𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟎 𝟏

38.3K 1.4K 120
                                    

Bismillah

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Assalamualaikum mama, papa. Morning!" sapaku riang, alhamdulillah hari ni hari yang indah untuk bahagia.

"Waalaikumussalam, morning Maya." balas kedua orang tuaku,

"Mana along dan angah?" soal mama dengan mata yang masih mencari kelibat putera-putera nya.

"Dekat atas." balasku ringkas dengan tangan yang menyuap makanan kedalam mulut ku, sedapnya nasi lemak ni.

"Assalamualaikum morning semua!" sapa along dan angah serentak, Nik Sufian Yusuff dan Nik Safwan Yusuff.

"Waalaikumussalam, morning."

Seusai sarapan, aku berserta along dan angah mencium tangan mama dan papa untuk pergi. "Pergi dulu mama, papa. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Maya, hari ni first day sekolah tau. Jangan nakal-nakal." nasihat mama lalu memberi satu kucupan di dahi. Aku mengangguk faham,

"Iya mama, ini Nik Sumayah Yaqana lah. Semua benda boleh buat." ujarku riak. Mama menggelengkan kepala melihat gelagat puteri nya sorang ini.

Sampai sahaja di pagar sekolah, "Along, angah. Maya pergi dulu." aku meminta diri lalu menyalam tangan kedua abangku.

"Take care Maya." pesan mereka berdua. Aku dengan faham menabik tangan.

Selepas kenderaan along dan angah hilang dari pandangan, aku tanpa ragu terus melangkah masuk kedalam kawasan sekolah. Besar juga sekolah ni.

Tak silap, kelas aku adalah kelas 5 Ar-Rahman. Tapi mana kelas aku? Uh oh,

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Sedang aku sibuk mencari kelasku, seacara tidak sengaja aku terlanggar satu tubuh yang menghalangi jalan ku.

"Aduh." aku mengaduh perlahan.

"Mata kau letak mana?" tanya nya dingin.

"Eh, cakap elok-elok sikit eh." tuturku dengan nada tidak puas hati.

"Siapa suruh tak tengok depan?" dengan sinis dia bertanya soalan,

Jejaka itu membuat riak muka yang dingin. Sangat dingin. Bulu romaku naik dengan tiba-tiba. Aku mengeras disitu agak lama, terasa tubuh seperti dikunci.

Setelah lama mengeras, aku tanpa mengeluarkan kata-kata terus meninggalkan jejaka tersebut, risau jikalau ada yang bertikam lidah di pagi hari, hahaha. Aku sempat menjeling kan mata ke arah nya.

Setelas sekian lama mencari kelas, akhirnya Allah makbulkan doa aku. Terima kasih Ya Allah! Aku dengan pantas menuju ke kelas baruku iaitu 5 Ar-Rahman.

"Assalamualaikum." aku memberi salam tanpa rasa gelisah. Semua anak mata memandang ke arahku.

"Awak murid baru kan?" soal guru yang berada di dalam kelas itu, aku mengangguk perlahan.

"Baik sila masuk dan kenalkan diri awak kepada rakan-rakan." cantas cikgu itu dengan lembut, aku akur lalu melangkah masuk kedalam bilik tingkatan itu.

"Nik Sumayah Yaqana binti Tuan Syarif, call me Maya. Pleasure to meet you guys." ucapku memperkenalkan diri.

"Baiklah Maya, awak boleh duduk di sebelah Adina." arah cikgu yang bernama Liyana. Aku dengan akur menuju ke tempat yang di tuju oleh Cikgu Liyana sebentar tadi.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now