𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟏 𝟓

16.3K 835 92
                                    

Kedengaran loceng rumah ditekan berkali-kali, wanita tua itu merengus kecil. Siapa pula yang main-main loceng rumah malam-malam buta begini? Wanita itu membuka pintu rumah lalu menjenguk ke luar kawasan rumahnya.

"Assalamualaikum mama!" kelihatan figuraku bersama Irfan diluar rumah, terus wanita lingkungan 40-an itu tersenyum suka. Aku melambai ke arah mama dalam beberapa kali,

"Ya Allah, bertuah punya budak!" bentak mama geram, pandai kenakan mama sekarang ya!

Mama mencubit pipi gebuku dengan perasaan geram, aku mengaduh sakit. "Auuu, sakitlah mama!" rengetku manja, sakit, tapi aku rindu. Ehehe, tipulah kalau aku tak rindu dengan pelukan mama, bebelan mama, cubitan mama.

"Mama," sapa Irfan lalu mencium tangan mama,

"Irfan, sihat?" soal mama lembut ke arah menantunya itu, Irfan tersenyum manis lalu mengangguk. Entah kenapa mataku ralit menilik wajah si dia, kacak.

"Amboi, tak puas ke tenung suami dekat rumah?" kata mama dengan senyuman mengusik kepadaku, terus pandangan aku beralih ke arah mama.

"Sejak bila pula orang pandang Irfan? Mama tahu tak, orang dah muak menghadap muka dia setiap hari." nafiku dengan muka selamba,

Aku sedar apabila satu renungan dari mata jejaka itu, aku cuba untuk membuat muka selamba lalu menatap wajah Irfan. Lantas aku mengerlingkan mata ke arah lain.

"Eh, apa pula duduk dekat luar aje tu? Marilah masuk!" sampuk papa tiba-tiba membuat kami tersentak,

"Rindunya dengan puteri bongsu papa ni!" luah papa lalu mencubit pipiku. Sekali lagi.

"Auuu, sakitlah papa!" aduku lalu menggosok pelan pipiku yang dicubit buat kali kedua. Adeh, tadi kena dengan mama, ni dengan papa pula? Hahaha.

"Eleh baru sikit." usik papa lalu mencuit hidungku pula, aku tersengih manja.

"Menantu papa, macam mana? Sihat?" soal papa kepada anak menantu kesayangannya pula, Irfan tersenyum manis lalu mengangguk sopan, entah lah, terasa jantung berdegup kencang apabila melihat jejaka itu mengukirkan senyuman manis. Tak mungkin aku dah...

Taklah. Tak mungkin. Dan tak akan terjadi.

sahaja aku di tingkat atas, terus aku membuka daun pintu lalu menghempaskan badan ke atas katil empuk kesayanganku itu. Sejujurnya, aku sangat rindu dengan bilik ni. Bilik yang dihuni aku hampir 17 tahun.

"Tepilah." tiba-tiba satu tangan menolak tubuhku ketepi, lalu terus figura itu merebahkan diri.

"Amboi kau, sedapnya baring atas katil aku. Takde, takde. Kau pergi tidur bilik tetamu." bentakku lalu menolak tubuhnya kuat. Malah, hampa, sedikit pun tubuhnya tidak berganjak.

"Irfan, keluarlah!" rengetku pula dengan tangan yang masih menolak tubuh si jejaka itu. Kuat pula dia ni.

Sedang aku menolak tubuh Irfan, secara tiba-tiba satu rasa denyutan muncul dibahagian belakang tengkok, terus aku memaut leherku yang terasa sakit. Irfan yang mendengar aduhku lantas bangun dari baring.

"Sumayah, kau kenapa ni?!" soalnya cemas sambil memegang belakang tengkukku,

"S-sakit..." ucapku dengan penuh rasa.

Tangan Irfan terkocoh-kocoh mengambil ubat yang diberi dokter sekiranya berlaku kesakitan.

"Makan ubat ni." arah Irfan, aku pantas menggeleng. Aku taknak makan ubat!

