"Nik Sumayah Yaqana binti Tuan Syarif, pergi balik rumah awak tu. Maya tu isteri orang tau, ada suami." bebel mama, sudah penat mahu memujuk anak perempuannya seorang ini.
"Ala, mama tak happy ke Maya balik?" rengetku, lalu memeluk lengan mama yang sedang membawa hidangan.
"Bagi lah Maya tidur sini malam ni, please." segala rayuan pujukan aku keluarkan demi tidak mahu tidur di rumah itu. Ya, dari pagi tadi sampailah sekarang aku tidak bertembung dengan Irfan sebabkan hal semalam.
"Itulah Maya, conteng lagi muka Si Irfan tu. Tahu takut kalau menantu mama tu marah." bidas mama, aku memuncungkan mulut. Bukan selalu aku nak bermanja-manja dengan mama. Kalau dulu bolehlah aku peluk cium mama, manja dengan mama tak kira waktu. Sekarang, memang susah nak manja dengan mama. Bak kata mama, Maya kena lah bermanja dengan Irfan pula. Dia tu dah jadi suami Maya. Tapi aku hanya pekakkan telinga tentang hal itu, tak kuasa aku.
"Maya saja je. Maya bosan, sebab tu lah Maya conteng muka dia." aku memberi alasan.
Mama hanya menggelengkan kepala, dalam beberapa minit loceng rumah ditekan dari luar. Membuatkan mata kami menuju ke arah pintu utama. Along bangun lalu membuka pintu.
"Sampai pun kau," Irfan. Itulah figura yang masuk ke dalam rumahku. Terus aku menyembunyikan diri di belakang tubuh mama. Sekali lagi mama menggeleng, lalu mata ditoleh ke arah menantunya. Senyuman mama diukir manis.
"Assalamualaikum, mama." sapa Irfan lalu mencium tangan mama.
"Ya, Irfan. Waalaikumussalam." balas mama pula. Manakala aku masih mengikut gerak-geri mama yang bergerak ke sana ke sini. Irfan hanya memandang tajam ke arahku, lagi lah aku cuba untuk bersembunyi.
"Sudah-sudah lah duduk belakang mama, Maya. Salam suami tu." arah mama, mukaku sudah mulai pucat. Mama menarik lenganku supaya aku kedepan menghadap Irfan. Oh Allah, i'm not ready.
Sampailah aku betul-betul di hadapan jejaka itu, tangannya aku salam lalu cepat aku mahu meleraikan pegangan. Malangnya, Irfan lebih pantas lalu menggenggam tanganku. Mati lah kau Maya.
𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇
Aku berdiri di hadapannya dengan menundukkan kepala, tidak berani melihat wajahnya yang gerun itu. Jari-jemari dimain. Mulut diketap rapat.
"Pandang aku Sumayah." arahnya dengan nada serius.
Aku menggelabah dalam hati lalu dengan perlahan kepalaku diangkat. Dapat kulihat wajah jejaka itu saat ini. Ngeri.
"Aku bosan lah, bukan sengaja pun nak conteng muka kau. Ala lagi pun, doraemon comel apa." aku membela diri. Siapa lagi lah yang mahu membela kalau bukan diri sendiri.
Irfan menghelakan nafas berat, nampak sangat dia marah.
"Ya, aku tahu aku salah. Aku minta maaf." aku mengaku salah aku, jadi lebih baik minta maaf kan? Karang suami aku kata aku isteri derhaka pula. Lah, baru minta maaf dah kutuk balik.
"Ingat tak reti mengaku tadi." aku mencebik perlahan, ada aje nak buat aku melawan balik. Karang kena list dalam senarai jenis-jenis isteri derhaka pula.
"Apa memang dah tak ada kertas ke dekat rumah sampai muka aku kau jadikan kertas?" soalnya pula.
Aku mula gagap, "Salah ke kalau muka suami sendiri?" soalku balik,
Irfan tersenyum sembunyi, suami? Sejak bila gadis ini mengaku yang dia ni suaminya? Irfan mengalihkan pandangan ke tepi. Lalu memandangku kembali dengan wajah tegang.
Aku dengan spontan terus memeluk tubuh Irfan. Secara spontan. Perasaan malu aku tolak ke tepi. Yang aku tahu aku nak Irfan maafkan aku.
Irfan terkedu. Pergerakannya terhenti apabila tubuhnya dicekup oleh sesuatu yang kecil darinya.
