Taman yang berdekatan dengan kawasan perumahannya itu menjadi tempat untuk dia bersenam setiap pagi. Seluar pendek paras paha bersama legging dan baju sleeveless berwarna putih menjadi pilihan sebelum dia turun ke taman bulatan untuk berjogging.
Jam dipergelangan tangan ditilik, baru menunjukkan pukul 6.25 pagi. Dia terus turun dari bilik tidurnya lalu dia pergi ke dapur untuk mengisi air botolnya. Botol air yang terletak di dalam kabinet dapur diambil lalu dia mengisi dengan air masak.
Bunyi derapan kaki menuruni tangan membuat dia pantas menoleh ke arah belakang. Dia terus tersenyum melihat wanita yang baru sahaja masuk ke ruangan dapur itu. Dia terus merapati sosok wanita itu lalu memberi satu kucupan di pipinya.
"Morning angah, nak gi taman ke?" tanya Puan Atiqah kepada anak lelakinya
"Morning ibu, ye nak joging. Dah berlemak perut Adif ni asyik terperuk dalam bilik tu" balas Adif sambil menepuk perutnya yang tegap.
Puan Atiqah menggelengkan kepalanya. Baju Adif diselak lalu terhidang six pack yang hampir membentuk. Terus dia menampar-nampar abdomen Adif dengan tangannya.
Adif mengaduh lalu dia mengusap perutnya yang sudah berbekas tapak tangan Puan Atiqah. Dia mencebik sebelum dia menyilangkan tangannya didada. Merajuk.
"Dah pergi sana. Jangan lewat sangat pulang. Hati-hati" pesan Puan Atiqah sebelum tangannya ditarik oleh Adif untuk disalami.
Adif terus meminta diri untuk pergi ke taman. Enjin kereta miliknya dihidupkan lalu menyusun barang yang bertabur di seat belakang. Semalam dia makan di dalam kereta bersama rakan baik perempuannya, Fakqhira di dalam kereta kerana mereka sedang 'mouse moment' tapi versi berdua.
Setelah enjin keretanya panas, dia terus memandu keretanya ke taman. Tidak sampai 10 minit dia sudah sampai ke taman. Enjin kereta dimatikan lalu dia keluar dari perut kereta. Kereta dikunci lalu dia berjalan mencari tempat yang luas untuk dia memanaskan badan sebelum memulakan lariannya.
"Pagi awak" sapa Adif apabila dia melihat wanita yang sedang memanaskan badan
"Pagi" sapa wanita tadi tanpa menoleh Adif
Dia sudah kenal gerangan itu kerana mereka akan selalu terserempak malah bersenam sama-sama. Namun dia tidak mahu ingat nama lelaki tersebut. Bukannya mereka tidak pernah bertukar nama, namun bagi wanita itu seelok-eloknya dia tidak mahu rapat dengan mana-mana lelaki terutamanya Adif Qasyaf.
"Berapa target harini?" tanya Adif kepada wanita itu.
"5 km" jawab wanita itu ringkas.
Adif hanya mengangguk lalu dia turut menyertai wanita itu untuk memanaskan badan, dia hanya melihat sahaja wanita itu yang sudah hendak berjoging.
"Mind if I join?" tanya Adif sebelum sempat wanita itu melarikan diri.
"Maaf, harini saya nak sorang-sorang." jawab wanita itu dengan sopan lalu menghadiahkan satu senyuman kecil kepada Adif lalu dia beredar.
Adif hanya mengangguk tanda dia memahami permintaan wanita tersebut. Dia sempat membalas senyuman wanita tersebut sebelum wanita itu beredar. Dia tahu kenapa wanita itu menjauhkan diri darinya.
..........
FLASHBACK
3 Tahun yang lalu
Adif yang sedang duduk santai di bangku taman itu terkejut apabila bahunya ditepuk kuat oleh sepasang tangan yang kecil. Dia terus menoleh ke arah belakang lalu dia menggelengkan kepalanya.
"Haa terkejut lah tu" kata wanita yang menepuk bahu Adif.
Wanita tersebut tertawa besar apabila melihat reaksi Adif tadi. Adif tersenyum apabila dia melihat wanita itu tertawa sambil memegang perutnya. Kain tuala kecil dibagi kepada wanita tersebut apabila dia melihat peluh di dahi wanita itu. Barangkali baru habis berlari.
YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romance"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...