Adif menggelengkan kepalanya sebelum dia menolak perlahan kepala Rayyan. Rayyan mendengus kasar apabila kepalanya ditolak oleh Adif.
"Tu anak kau" kata Adif membuat Rayyan memandang wajahnya.
Adif menggelengkan kepalanya apabila Rayyan yang duduk disebelahnya kini bukan seperti Rayyan yang dulu. Dia menghela nafasnya apabila Rayyan memandangnya.
"Aku dah kata satu hari nanti kau akan jadi macam ni. Yan, kau tu cepat sangat percaya orang. Cuba kau siasat dulu. Kau tak kesian ke dengan Rai asyik nak hadap masalah kau je? Kau tak cuba ke untuk two way communication? Asyik Rai dengar masalah kau tapi kau sikit pun tak kisah pasal masalah dia." tanya Adif
"Apa kau cuba cakap ni gila?" tanya Rayyan
"Rai ada cerita dengan aku yang dia selalu dengar kau luah masalah kau, kadang-kadang kau lepaskan marah tu dekat dia tapi dia dengar je masalah kau, hadap je amarah kau. Bila part dia nak luah masalah dia, kau boleh buat bodoh. Kau tak dengar pun apa dia nak luah in fact kau kata masalah dia kecik je. Weh bodoh, bagi kau masalah tu kecik tapi dia? Mungkin besar. Kau tu terlampau pentingkan diri." kata Adif
Rayyan terdiam apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Adif, malah dia tidak menafikan apa yang dikatakan oleh Adif kerana semuanya benar. Dia tidak pernah mendengar luahan dari Raihana walaupun dia melayan Raihana sebegitu.
Adif memandang Rayyan di hadapannya kerusi lipat yang diduduknya tadi dilipat sebelum dia masukkan ke bonet kereta. Dia menepuk bahu Rayyan agar masuk ke kereta miliknya. Dia dan Rayyan datang bersama manakala Yazir dan Azim menaiki motorsikal berkuasa tinggi mereka.
Adif menghidupkan enjin keretanya lalu dia meninggalkan kawasan tersebut. Rumah Encik Raziq dituju memandangkan dia dan Rayyan hendak berehat kerana jam sudah pun menunjukkan angka 11.
Mereka berdua tidak berbual langsung ketika mereka di dalam kereta. Hanya radio yang menjadi peneman mereka berdua. Rayyan mengambil telefon pintarnya sebelum dia mendail nombor telefon Raihana.
Sedetik, dua detik akhirnya panggilan Rayyan disambut. Suara Raihana yang teruja itu menyapa halwa telinga Adif. Rayyan tersenyum mendengar suara Raihana yang agak teruja itu.
"Abang Yan dekat mana?" tanya Raihana di corong telefon.
"Abang Yan on the way balik rumah walid. Baby masih dekat rumah Yasmeen ke?" tanya Rayyan
"Haah, tapi kami dah nak balik. Abang Yan nak tahu tak, Yasmeen cantik gila malam ni. Walaupun tak pakai make up, muka dia Ya Allah untungnya angah dapat jadi suami Kak Meen." kata Raihana.
Rayyan tergelak kecil mendengar cerita Raihana. Sepanjang perjalanan ke rumah Encik Raziq, Raihana tidak berhenti menceritakan apa yang berlaku di rumah Encik Afif. Rayyan kadang-kadang tergelak, kadang-kadang juga dia hanya tersengih mendengar cerita Raihana.
Walaupun sudah sampai ke rumah Encik Raziq, Raihana dan Rayyan tidak menamatkan panggilan. Mereka masih berborak panjang di telefon.
Adif yang memandang Rayyan duduk di ruang tamu itu dipandang sekejap sebelum dia memberitahu Rayyan bahawa dia hendak naik ke biliknya untuk berehat. Rayyan hanya menganggukkan kepalanya tanda dia mendengar apa yang dikatakan oleh Adif.
Adif menutup pintu biliknya rapat lalu dia merebahkan badannya di katil empuk. Dia merenung ke arah siling sambil mendengar lagu di earbud miliknya. Bantal diambil lalu dia memeluk erat bantalnya.
Tanpa dia sedar dia telah tertidur sehingga dia terjaga pada pukul 3 pagi. Badannya di regangkan membetulkan urat-uratnya lalu dia pergi ke bilik airnya. Dia mengambil wudhu lalu dia membaca doa selepas mengambil wudhu. Sejadah yang terletak di dalam almari di ambil lalu dia hamparkan ke lantai. Dia melakukan solat tahajud.
YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romance"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...