𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟏 𝟕

14.5K 876 92
                                    

"Maya." aku menoleh ke arah wanita itu dengan senyuman,

"Ya cikgu, ada apa?" sahutku.

"Cikgu nak minta tolong awak, boleh?" pinta Cikgu Liyana, aku dengan besar hati mengangguk.

"Boleh aje, cikgu." balasku sambil menghadiahkan senyuman ke arah Cikgu Liyana, begitu juga dia.

"Tolong hantar barang-barang ni dekat Irfan." arahan yang diberi membuatkan senyumanku mati serta-merta, terbuntang mataku seketika.

"B-boleh."

"Terima kasih Maya." ucap Cikgu Liyana ke arahku dengan senyuman,

Hilang sahaja kelibat Cikgu Liyana, terus aku mengeluh berat. Nak jumpa lelaki tu lagi? Ya Allah, selamatkanlah aku dari kena bebel dengan mamat tu lagi.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Tiba sahaja aku di depan pintu bilik pengawas, ada orang ke tak dalam bilik ni? Kang terjah, orang kata aku ni penceroboh.

"Ehem."

Satu deheman itu sudah cukup membuat jantungku hampir terkeluar, aku menoleh kebelakang lalu kini aku berhadapan dengan satu figura.

Irfan.

Fuh lega aku, ingatkan buaya mana tadi. "Bagilah salam." ujarku lalu menjeling ke arahnya,

"Kenapa kau datang sini?" Irfan terus menanyakan soalan kepadaku. Tidak mahu melengahkan masa mungkin, lagipun sekarang dekat sekolah. Bukan rumah.

"Cikgu suruh aku kasi barang ni dekat kau." balasku lalu menghulurkan barang yang diberi Cikgu Liyana tadi, aku pun taktahu apa barangnya tu.

Pantas Irfan menyambut huluran, "Ada apa-apa lagi?" aku menggeleng.

"Aku nak pergi rehat, bye. Assalamualaikum." aku meminta diri, Irfan membalas dengan anggukan. Tak mahu sembang lama-lama, nanti ada pengheboh.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Kau pergi mana? Lama betul, jumpa kekasih hati ke?" soal Dina sambil menayangkan sengihan, aku menjeling.

"Tak habis-habis nak merepek." cantasku.

Tiada angin, tiada ribut. Satu tangan menghentak meja kami kuat, serentak kami tersentak. Dah kenapa dia ni? Dah takde kerja lain? Apa lagilah perempuan ni nak.

"Kau nak apa lagi hah, Farisya?" terus aku menanyakan soalan ke arahnya, sudah naik muak aku asyik hadap orang yang sama. Amaran yang sama.

"Kau buat apa hah jumpa boyfriend aku tadi?! Kau ingat aku tak nampak ke?!" jerkah Farisya tidak tentu pasal, aku menutup gedegang telinga dari pekak mendengarkan jerkahan gadis itu.

"Mana ada apa, aku cuma kasi dia barang, Cikgu Liyana suruh. Yang kau terpekik macam orang gila ni dah kenapa? Tolonglah Farisya, aku taknak gaduh dengan kau." terangku panjang, berapa kali nak ulang benda yang sama? Haih.

"Kau ni memang perempuan taktahu malu kan? Lelaki lain kau tak dapat goda, kau goda boyfriend aku." tuduh Farisya sambil menolak bahuku berkali-kali.

"Farisya! Tolonglah, perangai kau tu jangan macam budak-budak, kau fikir Maya bodoh macam kau? Gila dengan jantan yang taknak dekat kau? Cerminlah diri tu, jangan jadi murah!" tengking Dina sepuas hati, aku dapat lihat wajahnya yang merah-kemerahan itu. Seperti sudah lama dia menyimpan perasaan itu. Ikha yang cuba menenangkan amarah Dina, dia menjeling ke arah Farisya.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now