Adif yang sudah bangun awal dari Yasmeen sedang memasak sarapan untuk mereka berdua. Dia masak nasi goreng kampung, sayur campur dan ayam goreng. Dia sudah pun menghidangkan makanan di atas meja.
Air sirap merah dan teh panas diletakkan di atas meja, dia membuka apron yang tersarung di badannya lalu digantungkan di belakang pintu lalu dia naik ke bilik mereka untuk mengejutkan Yasmeen.
Baru sahaja melangkah anak tangga yang pertama, Yasmeen sudah pun berada di hadapannya. Rambut ikal mayang Yasmeen yang terlepas dan bau harumannya yang baru sahaja selesai mandi itu membuat Adif tersenyum lebar.
"Wanginya awak" puji Adif sebelum dia menghulurkan tangan kepada Yasmeen.
Yasmeen menyambut huluran tangan Adif sebelum Adif membawa Yasmeen ke ruang makan. Sejambak bunga ros berwarna merah diberikan kepada Yasmeen sebelum dia duduk di kerusi berhadapan dengan Yasmeen.
"Bila masa awak beli bunga ni?" tanya Yasmeen sambil menghidu bau bunga ros tersebut.
"Saya petik kat rumah jiran sebelah kita." jawapan Adif mengundang tawa Yasmeen.
Yasmeen tahu Adif bergurau kerana di aras mereka hanya ada mereka berdua sahaja. Dia memandang Adif sebelum dia mengucapkan terima kasih.
Adif tersenyum sebelum dia mencedok makanan untuk Yasmeen. Air sirap merah di beri kepada Yasmeen lalu dia memulakan bacaan doa. Yasmeen menadahkan tangan manakala bunga tadi diletakkan di sebelahnya. Dia tersenyum memandang Adif yang membaca doa.
"Awak pandang saya kenapa? Ada comot ke muka saya?" tanya Adif sambil tangannya mengusap wajah sendiri bimbang ada kotoran.
"Takde lah. Awak handsome sangat pagi ni. Dengan rambut gaya messy tu makin buat saya tak keruan" kata Yasmeen
Adif tergelak sambil menggelengkan kepalanya. Dia menghirup air teh lalu mereka dua makan tanpa ada bunyi. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu terkena pinggan sahaja.
...........
Yasmeen masuk ke ruang dapur miliknya, dia masuk ke pantry hendak melihat apa yang ada di dalam bilik tersebut. Dia tersenyum apabila semua bahan yang dia perlukan ada.
Apron yang tergantung di hadapan pintu pantry diambil lalu dililitkan di tubuhnya. Dia hendak membuat brownies untuk dia dan Adif makan tengahari nanti. Adif yang sedang bermain game di bilik atas tidak diganggu.
Dia mulai membuat kerjanya tanpa membuang masa. Meja kerjanya sudah pun tersusun kemas dengan peralatan dan bahan yang diperlukannya.
Setelah hampir sejam dia berperang di dapur miliknya, pintu dapur tersebut diketuk membuat dia menoleh ke arah pintu lalu dia tersenyum lebar. Adif yang sedang berpeluk tubuh di rangka pintu dipandang lama sebelum dia mendekati Adif.
Brownies yang ditangannya tadi diletakkan di atas meja sebelum dia pergi ke arah Adif. Adif memeluk tubuh isterinya sebelum tangannya merangkul erat pinggang isterinya.
"Sedap bau. Buat apa tu?" tanya Adif sambil membuka lilitan tali apron di pinggang isterinya.
"Buat brownies untuk makan tengahari nanti" jawab Yasmeen sambil tersenyum lebar.
"Wowwww. Nice. Saya pun nak masak tengahari ni. Nak join?" tanya Adif
Yasmeen menagngguk kepalanya. Dia mengikuti Adif masuk ke ruangan dapur milik Adif. Dia melihat Adif mengeluarkan potongan ayam, spaghetti, tomato dan beberapa bahan lain yang dia tidak berapa tahu sangat.
"Awak masak apa?" tanya Yasmeen sambil tangannya memegang buah tomato.
"Nak masak Spagheti Bolognese with Chicken Meatball. Your second favourite right?" tanya Adif
YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romance"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...