"Sayang, buat apa sorang-sorang ni?" sapa suamiku lalu mengambil tempat di sebelahku. Aku hanya membalas dengan senyuman lalu menggeleng.
"Tak ada apalah, abang. Cuma teringat kisah lama. Waktu kita masih umur 17. Maya rindu kenangan tu." luahku bersengaja,
"Itulah kenangan yang paling terindah dalam hidup Maya yang takkan dapat pudar dengan waktu. Biarpun kita dah berganjak bakal digelar parent nanti, kenangan tu takkan hilang dari hati Maya." luahku lagi, sambil memegang perutku yang sudah pun memboyot kerana membawa satu nyawa yang amat berharga buat aku dan Irfan.
Kandungan yang sudah berumur 8 bulan setengah dalam perutku ini, dia tersenyum manis. Tambahan pula sudah tahu jantina anak kami, perempuan. Haihlah, pening papa nanti nak handle kita kan, baby?
"Abang pun rindu waktu tu, waktu abang dan sayang bergaduh, tiba-tiba terjodoh. Rindu juga abang nak denda sayang lagi." kini Irfan pula meluahkan perasaannya.
Tangannya kini mengusap perutku, "Anak papa, jangan merayap sangat dalam perut mama awak tu. Kesian mama, nak kena bawa awak. Nanti dah keluar, awak merayap la ke mana pun ya, sayang papa." Irfan cuba berkomunikasi bersama anak kami, tiba-tiba terasa seperti ada yang menendang dari dalam. Amboi sayang mama papa, buat main awak ya.
"Aip, papa baru aje kata tadi. Degil betul, macam mama dia la ni." usik Irfan sambil mencuit-cuit pipiku yang sudah bertambah tembam.
Nak kata apa lah kan, orang mengandung ni memang banyak ragamnya. Kadang nak itu, kadang nak ini. Irfan yang suami melayan aje hehe.
𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarukatuh, kami datang nak melawat bayi." suara dari luar memberi salam, Irfan bergegas ke pintu lalu memusingkan dedaun pintu.
"Waalaikumussalam, masuk la." ajak Irfan,
Mereka berenam pun masuk ke dalam, Dina, Sara dan Ikha terus menuju ke arahku lalu kami bersalam-salaman. Sudah lama tak berjumpa, jujur aku rindukan mereka. Tapi apakan daya, disebabkan umur semakin meningkat, semua sibuk mencari kerja.
"Omo, lamanya tak jumpa kau. Rindu betul! Anak kau pun membesar sihat eh." ujar Dina teruja, dah keluar anak aku nanti dia nak jadi orang pertama yang gendong selepas suami aku katanya. Aku hanya tergelak kecil lalu menggelengkan kepala perlahan. Dari dulu sampai sekarang, perangainya tak pernah nak berubah.
"Ha Dina, Adam. Bila perkahwinan kauorang berlangsung? Dah ada tarikh?" soal Faiz, Dina dan Adam hanya terdiam sebentar. Masing-masing malu lagi.
"Hujung bulan ni, InsyaAllah." balas Adam lalu memandang tepat ke arah Dina.
Aku perhatikan mereka berdua, nampak sangat sudah angau masing-masing. Cuma taknak bagitahu aje, haihlah kawan aku ni.
"Itulah orang kata, jangan benci sangat nanti lama-lama sayang." seloroh Ikha,
"Eleh, kau pun apa kurangnya? Zaril ada lamar kau kan?" seloroh Adam pula.
"Eh, pandai kau duduk diam jelah tak payah lah bagitahu diaorang. Ala kau ni!" bentak Zaril lalu menampar bahu Adam kuat, Adam mengaduh sakit. Sakit gila mamat ni tampar.
"Faiz, Sara. Kauorang bila lagi?" tiba-tiba Zaril menanyakan soalan sebegitu, terus terdiam kedua insan itu.
"Zaril, kau pakai ilmu apa hah? Macam tahu-tahu aje aku dah lamar Sara." balas Faiz dengan nada yang menahan malu,
Terkejut kami semua yang berada disitu, serius lah ni, ini bukan main-main kan? Diaorang pun dah rancang nak kahwin, alhamdulillah aku happy untuk diaorang semua.
YOU ARE READING
Suami Ku Ketua Pengawas
RomanceApabila terpaksa menerima kehadiran antara satu sama lain, atas permintaan keluarga. Perkahwinan antara Nik Sumayah Yaqana dan Tengku Irfan Hakim. Pada awalnya, mereka membantah. Tapi bila difikirkan balik, takkan lah mereka mahu menghampakan ibu ba...