𝙱𝚊𝚋 𝟷𝟶

33 3 0
                                    

Puan Atiqah menolak perlahan daun pintu bilik Adif kerana dia tidak mahu mengacau anaknya yang masih enak diulit mimpi. Dia tahu Adif tidur lewat kerana sebelum waktu subuh, dia masih lagi melihat Adif membuat kerja di ruangan dapur.

Island table di dapur penuh dengan kertas kerja dan construction drawing milik Adif. Dia hanya sempat menegur Adif untuk tidak memaksa diri untuk bekerja sehingga menyebabkan Adif kekurangan waktu tidurnya. Dia tidak mahu anaknya itu jatuh sakit seperti dulu.

Dia masuk ke bilik Adif untuk mengambil pakaian kotor Adif namun dia melihat bakul pakaian kotor sudah pun dikosongkan. Dia pergi pula ke meja kerja Adif untuk mengemas apa yang bersepah namun tiada satu kertas mahupun fail yang bersepah. Dia memandang ke seluruh bilik anaknya itu dan dia baru sedar bahawa bilik anaknya kelihatan begitu bersih dan kemas.

Adif terjaga apabila dia mendengar bunyi selipar Puan Atiqah yang bergerak di seleuruh biliknya. Terus dia memusingkan badannya menghadap maknya sebelum dia menyandarkan tubuhnya di kepala katil.

"Ibu kacau angah ke? Sorry, ibu cari baju kotor dengan nak kemas bilik angah" kata Puan Atiqah sambil memandang anaknya yang hanya memakai seluar pendek tanpa memakai baju.

Adif meregangkan sedikit badan dan tengkuknya untuk membetulkan urat-urat di tubuhnya. Dia terus menggosok wajahnya sambil menarik rambutnya yang serabai ke belakang.

"Angah dah cuci baju, siap jemur lagi lepas subuh tadi. Bilik ni angah dah kemas. Mak tak payah lah sibuk nak kemas bilik angah ni. Angah nak berdikari dah nak masuk 30-an, siap dah nak kahwin lagi. Jadi tak yah risau kebajikan angah." kata Adif lalu dia berdiri. Langsir biliknya dibuka lalu dia membuka pintu di balkoni membiarkan udara masuk ke biliknya.

Puan Atiqah menutup lampu tidur anaknya yang berada berdekatan dengannya lalu dia melabuhkan punggungnya di kerusi kerja Adif.

Adif pula terus mengemas katilnya, cadar ditarik dan dipastikan licin, bantal pula ditepuk agar menjadi gebu, selimut pula ditarik lalu dilipat kemas bahagian atas katil. Dia terus mendekati tubuh Puan Atiqah lalu dia duduk bersila dihadapan maknya.

Tangan Puan Atiqah dicapai lalu digosok perlahan. Dia memerhati wajah Puan Atiqah yang sudah beriak sedih.

"Kenapa ibu ? Nampak sedih je sejak semenjak ni. Siapa buat ibu angah ni. Siap dia angah pukul-pukul dia nanti" gurau Adif

Puan Atiqah tidak menjawab soalan Adif. Dia mengusap pipi Adif sebelum wajah Adif dikucup bertalu-talu.

"Ya Allah ibu. Kenapa ni. Habis comot muka angah" kata Adif dengan wajahnya yang sudah cemburut kerana dia tahu wajahnya sudah penuh dengan bekas gincu berwarna merah.

Puan Atiqah tergelak apabila dia mendengar keluhan Adif. Terus dia mengambil tisu basah di atas meja Adif lalu dia mengelap bekas gincu di wajah anaknya itu.

"Ibu tak sangka anak ibu ni dah nak jadi suami orang. Tak dapat lah ibu nak bermanja dengan anak ibu ni. Dia dah ada orang nak manja dengan nanti" kata Puan Atiqah.

Adif hanya tersenyum sebelum dia berdiri lalu dipeluk tubuh Puan Atiqah dengan erat sehingga wajah Puan Atiqah mengenai perutnya itu.

"Ewahhh syoknya dia kena peluk anak sampai tak sedar suami dia kan sini. Taulah perut anak tu ada roti, perut suami dia ni dah tak de roti" kata Encik Raziq yang sudah bersandar di pintu bilik anaknya.

Adif Qasyaf [OG]Where stories live. Discover now