Yasmeen sedang baring di sofa sambil matanya fokus menonton siaran di televisyen. Dia memeluk patung Oggy nya sambil sebelah tangannya lagi memegang bekas keropok. Tidak berhenti matanya memandang cerita kartun yang bersiaran di televisyen sehingga Adif yang duduk disebelahnya juga tidak di kisah.
Adif mengambil bekas keropok dari tangan Yasmeen sebelum menyuap keropok tersebut ke mulutnya sendiri. Adif menonton cerita kartun tersebut sebelum kepalanya diletakkan di riba Yasmeen. Perut Yasmeen yang ditutup dengan baju itu dikucup lembut sebelum dia mengambil patung Oggy lalu dipeluk.
Yasmeen memukul perut Adif. Suka hati je nak rampas Oggy kita. Adif tertawa sebelum dia memegang kepala Yasmeen agar memandangnya. Yasmeen memandang wajah Adif. Keningnya dikerutkan.
"Jom honeymoon." kata Adif
Yasmeen terdiam. Ajakan itu membuat dia gemuruh. Dia sudah kata bahawa dia belum bersedia untuk ke fasa seterusnya bersama Adif. Walaupun dia sayangkan Adif namun untuk membiarkan Adif ke hubungan seterusnya masih lagi ragu-ragu.
"I am aware that you are afraid of your responsibilities. Kita bercuti je, tukar angin. Saya bukannya nak tuntut hak saya." kata Adif yang bagai tahu saja apa yang sedang bermain di fikiran Yasmeen.
Jawapan Adif membuat Yasmeen seakan-akan terasa dengan dirinya. Dia mengusap rahang Adif sebelum dia meminta Adif untuk duduk.
"Awak tak nak hak awak ke?" tanya Yasmeen
"Nak tapi kalau saya paksa bukan kah macam saya merogol awak pulak? Baik awak sendiri yang serahkan diri pada saya daripada saya paksa awak untuk bersama dengan saya." jelas Adif
Yasmeen terdiam. Adif yang memandang raut wajah Yasmeen berubah itu memegang wajah Yasmeen sebelum dikucup dahi Yasmeen.
"Until you say you're ready, I won't ask for it. Kalau awak ingat saya lelaki yang hanya nak dengan awak kerana nafsu awak silap. As I said yesterday, awak tanggungjawab yang Allah berikan kepada saya. Bukan pemuas nafsu saya semata-mata." kata Adif sebelum dia mengucup dahi Yasmeen.
Yasmeen memeluk tubuh Adif, dia teresak-esak memangis di ceruk leher Adif. Adif menggosok belakang tubuh Yasmeen menenangkan Yasmeen dari menangis lagi teruk.
"Saya minta maaf" kata Yasmeen
"Maaf untuk apa ni sayang?" tanya Adif lembut sahaja
"Sebab semua. Awak terpaksa hadap saya yang cengeng dan pentingkan diri sendiri" kata Yasmeen
Adif tertawa kecil sebelum dia menemukan dahinya dan dahi Yasmeen. Diamenutup matanya sebelum dia menghela nafas.
"It's not that you're self-centered. Simply put, you put yourself first. Putting yourself first is a perfectly acceptable attitude. Because you are aware of your value before others, it is positive." kata Adif
"Saya kan kadang-kadang tak faham kenapa awak cakap bahasa inggeris sekejap, sekejap melayu. Awak nak apa sebenarnya?" tanya Yasmeen sebelum dia dan Adif tergelak
"Bila saya cakap bahasa inggeris maksudnya saya serius. Kalau bahasa melayu maksudnya saya masih boleh dibawa bincang" jelas Adif.
"Is it to say that no one can argue with you if you speak in this language?" tanya Yasmeen
Adif mengangguk kepalanya tanda ya. Yasmeen juga turut mengangguk menandakan dia faham apa yang Adif katakan.
...........
Yasmeen memandang Adif yang baru sahaja keluar dari bilik air dengan hanya melilitkan tuala di pinggangnya. Dia memerhati dari atas sehingga bawah tubuh Adif. Tidak dia nafikan tubuh Adif masih lagi kelihatan tegap walaupun sudah hendak masuk 30.
Adif yang perasan dengan tatapan Yasmeen tersenyum nakal sebelum dia mendekati Yasmeen yang duduk di birai katil. Dia memerangkap Yasmeen agar tidak dapat melarikan diri. Yasmeen yang bagai baru sedar dari termenungnya memandang wajah Adif yang hanya berjarak beberapa inci dari wajahnya.
Dia menolak Adif agar mereka tidak terlalu dekat namun tolakan tersebut tidak menjejaskan kedudukan Adif. Dia menghidu bau wangian Adif apabila tubuh Adif semakin dekat. Boleh tak kalau dia nak bau tu dekat badan dia.
