𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟑 𝟎

14.9K 802 50
                                    

Jejaka itu melarikan anak matanya ke merata tempat, tidak jumpa apa-apa.

Ya Allah, selamatkanlan isteriku. Tolong jaga dia, Ya Allah. Mohonnya dalam hati.

Dia berharap sangat yang isterinya selamat, dia tak mahu apa-apa jadi kepada isterinya itu. Dia tak mahu.

"Sumayah!" laung Irfan sekuat hati,

"Sumayah, keluar! Tolong sahut panggilan aku!"

"Nik Sumayah Yaqana!"

Ya Allah, mana isteri aku? Tolong beri petunjuk padaku, Ya Allah. Aku merayu. Aku mohon.

Lama Irfan mencari, tidak ada sahutan sama sekali. Dia yang kelelahan cuba untuk merehatkan diri, dia menyandarkan diri di satu batang pokok yang besar. Peluh yang mengalir didahi tidak dipedulikan. Apa yang dia pedulikan saat ini hanyalah Sumayah, isterinya.

Dadanya mula naik turun, matanya dikelilingi lagi. Tertarik matanya pada satu kelibat gadis yang sedang terdampar di satu batu besar, berdekatan dengan sungai. Terus dia bangun lalu berlari pantas ke arah gadis itu.

"Sumayah!"

Dia memegang pipiku kuat, lalu dia mencari apa-apa luka dari tubuhku.

"Kau ok tak?!" soalnya dengan cemas,

Aku hanya mengangguk lemah, tak mampu mengeluarkan kata-kata. Tangisan yang tidak kukesat, dikesat oleh jejaka itu lembut.

"Dah, shh. Aku kat sini." tutur Irfan lembut,

"A-aku takut, Irfan." ujarku pelan, dengan keesakan.

Irfan mengangguk, "Ya, aku tahu. Aku dah ada dekat sini, jangan takut ok? Aku ada dekat sini." Irfan lantas memelukku,

Aku menangis teresak-esak, pelukan dieratkan. Muka kusembamkan di bahu Irfan.

Sudah aku tenang sedikit, Irfan mengambil tempat disebelahku. Kami diam.

"Macam mana kau boleh sampai kesini?" soal Irfan,

Aku diam seketika, "Aku ikut someone, yang aku ingat akak fasilitator. Tapi, entahlah. Dia bawa aku kesini, terus dia lepaskan pegangan. Aku buka je ikatan, aku dah ada dekat sini. Seorang." terangku.

Irfan diam, lalu dia mengangguk. Dia mengusap tanganku lembut, erat.

"Sekarang, kita kena keluar dari sini." ujar Irfan, aku mengangguk setuju.

Irfan bangun dengan perlahan, lalu tangan dihulurkan padaku. Aku menyambutnya.

Baru sahaja bangun, bahagian kakiku terasa berdenyut. Aku mengaduh sakit perlahan.

"Kenapa?" soal Irfan, aku menggeleng.

"Sumayah." tegas Irfan pula,

Aku mengeluh perlahan, "Kaki aku lebam, lepas lintas titi." balasku.

Irfan diam lalu terus dia mengangkat tubuhku, terbuntang mata buat seketika.

"Irfan, turunkan aku! Aku boleh jelah jalan sendiri!" herdikku sambil menolak dada tegapnya,

"Diam, dah sakit tu buat cara sakit." aku mencebik, lalu menjeling ke arahnya. Tak habis-habis dengan perangai paksa dia tu.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Lain pula situasi oleh abang dan akak fasilitator termasuk guru dan kawan-kawan Irfan dan Maya.

"Irfan, Maya! Mana kauorang, kalau kauorang dengar suara kitaorang, tolong jawab!" laung Adam diikuti oleh yang lain.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now