Husband 1

1.8K 42 0
                                    

"Aku terima nikahnya Anna Glasheeda Lee Binti Muhammad Towfik Lee dengan mas kahwinnya sebanyak lapan puluh ringgit tunai"ucapan keramat yang lahir dari bibir Megat Zulkarnain membuatkan Anna menitiskan air matanya.Jika orang melihatnya mesti mengatakan bahawa air mata itu air mata bahagia kerana sudah menjadi yang halal buat suaminya namun sebaliknya bagi Anna.Kehidupannya berubah tiga ratus enam puluh darjah selepas lelaki tersebut muncul dalam hidupnya.Kebenciannya kian memuncak apabila dia terpaksa menikahi lelaki itu.Kalau di Malaysia ini tiada undang-undang sudah lama dia membunuh lelaki yang kian menghampirinya kini.

Megat tersenyum bahagia apabila wanita di hadapannya kini telah menjadi yang halal buat dirinya.Sungguh rasa bersyukur menyelinap di segenap sudut hatinya.Tidak mampu digambarkan dengan kata betapa bahagianya dirinya sekarang.Mummynya menghulurkan cincin yang bertakhta berlian tunggal ke tanganya.Diambil cincin yang menjadi konflik yang sangat memalukan di stokis Habib Jewels.

Matanya kini terpegun dengan keindahan wajah isterinya yang putih bersih tanpa sebarang cela hatta sebiji jerawat pun,ditambah pula solekan yang dikenakan pada wajah itu tidak terlalu tebal menampakkan kecantikkan semula jadi Anna Glasheeda Lee.Dirinya sudah jatuh sayang kepada wanita kacukan cina ini.

Air mata Anna semakin lebat menuruni pipinya yang gebu.Dirinya jadi tidak keruan dengan kehadiran lelaki ini.Hendak sahaja dia lari dari majlis ini,hati dan batinnya terseksa.Tanpa sebarang isyarat dirinya sudah di dalam dakapan lelaki tersebut.'My God..no..no..!!!'jerit hati kecil Anna.

"Apa yang kau buat ni"bisik Anna perlahan.Kot ya pun gembira tak payah lar peluk aku depan orang ramai.Malu tahu tak.Wajahnya sudah berona merah jambu.

"To calm you down honey.I love you and thanks for being my angle for the rest of my life"bisik Megat seraya meleraikan pelukannya lalu menyapu air mata yang mengalir dari pipi mulus isterinya.Diambil tangan halus isterinya dan disarungkan cincin perkahwinan mereka.Memang cantik cincin itu di tangan Anna yang putih dan cerah.

Dahi Anna dicium dengan penuh syahdu oleh Megat.Kini tanggungjawabnya kian bertambah,segala dosa isterinya kini berpindah kepadanya.

Anna hanya membiarkan perlakuan Megat terhadap dirinya.Nasib lar depan orang ramai kalau tak dah lama aku tendang kau sampai terperosok kat bawah bangku tahu tak.Jantungnya bagai terhenti seketika apabila ciuman Megat semakin lama melekat di dahinya.Dasar lelaki miang nak ambil kesempatan lar tu.Siap ko nanti,tau lah aku nak buat apa.

Lensa kamera tidak henti-henti menghujani pengantin baru itu.Memang sama cantik dan padan kedua-dua mempelai.Majlis yang dihadiri keluarga terdekat tetap meriah.Ini semua permintaan Anna supaya perkahwinannya dengan Megat dirahsiakan dari pengetahuan rakan sekuliahnya.Mana nak letak muka wei!Selama dia yang menolak kehadiran lelaki dalam hidupnya tapi alih-alih dia yang kahwin dulu.Malu sangat!

"Cuba jangan buat muka awkward macam tu.Buruk tahu tak sayang"pinta Megat sambil memandang muka comel Anna.Ketinggian Anna yang hanya 154 cm membuatkan dirinya seperti anak patung yang bergerak.Comel sangat!Tangannya laju meranggkul pinggang kecil Anna agar rapat dengan dirinya.Senyumnya dilebarkan.Bahagia?Ya dia akui dia bahagia sangat-sangat dan sangat.

"Suka hati aku lar nak buat muka awkward ker ugly ker kau kisah apa"balas Anna seraya merentap kasar tangan Megat yang sedang merangkul pinggangnya.Langkahnya dihayun laju menuju ke kolam ikan yang berada di belakang dapur.Tempat itu sememangnya favourite Anna.

'Dia ingat muka dia handsome sangat ker?Nak cakap muka aku awkward lar ape lar.Blah lar!Ape yang dia expect dari aku?Bahagia dengan perkahwinan bodoh ni!Never!Ni Annalah aku akan pastikan kau akan ceraikan aku dalam tempoh tiga bulan.Percayalah cakap aku.Kau tak tengok lagi perangai aku.I will show my true colour.'tekad Anna dalam hati.Sememangnya dia akan menamatkan permainan bodoh yang dicipta oleh Megat Zulkarnain.

"Kau yang mulakan dengan api,aku balas apilah.Siap simbah dengan minyak tanah lagi.Hahahaha!!!"gelak Anna sendirian dengan kata-katanya.

"Anna"panggil Encik Towfik Lee.

"Oh,Mak kau!Baba! Terkejut Anna.Bagilah salam dulu kalau yer pun.Kus semangat"balas Anna sambil merungut dadanya perlahan.Dari mana pula Babanya tahu dia disini.Ah,serabut!Baba dengar ker apa yang dikatakan tadi.Matilah kalau babanya dengar apa yang dikatakan sebentar tadi

"Anna buat apa kat sini.Kat depan tu ramai tetamu nak tengok pengantin baru.Lagipun kesian kat Megat sorang-sorang kat depan tu layan tetamu."kata Encik Towfik seraya melabuhkan duduknya di bangku kayu yang berdekatan dengan Anna.Mata tuanya memandang wajah gelisah Anna.Anaknya ini memang seorang yang cantik sama dengan arwah isterinya,Seri Khaleeda.Rindunya kepada isterinya mula bertamu kembali di tangkai hatinya.Perempuan yang membawa dirinya yang dulunya kafir kepada agama Islam yang suci dan mulia.

"Hah!..ahh Anna pergi dulu."tergagap Anna membalas soalan babanya.Aduh!Malas betul nak layan mamat tak siuman tu.Benci!!!Anna berjalan menuju ke ruang tamu yang dihias cantik dengan tema putih mutiara.Dari jauh dia dapat melihat Megat sedang berbual-bual dengan rakannya.Malas dia nak menyibuk sekali dalam perbualan mereka.Kakinya laju melangkah menuju biliknya,solat Asarnya masih tergantung lagi jadi dia harus cepat menunaikan tanggungjawabnya.

Usai melaksanakan solat Asarnya,Anna melipat sejadah dan telekungnya lalu disangkut di penyidai kayu yang berada di hujung bilik.Matanya kian memberat beselang- seli dengan nguapan yang lahir di bibir halus itu.Anna berbaring di atas katil yang ditabur kelopak mawar.Apa tujuaannya?Menyemak jer.Tangannya laju mengibas-gibas kelopak mawar yang berada di tilamnya.Ini semua cadangan Mak Leha supaya meletakkan kelopak mawar di tilamnya supaya lebih feel bila begolek dengan suami.My God!!Geli geleman dia mendengarnya.Anna mencapai telefonnya lalu dia mengunci alarm.Nanti terlajak pula solat Maghribnya.Tidak sampai sepuluh minit,Anna telah beradu dengan lenanya.

HUSBANDWhere stories live. Discover now