———————————————————
"Semua dah lengkap?"
"Ye, ma"
"Baiklah, elok-elok ye sayang" mereka melambaikan tangan buat kali terakhir sebelum berlalu pergi.
"Haih, sekolah baru, dunia baru" Junkyu mengeluh sambil mengorak langkahnya ke arah pagar sekolah.
"Kita ni kene bersyukur tau dapat masuk sekolah ni, bukannya senang-senang je boleh dapat lepas baru pindah ke sini" Doyoung cuba untuk memberi semangat kepada kembarnya itu namun hanya dipulaukan.
Marie Boys Private School
"weh, weh, ke tepi, ke tepi"
Semua mata tertumpu ke arah pintu masuk ke sekolah dan membuka laluan.
Ada yang menjerit, sesak nafas, terlopong sampai lalat pun boleh masuk dan sebagainya melihat "idola-idola" yang digemari berjalan menuju ke arah mereka.
"Sape pulak tu?" Junkyu bertanya kepada Doyoung namun dia menggelengkan kepala menunjukkan yang dia juga tidak tahu.
"Ha, kalau korang nak tau, itu la 0104!" Junkyu dan Doyoung terperanjat akibat suara yang tiba-tiba mengejutkan mereka.
"Kau ni-"
"Aku Jihoon atau pun boleh panggil Ji je"
"Korang ni mesti murid baru kan?" Mereka berdua hanya mampu menggangguk."Kalau korang nak tau, diaorg tu merupakan 0104! Pelajar-pelajar yang paling popular dan paling berprestij di sekolah ni!"
"0104? macam takde nama lain je" kata Junkyu dengan selamba membuatkan Jihoon membeliakkan matanya sambil menerkup mulut Junkyu yang celopar tu.
"Ish, kau jangan main-main orang lain dengar nanti mampus kau diaorang kerjakan"
"Okay, okay sorryla aku mana tau" Junkyu mengelap mulutnya yg telah diterkup tadi.
"Siapa diaorang tu sebenarnya?" Doyoung menanyakan soalan dengan lebih lanjut membuatkan Jihoon membetulkan cermin matanya sebelum menceritakan satu persatu.
Park Jeongwoo
Dia ni atlet harapan sekolah, kalau mana-mana sukan tu confirm muka dia ada je dan kalau korang nak tau mak ayah dia lah yang dermakan stadium untuk sekolah ni. Ayah dia pulak orang atasan dalam bidang sukan negara so tak peliklah kalau anaknya pun mengikut.
Yoon Jaehyuk
Dia ni memang popular dengan cara dia bercakap, memang soft-spoken. Aku yang laki ni pun kadang-kadang cair. Not to say yang dia ni memang baik dan tak sombong. Keluarga dia memang boleh dikatakan antara keluarga paling terkaya di sini. Memang tak pelikla kalau ramai yang tergila-gila kan dia, young and rich.
Hamada Asahi
Dia ni budak jepun yang dah lama duduk sini. Mak ayah dia owned 10 apartments and 10 hospital terbesar disini. Tapi perangai dia ni pelik skit. Aku pun taktau nak explain camne tapi memang lain daripada yang lain. Korang abaikan jela dia tu.
Watanabe Haruto
Yang paling popular antara 0104 ni, mak dia ada hampir 20 syarikat yang terbesar kat sini dan sebuah sekolah yang sangat diimpikan oleh ramai pelajar. Nak tau sekolah apa? ye sekolah ni lah. Dia ni memang popular, hampir semua orang tau siapa dia dan keluarga dia. Belum lagi nak cakap tentang visual dia yang memang good-looking. Tapi tulah perangai dia memang sombong, panas baran dan keras kepala. Kalau salah cakap sikit memang masak la korang.
"Okay, last sekali aku nak ingatkan.."
Kringgggggggg...!!
Belum sempat Jihoon menyambung kata-katanya dia terus menarik kedua-dua tangan si kembar itu lalu memasuki kelas bersama-sama.
-
"Baiklah, harini kita ada murid baru yang baru pindah dari Amerika!
Sila perkenalkan diri masing-masing" cikgu tersebut melemparkan satu senyuman sebelum memberikan laluan kepada mereka berdua untuk memperkenalkan diri."Hi, I'm Junkyu!"
"Hi, you can call me Doyoung""Wohooo" Jihoon menepuk kedua-dua belah tangannya untuk menceriakan suasana kelas apabila tiada sebarang respon daripada pelajar lain. Pelajar yang lain hanya sibuk membuat hal masing-masing tanpa menghiraukan mereka berdua.
"Baiklah, kamu berdua boleh ambil tempat duduk masing-masing ye, saya nak keluar sekejap"
Semua mata hanya memerhatikan pergerakan kedua-dua kembar itu setelah mereka bergerak ke tempat masing-masing tanpa berkata apa-apa. Seolah-olah terdapat penjenayah yang sedang lalu di situ.
-
"Doyoung, Junkyu sini!" Jihoon melambaikan tangannya memberi isyarat kepada mereka.
Junkyu dan Doyoung melambai kembali tangan mereka dan bergerak kearahnya. Namun, tiba-tiba...
"Arghhh"
Semua mata tertumpu ke arah suara tersebut.
"S-sorry saya tak sengaja"
"Tak sengaja kau kata??"
"Saya-"
"Habis baju aku ni sape nak ganti?!? Kau mampu ke nak bayar?!?"
"M-maaf, saya akan cuci balik baju ni"
"Tu bukan ke haru-"
"Shh, senyap lah ko ni" Doyoung meletakkan jari telunjuknya ke bibir Junkyu menyuruhnya untuk diam.
"Kau dengar sini baik-baik, kalau bukan sebab bapak kau keje bawah mak aku, kau takkan masuk sekolah ni tau. So, jangan rasa diri kau tu hebat."
"Aku lepaskan kau kali ni."
"Nasib dia baik harini"
"Alaa tak bestla camni"
"Jarang si Haruto tu biarkan orang macam tu je"
"Matilah dia"
"Perhatikan dia, jangan bagi terlepas"
"Apa yang jadi tadi.." Junkyu mengusap dada dia yang berdenyut kencang daripada tadi sambil mengambil nafas nya semula.
"Itulah yang terjadi kalau korang cari pasal dgn 0104 especially Haruto tu." Jihoon mencelah membuatkan mereka berdua terperanjat sekali lagi.
"Kau ni memang takleh bagi salam ke macam mane?"
"Yelah, sorry sorry"
"Kesiannya dia.." Doyoung bersuara menyebabkan mereka bertiga memandang ke arah "mangsa kejadian" tadi.
'So Junghwan'
"Bukan ke dia budak sekelas dengan kita ?" Junkyu memandang Jihoon lalu dia menggangguk.
"Bukan dia je.."
"Satu 0104 tu sama kelas dengan kita weh""EHHH???" Junkyu dan Doyoung membeliakkan mata diaorg terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Jihoon.
"Aik, aku ingatkan korang tahu??" Mereka hanya menggelengkan kepala.
"Apa-apa jelah, dahla aku nak sambung makan" kata Jihoon lalu meninggalkan mereka berdua yang masih dalam keadaan terpinga-pinga.
———————————————————
end of 001 : 0104