𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟎 𝟕

17.6K 928 28
                                    

Hari ini, kembalinya kami sebagai pelajar untuk ke sekolah seperti biasa.

"Sumayah, bangun." kedengaran suara yang sedang mengejutku dari tidur.

"Hm, lima minit." balasku mamai,

"Kau jangan nak mengada boleh tak? Baik kau bangun sekarang." tegasnya sebelum membaling bantal ke arah mukaku.

Aku hanya membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh si dia,

"Kau bangun sekarang." tuturnya dingin. Aku tidak memberi sahutan sama sekali,

"Bangun." Sekali lagi, sekali lagi aku tidak memberi sahutan. Irfan mengeluh kecil, Apalah nasib dapat bini macam ni. Desis hatinya, kedengaran tapak kaki melangkah pergi dari tempat tidur. Dan aku masih menyambung tidurku dengan dibuai mimpi.

Tiba-tiba aku terasa tubuhku seperti diangkat, serta merta aku membuka mataku dengan luas.

"Woi apa kau buat ni, turunkan aku!" pekikku,

"Tadi kau kata taknak mandi kan?" sinis Irfan sambil merenung mataku tajam.

"Eee, ya ya aku mandi. Tolonglah turunkan aku!" desisku.

Irfan perlahan-lahan menurunkn tubuhku, "Tunggu apa lagi? Pergilah mandi." arah Irfan, aku memandang wajahnya dengan perasaan yang tidak puas hati. Mama pun tak pernah paksa aku bangun sampai macam tu, suka hati dia je.

"Ke nak aku angkat lagi?" segera aku menggeleng lalu terus mengatur langkah ke bilik air.

Selepas bersiap berpakaian uniform sekolah, kami menuruni tangga ke tingkat bawah untuk menjamu sarapan.

"Assalamualaikum, morning ummi, abah." sapa Irfan terlebih dahulu,

"Waalaikumussalam, morningg." Balas ummi dan abah,

"Mana abang?" soalnya sambil mencari kelibat Abang Imran,

"Awal-awal tadi dia dah pergi kerja dengan kawan dia." balas ummi. Kami berdua mengangguk serentak,

Seusai menjamu diri, aku dan Irfan segera menuju ke muka pintu depan.

"Kitaorang pergi dulu ya ummi, abah. Assalamualaikum." ujar Irfan lembut,

"Waalaikumussalam, kamu berdua jaga diri ya. Irfan, jaga isteri elok-elok." pesan ummi, Irfan hanya senyum lalu mengangguk.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Sampai sahaja di sekolah, seperti biasa, Irfan akan melakukan tugasnya sebagai ketua pengawas. Manakala aku, hanya membatu sebagai pelajar baru. Bosan tahu tak? Jadi janganlah pindah sekolah. Tapi pindah jelah, hahaha.

Aku menunggu rakan-rakan sekelas aku, terutamanya? Mestilah mereka.

"Assalamualaikum warahmatullah wabarukaatuh! Oit awal kau sampai?!" pekik Ikha, bagai nak roboh bangunan ni dibuatnya.

"Waalaikumussalam, jangan jadi kelawar boleh tak?" sindir ku. Ikha tersengih,

"Biasalah, isteri ketua pengawas kan." tutur Dina sambil menayangkan senyuman, begitu juga Sara. Mula dah diaorang ni,

"Kauorang, jangan nak mula eh." siap-siap aku memberi amaran, mereka cuba sedaya upaya untuk menahan ketawa, aku hanya mengeluh kecil. Tabahlah hati bila dapat kawan begini, haih.

"Kejap lagi ada perhimpunan, jangan nak ponteng ya." cantas Sara tiba-tiba, uh oh. Ya, sememangnya kami terlupa hari ni adalah hari Isnin.

"Diaorang je, aku tak." balas Dina dengan muka yang tidak bersalah. Kurang asam punya kawan, padahal dia yang jadi penghasut.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now