-------------------
"Betul ke rumah ni, Junkyu ?" Doyoung bertanya kepada Junkyu setelah mereka tiba di sebuah rumah yang besar dan tersergam indah di hadapan mereka.
"Yelah kot, tengok macam ramai je orang dekat dalam" kata Junkyu sambil menarik Doyoung bersamanya.
"Sila tunjukkan kad jemputan anda ye" seorang pengawal disitu memberikan arahan mereka berdua.
"Kad? ada ke kita dapat kad?" Doyoung bertanya Junkyu yang sedang mencari "kad" yang dikatakan tersebut.
"Diaorang mana ada bagi kad apa-apa kan?" Junkyu bertanya semula kepada Doyoung yang hanya menggelengkan kepalanya.
"Tiada kad, tidak boleh masuk. Kami tidak membenarkan orang luar masuk sesuka hati" pengawal tersebut memberitahu mereka sambil cuba menolak mereka keluar.
"Kenapa pulak? kitaorang dari sekolah yang jugak asal takleh masuk" Junkyu menepis tangan pengawal tersebut sambil membentak.
"Tolong ikut arahan atau kami akan menggunakan jalan yang keras" pengawal tersebut memberikan arah yang terakhir kepada mereka.
"Dahla, Junkyu. Jom jelah balik"
"Balik? Kita dari jauh datang ke sini lepastu kau nak suruh aku balik? Ingat kita ni robot ke apa ikut suka hati dia je nak arah-arah? Dah jemput lepastu halau pulak"
"Junkyu, tengok tu" Doyoung menunjuk ke arah dalam kawasan rumah tersebut yang memaperkan satu sosok yang sangat dikenali.
"JIHOON!!! PARK JIHOON!!!" mereka berdua memanggil namanya namun tidak diendahkan apabila Jihoon telah dibawa oleh sekumpulan pelajar yang lain.
"Dia pergi mana? bukan dia cakap dia ada hal ke?"
"Eh, Yedam, Hyunsuk!!! Sini!!!" Junkyu memanggil lagi rakan-rakan sekelasnya itu namun mereka hanya memandang kearahnya dan berlalu pergi begitu sahaja.
"Kau tak pelik ke, Junkyu?"
"Pelik apa?"
"Aku rasa diaorang prank kita jela"
"Maksud kau?"
"Maksud aku, diaorang hanya pura-pura jemput dan kawan dengan kita sebab diaorang nak prank kita, kau faham tak? this is a trap." Doyoung menjelaskan kepada Junkyu yang masih tidak berpuas hati.
"Kau fikir Jihoon sanggup buat macamtu?"
"Kalau dia tak sanggup, dia tak tipu kau, Junkyu"
"Tap-"
"CUBA JANGAN JADI LEMBAB SANGAT ENGKAU NI" Doyoung menengking Junkyu yang masih tidak dapat menerima realiti. Beberapa orang pelajar berkumpul di pagar tersebut dengan kamera mereka untuk menyaksikan apa yang terjadi.
"Okay, fine. Kau pergi la kalau kau nak, aku takkan balik selagi diaorang tak bagi aku masuk" Junkyu menolak Doyoung ke tepi dan tidak mengendahkannya.