⚬ Bab 5 ⚬

37 19 9
                                    

ZAID, yang sudah lama duduk di birai katilnya masih setia memandang gerak-geri rakannya yang seorang itu. Senyuman manis tak pernah lekang dari wajah Alif semenjak beberapa hari yang lalu sehinggalah ke hari ini menimbulkan tanda tanya dalam diri Zaid.

"Kau nak apa, Zaid? Muka macam tak puas hati je dengan aku," Alif bersuara saat dia angkat kepalanya lalu pandang wajah Zaid.

Alif tersenyum manakala Zaid semakin mengecilkan matanya.

"Kau ni apahal ek? Dari hari tu lagi tak berhenti senyum sorang-sorang. Gila ke?" soal Zaid dengan nada tidak puas hati.

Tergelak Alif dengan pertanyaan Zaid itu. Tak sangka Zaid juga perasan. Maklumlah, Zaid menjadi orang yang entah keberapa menyoal dirinya mengapa dia sentiasa tersenyum sejak kebelakangan ini.

"Apa? Salah ke aku senyum?" bidas Alif balik.

"Aku tak cakap salah. Masalahnya kau tu dah macam orang kena sampuk. Aku tahu mesti ada something yang terjadi ni. Cepat, bagitahu aku. Awek mana yang bagi kebahagiaan dekat kau?" soal Zaid lagi dengan menekankan perkataan 'kebahagiaan' tersebut. Kemudian, Zaid bangun dan berpindah ke katil Alif. Sengaja dia baringkan tubuhnya di sebelah Alif.

"Ish, dia ni. Pandai-pandai je. Aku mana ada awek," sangkal Alif membuatkan Zaid tayang riak wajahnya yang semakin tidak percaya dengan kata-kata Alif.

"Habis tu? Aduh, takkan dengan member sendiri pun tak nak share?" Zaid sudah hilang sabar. Dia sudah malas mahu berteka-teki dengan Alif.

Alif hanya diam, tidak membalas kata-kata Zaid. Sebaliknya, senyuman Alif semakin mekar tatkala telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada satu mesej yang masuk.

Usai membaca mesej daripada si dia, Alif bingkas bangun dari pembaringan. Dia menolak tubuh Zaid yang menghempapnya sehingga hampir terjatuh lelaki itu ke lantai. Dia menuju ke pintu.

"Eh, eh! Nak pergi mana pulak tu? Mengigau ke?" seloroh Zaid. Alif tergelak lagi.

"Bukanlah. Nak call bakal isteri," jawab Alif ringkas sebelum keluar dari bilik meninggalkan Zaid yang termangu sendirian di atas katil.

Semakin bertambah pelik Zaid melihat tingkah laku Alif pada malam itu. Sungguh dia ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi pada Alif sehinggakan Alif nampak sangat bahagia.

*****

PAGI itu, Zaid dan Alif tiba awal di dewan kuliah. Tak ramai lagi yang ada di dalam dewan tersebut. Ada lah dalam tiga atau empat orang.

Alif menuju ke tempat biasa yang dia selalu duduk. Zaid turut sama mengekorinya. Dia meletakkan beg serta beberapa buah buku yang dipegang di atas meja.

"Weh, breakfast dulu. Aku kebulur dah ni," ajak Zaid. Tangannya menyentuh perut yang sudah lama minta diisi.

Alif mengangguk setuju. "Jom. Aku pun lapar ni."

Zaid berjalan di depan manakala Alif di belakang. Mereka melintasi meja Ainur di mana gadis itu sedang leka menulis. Ainur mula angkat kepala.

Dia tersenyum saat anak matanya bertentang dengan anak mata Alif. Degupan jantung tiba-tiba menjadi pantas.

"Morning, Ainur."

Zaid menghadiahkan senyuman berserta pakej dengan kenyitan mata untuk Ainur. Ainur tidak membalas, sebaliknya dia masih lagi memandang Alif. Terdengar luahan kecewa daripada Zaid kerana dirinya langsung tidak dipandang.

Takdir Buat RaisyaWhere stories live. Discover now