Syafiq memegang rahangnya yang sudah selamat mendarat sebuah penumbuk dari tepi. Yazir memandang ke arah Adif yang sedang mengawal pernafasannya. Yazir baru hendak menumbuk lelaki tersebut namun Adif sudah layangkan penumbuk.
Yasmeen memandang wajah bengis Adif. Yazir pula sudah memeluk tubuh Yasmeen, dia terus menutup mata Yasmeen kerana dia tidak mahu Yasmeen melihat apa yang bakal berlaku.
Adif menarik kolar Syafiq dan dia menghadiahkan sebuah penumbuk lagi. Syafiq sudah mendesis kesakitan.
"Kau memang tak serik ke? Tak cukup pekerja kat sini kau kacau, bakal isteri aku pun kau nak kacau?!" jerkah Adif sehingga membuat Yasmeen yang mendengar itu kegigilan.
Adif menarik tubuh Syafiq lalu dia bawa keluar dari kedai tersebut. Dia terus membelasah Syafiq sehingga lunyai. Darah sudah mengalir di bibir Syafiq namun sedikit pun tidak membuat Adif menghentkan perbuatannya.
Tangan Adif dan pakaiannya sudah terkena percikan darah. Namun dia tidak kisah dengan semua tersebut. Niat nya kini hanya mahu memberi pengajaran yang cukup kepada lelaki seperti Syafiq ini. Dasar lelaki pencabul.
Yazir pula sudah membawa Yasmeen masuk ke pejabatnya. Dia terus menenangkan adiknya yang sudah kegigilan. Kedua-dua belah lengan adiknya dipegang erat. Dia cuba untuk mengambil perhatian Yasmeen.
"Take a deep breath Meen. I'm here" kata Yazir kepada Yasmeen lalu dia megenggam erat tangan Yasmeen yang masih lagi kegigilan.
Pintu pejabat dirempuh kasar oleh Adif yang sudah berlumuran dengan darah. Yazir yang memandang wajah Yasmeen kegigilan itu mula berasa resah.
"Kau belasah dia ke kau kena belasah?" tanya Yazir yang kehairannan kerana melihat wajah Adif yang berdarah.
"Yan tumbuk aku" jawab Adif.
Yazir memandang sosok yang sedang berdiri di belakang Adif. Dia hampir tergelak apabila dia melihat Rayyan namun dia masih teringat akan Yasmeen yang kegigilan.
"Meen ada trauma ke?" tanya Rayyan di pintu pejabat tersebut.
"Ye" jawab Adif dan Yazir serentak.
Yazir memandang Adif namun dia malas hendak bertanya. Dia lebih fokus dengan Yasmeen. Lutut Yasmeen dipegang erat sebelum dia memegang wajah Yasmeen untuk memandang wajahnya tepat.
Dia meminta Yasmeen untuk mendengar arahannya. Dia meminta untuk Yasmeen mengatur pernafasan dengan mengikutnya bernafas secara perlahan-lahan. Yasmeen tidak dapat mengikut Yazir, dia memalingkan wajahnya ke arah Adif.
Air mata Yasmeen sudah mengalir dalam cubaan untuk mengawal panic attacknya namun tidak berhasil. Wajah Adif yang memandang wajah sembam nya juga tidak kisah. Matanya merenung ke dalam anak mata Adif yang berwarna brown hazel.
Tanpa dia sedar, pernafasannya semakin perlahan. Wajah Adif ditatap lemah sebelum dia hampir jatuh pengsan. Adif terus menahan kepala Yasmeen yang sudah terjatuh di bahunya.
"Kau pukau dia ke?' tanya Yazir.
Adif menampar Yazir lalu dia meminta izin untuk membawa Yasmeen ke hospital berdekatan. Yazir terus mengikut Adif manakala Rayyan hanya beriak biasa sahaja. Sempat juga Rayyan memesan air untuk dirinya. Setelah siap pesanan nya terus dia memandu keretanya ke arah hospital milik kakaknya.
..........
Kakak Rayyan yang sulong, Azizah memandang wajah Rayyan yang masih santai menghirup airnya. Matanya memincing ke arah Rayyan sebelum ditampar lembut pipi Rayyan.
"Rayyan, adik kawan Rayyan masuk ward tu. Boleh pulak dia chill" tegur Azizah
Rayyan memegang pipinya yang ditampar tadi. Dia terus menunjukkan tangan kanannya yang lebam dan luka kepada Azizah.
YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romance"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...