"Tak payah mengada, makan ubat ni." bentaknya lagi.

Aku lalu menggeleng sekali lagi, "Irfan. Aku ok." ujarku perlahan, matanya memanah tajam ke anak mataku.

"Dalam sakit macam ni pun, kau masih nak berdegil?" cantas Irfan sambil mengeluh berat. Aku hanya berdiam diri.

"Sumayah."

"Aku taknak kau sakit macam ni. Aku nak kau sihat macam dulu, aku tak suka tengok kau macam ni. Sumayah. Aku nak Sumayah yang sihat, Sumayah yang ceria, Sumayah yang kuat bebel. Macam dulu. Tolong, makan ubat."

Rayuan itu, serta-merta menusuk dalam ke lubuk hati. Mungkin itu hanyalah kata-kata, ataupun mungkin dia benar-benar maksudkannya. Betulkah apa yang diucapkan oleh si dia? Atau itu hanyalah kata-kata untuk menyenangkan hatiku? Tapi, dari segi percakapan, dia benar-benar maksudkannya. Ataupun tak.

Aku perlahan-lahan mengangguk.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Sumayah." panggil Irfan, pantas aku menoleh ke arahnya dengan muka tanda tanya.

"Bersiap sekarang." arah Irfan dingin, bukan Irfan lah kalau tak dingin.

Aku mengeluh, "Nak pergi mana?" aku mula merenget,

"Tak payah banyak tanya." bentaknya langsung, aku menjeling ke arahnya serta mencebik. Suka sangat paksa orang.

Tiba kami di mall, terus aku memandang Irfan dengan muka yang hairan. "Kenapa kita dekat sini?" soalku dengan wajah yang cemberut, namun soalan itu dijawab. Terus Irfan menarik lenganku lalu menuju masuk. Dia ingat tangan aku ni tali ke main tarik-tarik macam tu aje?

"Mama suruh beli barang dapur." jawab Irfan setelah sekian lama soalanku terbiar. Aku menepuk dahiku pelan, Allahu. Baru aku ingat, mama ada pesan suruh beli barang dapur sikit.

"Tadi mama pesan apa eh?" tanyaku sambil menggaru kepala yang tidak gatal, lupa pula. Hehe.

"Minyak masak, bawang merah, cili." balas Irfan dingin. Aku mengangguk faham. Aku tanpa melengahkan masa, terus menarik tangan Irfan lalu menuju ke arah bahagian barang dapur.

"Aku pergi beli minyak masak kat sana, kau pergi beli bawang merah dan cili." putusku, Irfan memandangku pelik.

"Kau boleh ke angkat botol minyak masak tu?" soalnya dengan senyuman sinis.

"Kau ingat aku pendek sangat ke?" bengangku. Lantas aku menjeling.

Aku terus memulakan langkah tanpa menunggu balasan darinya, "Kau tu, jangan nak merayap." sempat lagi dia meninggalkan pesanan,

"Eish, aku tahulah. Aku bukannya budak-budak." terus aku menjelingnya.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Apa yang tinggi sangat diaorang letak minyak masak ni?" aku cuba menjinjatkan kaki untuk mencapai minyak masak yang berada dibahagian atas. Namun gagal.

Aku yang pendek ke benda alah tu yang tinggi? "Diaorang ni apalah, letak tinggi-tinggi macam ni. Eish." bebelku seorang diri,

"Jangan salahkan orang lain kalau memang diri sendiri yang pendek." kedengaran suara itu menyampuk, lalu dia mencapai minyak masak itu.

Aku mencebik sebelum memandang ke arah jejaka itu, "Kau nak kata aku pendek lah?" soalku tidak puas hati.

"Kau memang pendek." balasnya sinis, aku menjeling ke arahnya. Buat sakit hati ajelah bila bercakap dengan mamat ni.

Tanpa kami sedar, setiap gerak geri kami diperhati oleh seseorang. Jejaka itu tergelak sinis.

"I'm back, Maya. I'm back. Kau tunggu aku untuk dapatkan hati kau balik ya, sayang. I miss you."

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now