleng-geleng kepalanya.Pelik betul.Tapi mata Anna tidak henti-henti merenung dirinya.

"Jangan pandang lama-lama sangat,nanti tergoda"usik Megat sambil tersenyum sumbing kepada Anna.

Kata-kata Megat sebentar tadi,menyedarkan Anna dari lamunannya.Kan dah kena tangkap curi-curi pandang anak teruna orang.Malunya.

"Mana ada aku pandang kau.Perasan betul."balas Anna.Mana mungkin dia kalah dengan Megat.Wajahnya terus dihalakan ke luar tingkap.'Tengok jalan lagi seronoklah dari tengok muka kau.'kutuk Anna dalam hati.

"Yer lar tu.Cakap jer lar sayang memang dah tergoda dengan Abang kan?Malu-malu pulak.."galak Megat mengusik Anna.Dilihat muka Anna yang sudah mencebik-cebik.

"Eeeeeuuuu...Tolong sikit.Tak de masalah,aku nak tergoda bagai dengan kau.Geli tahu tak?Muntah darah.."Anna melakukan aksi seperti orang yang mahu muntah.

Megat hanya tertawa kecil.Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Dilihat gerangan pemanggil yang muncul di skrin telefonnya.'Mummy?'Megat menjongketkan keningnya lalu menjawab panggilan tersebut.

"Hello,Mummy.Kenapa call Megat?"tanya Megat.Pelik dirinya,bukan Walid dan Mummynya berada di Kuwait untuk sebulan ker.Tiba-tiba ajer call.Pelik betul.

"Assalamualaikum.Haishh..Nak telefon anak sendiri pun tak boleh.Mentang-mentanglah dah ada isteri yang cun melecun,Mummy dilupakan"rajuk Hajah Suhaila.Sengaja dia mahu menduga hati anak terunanya yang seorang ini.

Megat mengaru kepalanya yang tidak gatal.Aduh mummynya ini kuat merajuk betul.Dia mengerling wajah Anna Yang sudah gelisah bagai cacing kepanasan.Mungkin risau waktu kelas yang hampir tiba.

"Waalaikumusalam.Apa Mummy cakap macam tu.Mestilah Mummy boleh telefon Megat bila-bila masa."balas Megat untuk memujuk hati Hajah Suhaila.

"Ni Mummy nak bagi tahu.Mummy dah sampai KLIA dah ni.Megat boleh ambil Mummy dengan Walid tak?"tanya Hajah Suhaila.Bukan niatnya mahu menyusahkan anaknya tapi pada waktu ini teksi sudah untuk dicari.Jadi dia terpaksalah menelefon Megat.Nak telefon siapa lagi.Takkan nak telefon Megat Muhammad Malik.Anak bertuahnya itu.Ish!Geram pula bila mengenangkan anaknya yang seorang tu.

"Ya Allah,Mummy kenapa tak bagi tahu Megat awal-awal.Just give me 30 minutes okay Mummy.I will come as soon as possible."jawab Megat.

"Okay sayang.Drive elok-elok okay.Bye"lega hati tuanya apabila Megat sudi mengambilnya.Kenapalah Megat Muhammad Malik tidak boleh jadi seperti Megat Zulkarnain.Sedih hati tuanya apabila mengenangkan anaknya yang seorang itu.

Anna hanya membisu.Rasanya Mummy Megat yang menelefon suaminya tadi.Dah kenapa pulak?Lantaklah bukan hal aku pun.Ehh..Jap kenapa Megat u-turn pulak ni.

"Oit,Kau nak pergi mana ni?Ni bukan jalan nak pergi kolej aku.Kau jangan bukan-bukan yer Megat.Hantar aku pergi kolej sekarang juga"Anna sudah mula membebel.Sudah lar dah lambat.Lelaki ini mahu bawanya ke mama pula.Dah tu tak bagi tahu pulak tu.Eeeeeiii...Geramnya.

"Kita nak ambil Mummy dengan Walid."jawab Megat ringkas.Pedal minyak ditekan habis.Laju keretanya itu tak payah cakaplah.Laju giler nak mampus.

"Kita?Kau jer okay.Aku nak pergi kolej.Hantar aku sekarang jugak."tegas Anna.

"No.Kita ambil Mummy and Walid sekarang.No excuse.Lagipun sayang tak sempat jumpa Walid pun masa nikah hari tu.So both of us.."suara Megat sudah kedengaran serius di halwa pendengaran Anna.

"Kau ni memang suka memaksakan?Rimas tahu tak.."balas Anna dengan nada geram.Sudah lar hari ini,dia ada presentation dengan Husna untuk kelas Prof Ismail.Mesti Husna akan memarahinya.Dan paling penting,markahnya sudah tentu akan rendah.Ahh..stress betul lar.

Megat hanya diam.Malas mahu bertikam lidah dengan Anna.Dia tahu jika dia membalas,pasti pergaduhan akan tercetus antara mereka.Lebih baik dia mengambil langkah selamat iaitu berdiam diri.Lagipun,dia tidak mahu Mummy dan Walidnya fikir yang bukan-bukan tentang dia dengan Anna.Harap-haraplah Anna tidak membuat perangai di hadapan orang tuanya nanti.Doa dipanjatkan kepada Yang Maha Esa untuk melembutkan hati Anna.

HUSBANDWhere stories live. Discover now