𝙱𝚊𝚋 17

35 4 0
                                    

"Adif Qasyaf Bin Raziq" 

"Ye saya"

"Aku nikahkan dikau dengan puteri bongsuku, Yasmeen Alana Binti Afif dengan mas kahwinnya sebanyak tiga ratus ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Yasmeen Alana Binti Afif dengan mas kahwin tersebut" 

Dengan sekali lafaz, Yasmeen sudah pun sah menjadi isteri kepada Adif. Tok kadi yang duduk di sebelah Encik Afif mula membaca doa. Mereka semua mengaminkan doa.

"Kita selesaikan dengan lafaz taklik ye?" tanya tok kadi sebelum mengambil tempat duduk Encik Afif.

Mereka semua hanya mengangguk tanda memberi kebenaran untuk Tok Kadi untuk meneruskan kerjanya. Tok Kadi mengeluarkan sekeping kertas lalu dia letakkan di atas meja. Dia meminta Adif untuk membaca apa yang tertera di atas kertas tersebut.

"Adalah saya, Adif Qasyaf Bin Raziq dengan ini berta'liq bahawa jika saya tidak memberi nafkah atau meninggalkan isteri saya, Yasmeen Alana Binti Afif secara sengaja selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih; atau saya dan wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah; atau saya melakukan sebarang mudarat pada tubuh badannya; atau saya berlaku curang, mempunyai hati pada wanita lain selain daripada dia.

Dan apabila dia membuat aduan pada Mahkamah Syariah dan jika sabit aduan ke Mahkamah Syariah dan dia memberikan pada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya sebanyak RM10 atau senilai dengannya, maka ketika itu tertalaqlah isteri saya, Yasmeen Alana Binti Afif dengan talak Khul" 

Terlafaz sudah talak taklik dari bibir Adif.

"Maka dengan bersaksikan semua tetamu yang menghadiri majlis ini, sekiranya Adif Qasyaf Bin Raziq melakukan apa yang dia lafazkan tadi, maka tertalaqlah isterinya. Kita panjatkan doa pada yang Mulia agar masjid yang mereka bina bakal berkekalan sehingga ke syurga. Jauhilah anasir-anasir jahat yang hendak meruntuhkan masjid mereka. Amiinn" doa Tok Kadi tersebut.

Semua tetamu dan ahli keluarga mengaminkan doa yang dibaca oleh Tok Kadi tersebut.

Adif berdiri lalu dia bergerak mendekati Yasmeen yang duduk di pelamin. Dia memberi salam sebelum meminta izin untuk duduk di sebelah Yasmeen.

Wajah Yasmeen yang sudah basah kerana menangis tadi diusap sebelum dia mengambil tisu dari tangan Yasna. Pipi Yasmeen yang basah dilap perlahan sebelum dia menarik perlahan dagu Yasmeen agar menatap wajahnya.

Adif tersenyum melihat peragaan Yasmeen. Kebaya putih yang sedikit longgar tidak mengikut tubuh badan Yasmeen, wajah yang dihiasi hana dengan solekan nipis itu makin membuat Adif semakin melebarkan senyumannya.

"Cantiknya isteri saya" kata Adif membuat Yasmeen tersenyum kecil sebelum dia membalas pandangan Adif.

Kotak cincin di tangan Yasna diambil lalu dia mengeluarkan cincin dari kotak tersebut. Tangan dihulurkan kepada Yasmeen sebelum Yasmeen dengan perlahan menghulurkan tangannya kepada Adif.

Cincin disarungkan di jari manis Yasmeen lalu dia mengucup lembut dahi Yasmeen. Setelah selesai upacara membatalkan air wudhu, mereka mempunyai sesi bergambar bersama keluarga mereka.

Yasmeen cuba mengelak dari rapat dengan Adif kerana masih janggal dengan Adif namun Puan Yasmina menolak Yasmeen rapat ke Adif. Dia duduk di sebelah Yasmeen manakala Puan Atiqah pula duduk di sebelah Adif.

Yasmeen memandang Adif sebelum Adif juga turut memandang ke arah Yasmeen. Adif memberi sedikit jarak kepada Yasmeen agar Yasmeen tidak terlalu rimas ataupun janggal dengan kedudukan mereka sekarang.

Adif Qasyaf [OG]Where stories live. Discover now