𝙱𝚊𝚋 𝟿

53 2 0
                                    

Yasmeen menarik nafas sebelum dia membalas renungan Azim. Jari bermain dengan jari yang lain untuk menahan diri dari gugup.

"Bukan awak sendiri cakap kita cuma kawan?" itu yang ditanya oleh Yasmeen kepada Azim.

Azim memandang Yasmeen sebelum dia tergelak kecil. Yasmeen yang memandangnya dengan wajah yang berkerut itu tidak dihiraukan.

"Depan orang memanglah aku cakap kawan. Tapi we are aware of our relationship, and vice versa." kata Azim

Yasmeen tersenyum nipis.

"Kalau depan kawan awak pun awak bagitau saya ni kawan awak apatah lagi depan orang lain. Jangan-jangan awak kata awak tak kenal saya" kata Yasmeen dengan selamba.

Azim hilang kosa kata. Dia memandang Yasmeen yang seperti sudah hendak melarikan diri darinya. Pantas dia memegang lengan Yasmeen.

"Takde peluang untuk aku lagi ke Meen?" tanya Azim

Yasmeen menarik kuat lengannya dari pegangan Azim. Dia memandang Azim dengan wajah yang jijik.

"Awak terlalu pandai menipu tapi sayangnya, saya pun pandai berpura-pura percaya awak." kata Yasmeen sehingga membuat Azim terkedu.

"Saya tahu awak punya permainan dengan kawan-kawan awak Jim. Hati saya ni bukan permainan untuk awak Jim. Saya dah bagitahu awak dari kita berkawan yang hati saya ni hanya ada sekeping. Saya dah pesan jangan jadi seperti bangsat-bangsat yang pernah berhubungan dengan saya dulu tapi ternyata, awak pun sama seperti bangsat yang lain cuma awak mempermainkan saya manakala yang lain mempermainkan maruah saya" kata Yasmeen.

Azim memandang Yasmeen lama sebelum tangannya perlahan-lahan naik ingin mengusap pipi Yasmeen.

"Keep your hands off her. She is my future wife and to be your sister in law. Show some respect." kata Adif yang tiba-tiba muncul di belakang Yasmeen

Azim tersenyum nipis sambil dia melangkah ke belakang.

"What on earth were you thinking sitting with her here alone? And you, didn't I tell you to come inside when you were finished?" tanya Adif lembut sahaja.

Azim tahu yang Adif tengah serius sekarang kerana dia sudah bercakap menggunakan bahasa inggeris. Dia meminta maaf kepada Adif lalu masuk ke dalam.

Yasmeen yang memandang Azim berjalan menjauhi mereka itu melepaskan keluhan. Dia bersyukur Adif datang tepat pada waktunya sebelum diahatinya goyah kerana Azim.

"Saya tak tahu apa hubungan awak dengan Ajim tapi tolonglah, jangan rapat dengan adik saya, dia tu bakal adik ipar awak walaupun awak dengan dia sebaya.Now, Meen, if it's okay with you, might you enter the house? It's chilly outside. Later on, you can catch cold." kata Adif 

"Ni rumah saya, suka hati saya lah" jawab Yasmeen.

Adif melepaskan keluhan. Dia memandang lama wajah Yasmeen sebelum dia menghadiahkan senyuman kecil.

"Ye ni rumah awak, saya tahu tapi saya nak awak masuk dalam. Awak tu perempuan,tak manis orang tengok awak dekat luar ni sorang-sorang" kata Adif lemah lembut.

Yasmeen yang mendengar arahan Adif itu terus berdiri dari sofa namun tidak tahu mana silapnya dia tersandung dengan kaki sendiri. Dia sudah menutup rapat matanya apabila tubuhnya sudah hendak menyentuh lantai gazibo.

Namun dia tidak merasa tubuhnya terhentak di lantai. Dia terus membuka matanya memandang jika dia sudah selamat mencium lantai atau tidak. Namun pandanganya dihiasi dengan wajah Adif yang berjarak beberapa inci sahaja dari wajahnya. 

Adif yang melihat Yasmeen tersandung itu bertindak pantas dengan merangkul erat pinggang Yasmeen. Terus ditarik tubuh Yasmeen agar dekat dengannya. Wajah mereka yang hampir bertemu itu membuat dia mengambil peluang untuk meneliti wajah Yasmeen.

Adif Qasyaf [OG]Where stories live. Discover now