Yasmeen yang sedang menonton televisyen itu tersentak apabila dia mendengar bunyi loceng rumahnya berbunyi. Dia memandang ke arah paparan melalui ring doorbell rumah nya. Dia berkerut melihat lelaki yang memakai kemeja biru muda berdiri dihadapan pintunya.
Dia menekan interkom tersebut untuk berborak dengan lelaki itu. Lelaki itu bereaksi terkejut apabila mendengar suara seorang wanita di loceng itu. Dia memandang lama loceng tersebut sebelum Yasmeen menyergah lelaki itu.
Tergelak Yasmeen melihat reaksi lelaki tersebut. Jelas di video itu lelaki itu mengundur ke belakang sehingga belakang kepala lelaki tersebut melanggar dinding. Yasmeen mendail nombor Adif sementara dia menunggu lelaki tadi berdiri dari jatuh.
Tidak lama kemudian panggilan dijawab.
"Ye sayang kenapa?" tanya Adif dari panggilan sebelah
"Ada lelaki depan rumah ni. Tapi bukan Rayyan" jawab Yasmeen
"Ohhh Adam tu. Hubby suruh dia ambil sayang bawa pergi pejabat. Tapi jangan sebut nama dia dulu. Sayang tanya dia siapa dulu, takut bukan Adam." kata Adif
Yasmeen hanya menanggukkan kepalanya walaupun dia tahu Adif tidak nampak anggukannya. Tiada sahutan dari Yasmeen membuat Adif sedikit cuak.
"Sayang?" panggil Adif
"Ye sayang dengar. Tapi kenapa tak suruh sayang berkemas dulu? Kesian Adam terpaksa tunggu sayang" kata Yasmeen sambil memerhati lelaki tadi berdiri lalu mendekatkan diri dengan loceng.
"Suruh je dia tunggu dalam kereta. Dia okay je tu. Takkan nak ajak masuk rumah? Takde orang dalam rumah tu melainkan sayang je kan" kata Adif
"Ye sayang sorang je. Okay lah sayang nak kemas. Babye" kata Yasmeen lalu memutuskan panggilan tanpa menunggu balasan dari Adif.
Lelaki tadi berdiri di hadapan pintu namun belum sempat Yasmeen hendak bercakap, kelihatan lelaki itu seperti hendak mengeluarkan sesuatu dari poket. Lelaki tadi terus mengangkat panggilan telefonnya. Kelihatan lelaki itu hanya mengangguk sepanjang perbualan mereka.
Mungkin panggilan sudah tamat, lelaki it menyimpan semula telefonnya di poket seluar lalu menekan butang interkom yang berada di ring doorbell itu.
"Puan Yasmeen, saya Adam dari pejabat Tuan Adif. Tuan Adif suruh saya ambil Puan dan hantar Puan ke pejabat. Tapi dia suruh saya tunggu dekat kereta jadi saya tunggu Puan dekat parking. Saya pakai kereta company, cari je mercedez yang ada nama RaQas Construction" kata Adam lalu dia bergerak tanpa menunggu balasan dari Yasmeen.
Yasmeen hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Adam lalu dia juga turut beredar untuk berkemas apabila Adam sudah beredar. Dia masuk ke bilik tidur mereka lalu dia masuk ke wardobe.
Dia mengambil pakaian berwarna light brown memandangkan pagi tadi dia sudah menyediakan pakaian Adif berwarna yang sama. Setelah selesai memakai pakaian, dia terus ke meja solek lalu mengambil minyak wangi Versace lalu disemburkan pada leher dan pergelangan tangannya.
Setelah puas melihat pakaiannya di cermin, dia terus mengambil beg dan meletakkan segala purse dan barang pentingnya. Dia terus turun ke tingkat bawah lalu mengunci pintu rumahnya. Setelah pasti pintu dikunci dia terus turun ke bawah kawasan parking dan mencari kereta yang dikatakan oleh Adam.
............
Pintu pejabat Adif diketuk perlahan, Adif memberi kebenaran masuk walaupun matanya tertumpu pada komputer ribanya. Dipandang segala dokumen yang baru sahaja Raihana hantar kepadanya. Bau minyak wangi perempuan menyapa rongga hidung Adif.
Pintu dipandang memandang sosok yang masuk tadi masih berdiri di hadapan pintu. Adif tersenyum lalu dia mendekati wanita itu. Dirangkul erat tubuh perempuan itu sebelum satu kucupan dihadiahkan pada pipi wanita itu.
YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romantizm"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...