———————————————————
"Kim Doyoung"
"Ye, saya tahu doktor"
"Saya ada lagi seminggu je dekat muka bumi ni""Saya bukan apa, Doyoung. Kalau awak ada usaha untuk teruskan hidup, saya boleh bantu. Ni tidak, saya tak nampak sedikit pun usaha awak"
"Lepastu masalah saya ke masalah doktor??"
"Awak tak fikirkan ke tentang mak awak, tentang abang awak??"
"Awak sanggup tinggalkan mereka macamtu je??""Doktor tak faham.." Doyoung mengetap bibirnya untuk menahan air matanya daripada mengalir.
"Doyoung, kalau awak ada apa-apa masalah, bagitahu saya. Saya boleh bantu awak" doktor tersebut mencuba untuk memujuk Doyoung tetapi Doyoung hanya melarikan dirinya dari bilik tersebut.
Namun langkahnya terhenti apabila melihat sosok yang sangat tidak mahu dilihatnya pada waktu itu.
"J-junkyu..." Doyoung mengundurkan dirinya daripada bertembung mata dengan Junkyu.
"Betul ke apa yang aku dengar tadi, Doyoung??"
"Kau tipu je kan??" Junkyu mengalirkan air matanya."DOYOUNG, AKU TANYA NI!!"
"Kenapa.."
"Kenapa kau tipu aku??" Junkyu beredar dari tempat tersebut, melarikan dirinya."JUNKYU TUNGGU AKU!!" Doyoung mengejar Junkyu, tidak menghiraukan mata-mata yang memandang mereka yang berlari walaupun berada di dalam hujan yang lebat itu. Tidak pernah dia sangka yang rahsianya terbongkar begitu sahaja. Sudah bertahun dia menyembunyikannya tetapi akhirnya semuanya sia-sia. Dia tidak dapat menyalahkan Junkyu juga kerana memarahinya kerana jika dia berada di tempat Junkyu, dia juga akan bersikap sebegitu.
Cuma bagi dirinya, dia tidak mahu menyusahkan keluarganya yang memang sudah susah. Dengan yuran pembayaran sekolahnya yang sudah tentu mahal dan rawatan penyakitnya. Memang tidak dapat dibayangkan.
Doyoung juga telah menipu ibunya beberapa kali untuk meminta wang sakunya bagi keperluan sekolah, walhal duit tersebut digunakan untuk menampung duit appointment bulanannya bersama doktor ditambah juga dengan gaji kerja sambilan yang dibuat olehnya dan sudah pastinya, ibunya termasuklah abangnya tidak mengetahui juga tentang perkara itu.
Dia sendiri juga tidak percaya bagaimana dia dapat merahsiakan perkara itu dengan lamanya. Namun, sekarang semuanya telah terbongkar.
"JUNKYU" Doyoung cuba mengejar Junkyu lagi yang memberhentikan dirinya di hadapan lampu isyarat.
Junkyu pov
"Warna apa tu, aku tak nampak" Junkyu cuba membuka matanya untuk melihat lampu isyarat tersebut namun setelah melihat kelibat Doyoung yang menghampirinya, Junkyu meredah lampu isyarat yang tidak disedarinya berwarna..