Bau maskulin itu menusuk hidungnya. Begitu menenangkan Yasmeen. Tangannya ingin merangkul leher Adif namun dia hentikan apabila wajah Adif sudah mendarat di lehernya. Terasa hembusan nafas Adif menampar lembut lehernya.
"Fuck" terkeluar perkataan tersebut dari bibir Yasmeen.
Adif menjauhkan wajahnya dari leher Yasmeen sebelum dia merenung tajam wajah Yasmeen. Yasmeen menekup bibirnya apabila dia sedar dia sudah mencarut.
"Did you just curse me sayang?" tanya Adif dengan nada yang sinis, bibirnya jugak tersenyum sinis memandang wajah Yasmeen.
"Ap-apa awak nak buat?" tanya Yasmeen tergagap.
Adif memandang tajam wajah Yasmeen sebelum jari ibunya mengelus bibir Yasmeen. Dia terus menyambar bibir Yasmeen sambil menarik wajah Yasmeen agar ciuman mereka semakin dalam.
Beberapa saat kemudian Adif melepaskan kucupan mereka setelah Yasmeen menampar dadanya yang bogel itu sehingga berwarna merah. Dia memandang Yasmeen sambil mengelap bibirnya yang basah.
Yasmeen memandang Adif dengan wajah yang masam. Dia memeluk tubuhnya sebelum dia menarik selimut menyelumbungi dirinya dalam selimut tersebut.
"You curse me, and I don't like that sayang. Believe me, your lips taste so sweet that I wouldn't be scared to give you another kiss if I heard you curse again." kata Adif.
Yasmeen tahu sekarang Adif tengah serius kerana ton suaranya dan bahasa yang digunakan oleh Adif sekarang menandakan dia sedang serius. Dia membuak selimut tersebut lalu memandang Adif yang sudah memakai pijama berwarna hitam.
"Sorry" ucap Yasmeen sebelum dia menepuk ruangan kosong di sebelahnya meminta Adif untuk duduk disebelahnya.
Adif memandang kawasan yang ditepuk oleh Yasmeen sebelum di melabuhkan punggungnya di sebelah Yasmeen. Dia memegang tangan Yasmeen yang berada di riba lalu dia mengucup tangan tersebut berkali-kali.
"Saya minta maaf sebab cium awak. Saya tak suka dengar awak mencarut. Melainkan awak bagitahu saya kenapa awak nak mencarut. Kenapa awak mencarut tadi?" tanya Adif lemah lembut
"Sa-saya tak suka kedudukan kita tadi. Kalau awak lama-lama macam tadi saya takut kita terbabas" kata Yasmeen
"Terbabas sampai buat anak? Macam tu?" tanya Adif
Yasmeen mengiyakan.
Adif mengusap ubun-ubun Yasmeen sebelum dia bermain dengan rambut Yasmeen. Dihidu dan dikucup rambut Yasmeen.
"You want to know something Meen?" tanya Adif sebelum dia baring di riba Yasmeen.
Yasmeen hanya mengerutkan dahinya.
"I feel calmer when I'm around you. My heart beats quicker than usual when I'm with you. This feeling is unfamiliar to me. My fatigue and pain seem to vanish as soon as I give you a hug or a kiss. I want to kiss and hug you when you're in front of me. Is this love? I'm not sure. My heart and mind aren't working properly after a week of marriage. Meen, what's up with me?" tanya Adif
Yasmeen menyembunyikan senyum apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Adif. Dia sedikit gembira dan terharu namun dia tidak mahu mengatakan perasaan yang Adif rasa kan sekarang ialah cinta. Dia mahu Adif sedar yang dia sudah pun jatuh cinta padanya.
"Saya pun tak tahu. Awak perlu tanya diri sendiri kenapa awak rasa tu. Saya tak rasa apa yang awak rasa" jawab Yasmeen
Adif tersenyum. Dia bangun dari riba Yasmeen lalu dia baring di bantalnya. Dia meminta Yasmeen untuk baring sekali kerana mereka sepatutnya tidur kerana jam sudah pun menunjukkan 1 pagi. Ni semua kerana Yasmeen hendak belajar main ML tadi.
Lampu di night stand ditutup sebelum dia meminta izin kepada Yasmeen untuk memeluk. Yasmeen mengeratkan lagi tubuh mereka. Adif mengucup belakang leher Yasmeen sebelum dia membaca doa tidur dan memberi salam kepada Yasmeen. Yasmeen menjawab salam Adif lalu mereka dibuai mimpi dalam pelukan masing-masing.
TBC
YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romance"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...