"Aku... Minta maaf." selepas memuntahkan perkataan itu, terus aku menyembamkan muka di dadanya. Pipi memerah seperti tomato segar dari kebun. Malu.
Irfan hanya diam sambil tersenyum manis ke arah Maya, jantung yang berdegup kencang Irfan masih menayangkan wajah lagak serius. Rasanya lepas ni Irfan sudah tidak tahu cara untuk bernafas. Mungkin?
"Aku maafkan kau."
Lama aku memeluk tubuh Irfan, akhirnya aku leraikan. Keadaan menjadi sunyi antara kami. Janggal? Ya.
"Aku nak solat dulu, kau pergilah tidur." putus Irfan, aku hanya mengangguk akur.
𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇
"Apa kau nak, Rafiq?" kedengaran suara garau Irfan seraya nada dingin.
"Nothing, aku nak tahu keadaan Maya. Tu je, tak boleh?" soal Rafiq yang berada di dalam talian. Salahkah dia mahu bertanya tentang buah hati nya sendiri? Rafiq tersenyum senget.
Irfan hanya diam, membiarkan jawapan Rafiq tidak terjawab. Wajahnya dengan tenang menghelakan nafas berat, walaupun dalam hatinya api sedang membara ke puncak limit seorang Tengku Irfan Hakim. Irfan hanya mendiamkan diri sahaja tanpa membalas apa-apa dari Rafiq.
"Tak apalah, cakap dekat sayang aku, aku sayang dia tau. Sayang sangat." ujar Rafiq berserta senyuman sinis di ukir. Urat Irfan mula menimbul tanda menahan amarah yang amat.
Tanpa berkata apa-apa terus Irfan menekan punat merah di skrin handphonenya. Irfan menyandarkan pinggangnya di tengah bucu meja. Dia stres. Dia risau. Apa akan Rafiq lakukan lepas ni? Rampas Maya darinya?
Irfan menggeleng kepala berkali-kali, dahi ditekan perlahan.
Aku yang sudah cukup mengumpul keberanian, memunculkan diri dari menyorok di sebalik dinding. Jelas kelihatan wajah Irfan yang agak terkejut dengan kemunculan aku.
"Dah lama ke kau dekat situ?" soal Irfan dengan nada biasa, aku membalas dengan anggukan. Irfan diam.
"Rafiq nak apa?" soalku pula.
Irfan diam lagi. Tak mahu menjawab pertanyaan aku. Mulut diketap rapat dan pandangan tidak beralih ke arahku malah pandangannya mengarah ke bawah. Lantai.
"Kalau Rafiq ajak kau kahwin dengan dia, kau nak?" soalan yang tidak ku jangka akan ditanya oleh Irfan. Kenapa dia tanya begini?
"Kau bagi ke?" balasku dengan soalan, Irfan diam kembali.
"Kalau aku bagi, kau nak?"
Aku membuat muka tanda tanya, apa punya soalan lah suami aku ni. Nak aku madukan dia ke apa?
"Mestilah tak. Buat apa aku kahwin dengan dia? Aku kan ada suami, so aku tak perlukan orang lain untuk gantikan suami aku." balasku selamba.
Memang betul kan, buat apa perlu gantikan Irfan dengan Rafiq? Kalau suami sendiri pun dah buat aku senyum tiap hari, jadi kenapa perlu cari yang lain? Aku sayang suami aku okey.
"Kenapa kau tanya aku macam tu, kau takut hilang aku eh?" usikku kepadanya. Irfan membuat muka bosan.
"Tak ada masa."
Tapi dari sudut hatinya. Ya, dia tak mahu kehilangan isterinya yang sudah dia sayang sepenuh hati. Hanya seorang Nik Sumayah Yaqana ini yang mampu menerangi hidup seorang Tengku Irfan Hakim. Tidak boleh dia bayangkan jikalau satu hari nanti Maya sudah tiada di sisinya. Demi Allah, dia sayangkan isterinya, Nik Sumayah Yaqana. The only his precious. Irfan's precious.
YOU ARE READING
Suami Ku Ketua Pengawas
RomanceApabila terpaksa menerima kehadiran antara satu sama lain, atas permintaan keluarga. Perkahwinan antara Nik Sumayah Yaqana dan Tengku Irfan Hakim. Pada awalnya, mereka membantah. Tapi bila difikirkan balik, takkan lah mereka mahu menghampakan ibu ba...