𝙱𝚊𝚋 34

39 3 0
                                    

Rania sudah memicit pelipis dahinya,  dalam hati sudah berhasrat ingin menampar adiknya. Geram sungguh dengan adiknya yang menyuruh dirinya pulang kerana berbau padahal tidak ada bau. Dia memandang ke arah Adif dan Yasmeen bergilir sebelum dia mendekati Yasmeen.

"Meen, kalau along nak tampar suami Meen boleh? Dah lama sangat pendam ni" kata Yasmeen

Yasmeen tertawa apabila melihat Adif sudah menyembunyikan diri di bawah ketiaknya. Dia menolak perlahan kepala Adif yang masih lagi diketiaknya. Semakin membulat mata Rania melihat tingkah laku adiknya.

"Tamparlah kak long. Penat Meen dengan perangai mengada dia ni. Nanti kalau Meen yang tampar jadi isteri derhaka jadi baik kak long yang tampar dia. Ajar kan dia sikit kak long" kata Yasmeen sambil tergelak kecil.

Tergelak mereka berdua apabila melihat Adif menolak tubuh Yasmeen menjauhi dirinya. Bibir pula dicebik seakan-akan merajuk dengan Yasmeen. Tiba-tiba esakan Adif kedengaran sehingga mereka berdua terkejut melihat Adif sudah menangis seakan budak-budak.

Rania dan Yasmeen terkejut melihat wajah Adif yang sudah comot dengan air matanya. Ini menyebabkan kedua-dua mereka menepuk dahi serentak. Yasmeen merapati Adif sebelum dia memeluk mengusap kedua-dua belah pipi lalu dikucup lama dahi Adif sambil dia menyeka air mata yang masih bersisa di pipi Adif.

"Apa nangis ni. Ya Allah takde orang marah abang lah" kata Yasmeen

"Awak mayah tite. Awak suruh akak tite pukul tite. Pai hati awak. Awak dah nanak sayang tite" kata Adif.

Rania tidak dapat menahan tawanya lahi apabila melihat adiknya sebegitu. Sejak bila adik laki nya yang tegas dan serius ni boleh jadi manja mengalahkan anaknya. Anaknya lagi tidak semanja ini. Dia sempat juga merekod Adif apabila Adif mulai nangis tadi.

Video tadi dimainkan semula sehingga Adif menoleh ke arah telefon pintar Rania. Makin teruk dia menangis apabila melihat Rania seperti mengejeknya.

"Abang dah kenapa makin menangis ni?" tanya Yasmeen sambil mengelus wajah Adif.

"Along buli abang. Tengok dia rakam abang menangis" kata Adif teresak-esak.

Terlepas tawa kecil dari bibir mugil Yasmeen. Dia menggosok-gosok kepala Adif sebelum dia menyuruh Adif untuk duduk tegak. Dia memegang erat tangan Adif sebelum dia memandang Rania.

"Biashee kak long tu, nanti sayang babap kak long. Biashe dia buat suami Meen macam ni" kata Yasmeen sambil menepuk-nepuk paha Rania menggunakan sebelah lagi tangannya.

Tidaklah kuat namun lembut sahaja dipukul Yasmeen menandakan dia menegur Rania padahal dia tidak kisah pun apa yang dilakukan oleh Rania. Dia tahu Rania hanya bergurau senda dengan suaminya.

"Sejak bila angah pandai jadi macam ni?" tanya Rania

"Urmm rasa dah nak masuk 3 minggu tapi minggu pertama dia muntah je, tapi kami dua sama lah muntah sebab keracunan makanan, lepas tu minggu kedua dia dah start manja-manja macam ni. Haaa minggu ni tadi dia dah start bau- bau" kata Yasmeen.

Rania tersenyum apabila mendengar penjelasan Yasmeen. Dia yakin ini semua kerana Yasmeen.

"Ohhh, dah jatuh cintan-cintun lah ni?" usik Rania

"Jangan lah tacau tite. Mawuuu" kata Adif sebelum menyembamkan wajahnya di ceruk leher Yasmeen.

"Abang tudung sayang" tegur Yasmeen perlahan, tidak mahu Adif merosakkan tudungnya.

Rania tergelak mendengar.

"Along rasa angah kena buatan orang ni" kata Rania

Berkerut dahi Adif dan Yasmeen. Mereka berdua memandang sesama sendiri silih berganti.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adif Qasyaf [OG]Where stories live. Discover now