𝙱𝚊𝚋 20

32 3 0
                                    

Yasmeen memandang ke arah Adif yang sedang sibuk mengangkat beg pakaian mereka naik ke kondo milik Adif. Tadi dia ingin menolong namun Adif tidak menyuruh malah dia hanya suruh masuk ke dalam kondo mereka sahaja.

Yasmeen memandang segenap ruang kondominium Adif. Dua tingkat dan agak luas untuk mereka berdua. Dia memandang Adif yang baru turun dari tingkat dua menuju ke dapur. Mungkin dahaga setelah naik turun mengangkat barang mereka berdua tapi lebih kepada barang Yasmeen.

Dia membontoti Adif ke ruangan dapur dan dia melihat Adif sedang membuka peti ais lalu membuka satu botol mineral. Dia memandang Adif yang sedang rakus menghirup air tersebut. Dahaga betul nampak.

Adif yang melihat Yasmeen memandangnya minum itu menghulurkan botol yang diminumnya tadi ke arah Yasmeen. Mungkin Yasmeen juga dahaga jadi dia menghulurkan botol tersebut. Yasmeen tidak menyambut hulurannya namun dia memerhati peti ais yang masih terbuka itu.

"Awak tengok apa tu Meen?" tanya Adif yang memandang peti ais miliknya dan Yasmeen bergilir.

Yasmeen mendekati Adif lalu dia menilik peti ais yang dipenuhi dengan bahan masak dan bahan mentah. Dia memandang Adif lalu dia melabuhkan punggung di kerusi berdekatan dengan table island.

"Saya tak pandai masak tau. Kalau setakat tolong mama gaul tu pandailah." kata Yasmeen kepada Adif

Kenyataan Yasmeen membuat Adif tertawa besar. Dia memandang Yasmeen sebelum dia menarik lengan baju Yasmeen ke satu lagi ruangan yang agak luas. Yasmeen memandang seluruh ruang tersebut sebelum dia berlari masuk ke pantry yang penuh dengan barangan kek.

"Siapa kata dapur sebelah tu milik awak? Ni ruangan awak. Saya tahu awak suka buat pastry dan dessert, jadi saya renovate tempat ni jadi ruangan kerja awak." kata Adif

Yasmeen memandang Adif dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Boleh ke dia nak peluk Adif sekarang? Tapi dia takut kalau Adif yang terkejut dengan perangai dia.

"Tempat ni dulu apa?" lain yang hendak Yasmeen katakan lain pula yang keluar dari bibirnya.

Adif tersenyum sebelum dia duduk di kerusi yang terletak dekat dengan meja bekerja Yasmeen. Dia bersandar pada badan kerusi sebelum dia mereggangkan tubuh badannya.

"Bilik ni dulu bilik gaming saya. Saya malas nak buat dekat atas sebab lagi senang saya nak pergi dapur ambil makanan atau air kalau lapar masa main game." jelas Adif.

Yasmeen yang duduk berhadapan Adif hanya mengangguk kepalanya.

"Jadi takde lah bilik gaming awak?" tanya Yasmeen

"Ada je. Sebelah bilik kita berdepan bilik kerja saya." kata Adif.

Baki air di botol mineral itu dihabiskan sebelum dia membuang di tong sampah kecil berdekatan dengan ruang mereka duduk. Di ruangan tempat kerja Yasmeen mempunyai satu ruang legar yang tidak lah terlalu kecil mahupun besar, cukup-cukup untuk tiga hingga lima orang duduk dimana Adif meletakkan kerusi dan meja untuk Yasmeen berehat atau makan petang atau makanan yang dibuat Yasmeen nanti.

"Bawah ni ada 4 ruangan je. Ruang tamu, mini gym, ruang dapur saya dan ruang dapur awak. Atas pulak ada 5 bilik. 2 bilik tetamu, satu bilik tidur kita, satu bilik gaming saya dan satu bilik kerja saya." jelas Adif.

"Bi-bilik kita?" tanya Yasmeen tergagap-gagap.

"Yes, just as you previously informed me, it should be alright for us to share a bed. However, you are welcome to use the guest room if you don't feel comfortable. It is directly next to my workspace." kata Adif

Yasmeen menggelengkan kepalanya bukannya dia tak selesa tapi dia tak sangka yang Adif boleh menerimanya sebegitu cepat. Tangan Adif yang berada di atas meja disentuh sebelum tatapan mata mereka bersatu.

"Awak ikhlas ke terima saya?" tanya Yasmeen

Adif tergelak mendengar soalan yang terpacul dari bibir Yasmeen. Dia mengalihkan pandangan nya ke arah lain. Yasmeen memandang ke arah Adif. Dia menjeling ke arah Adif.

"Saya teringat dengan mamat fries. I find it amusing that you ask me that question, but I'm grateful that you don't have any fries in your mouth to make me laugh even harder." kata Adif sebelum dia sambung gelak lagi.

Yasmeen menjeling Adif. Boleh dia samakan dirinya dengan mamat fries tu. Ew.

"Sorry. Kenapa awak tanya soalan macam tu?" tanya Adif

Yasmeen mengigit bibir bawahnya. Dia melarikan pandangannya ke arah lain. Malu? Mungkin tapi dia mahu tahu jawapan Adif.

"Saya nak kata ikhlas tu tak lah tapi saya redha. Jika betul nama awak yang tertulis di Luh Mahfuz, insya-Allah dengan nama Allah saya akan terima dengan hati terbuka. Sebab saya pun tak plan nak kahwin berkali-kali. Jadi kalau betul awak lah yang dititipkan oleh Allah untuk saya, atas nama Allah saya akan jalankan tanggungjawab saya sehabis baik untuk pastikan awak bahagia bersama saya." kata Adif sambil mengusap belakang tangan Yasmeen yang digenggamnya dari tadi.

"Awak tak nak rasa bahagia jugak?" tanya Yasmeen

Adif tersenyum sebelum tangan Yasmeen dikucup lama. Yasmeen hanya membiarkan sahaja Adif mengucup tangannya.

"Awak percaya tak kalau saya kata yang seumur hidup saya, saya tak pernah bercinta dan awak merupakan orang pertama yang menjadi kekasih saya. Bonus, kekasih yang halal." kata Adif

Yasmeen mengangguk kerana Yazir ada memberitahu kepadanya yang Adif tidak pernah bercinta sebelum ini jadi adakah dia bertuah kerana dapat menjadi orang pertama yang Adif cintai.

Benarkah Adif mencintainya? Kerana dipandangannya kini, mereka dua disatukan kerana keluarga. Jika ditanya adakah dia mencintai Adif, jawapannya ya kerana dia masih sayangkan Adif walaupun pernah ditolak dahulu. Namun bagaimana dengan Adif? Adakah Adif menganggap dia sebagai seorang isteri atau hanya tanggungjawab semata-mata?

"Untuk merasa bahagia itu mudah. Tapi untuk mengekalkan kebahagiaan tu susah. Saya dah jumpa kebahagian saya, awak. Awak kebahagian saya, bukan ayat buaya tapi betul. Jadi sekarang saya hanya perlu berusaha untuk mengekalkan kebahagian saya. Kebahagian saya ialah awak, kalau awak bahagia dengan saya, dah cukup untuk saya." kata Adif sebelum dia berdiri dekat dengan Yasmeen.

Wajahnya didekatkan dengan Yasmeen sehingga pucuk hidung mereka berlaga.

"Kebahagiaan awak pulak apa?" tanya Adif

Yasmeen menatap wajah Adif sebelum tangannya merangkul leher Adif. Wajahnya semakin dekat dengan wajah Adif sehingga deruan nafas Adif terasa di wajahnya.

"Awak." kata Yasmeen sebelum wajahnya diletakkan di celah leher Adif.

Terasa panas wajahnya apabila meluahkan perasaannya kepada Adif. Adif memeluk erat pinggang Yasmeen sebelum dia mencium sisi kepala Yasmeen.

"Saya sayangkan awak Qasyaf. Sampai sekarang perasaan saya tu masih ada. Malah makin bertambah bila awak jadi suami saya. Kebahagian saya terletak pada awak." kata Yasmeen perlahan sahaja namun dapat didengari oleh Adif.

Adif tersenyum lalu dia menolak perlahan tubuh Yasmeen agar mereka berdua menatap masing-masing.

"Jadi izinkan saya bahagiakan awak dengan cara saya. Saya tak nak awak anggap saya macam lelaki yang awak pernah awak kenal. Saya suami awak, bukan orang asing. Percayakan saya." kata Adif sambil mengusap pipi Yasmeen.

Yasmeen mengangguk tanda dia percaya dengan Adif. Mereka berdua masih lagi bertatapan lama. Bibir Yasmeen dipandang oleh Adif lama sebelum dia mengucup sekilas bibir Yasmeen. Wajah Yasmeen sudah berona merah.

TBC


Adif Qasyaf [OG]Where stories live. Discover now