𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟑 𝟔

13.3K 765 50
                                    

Pada hari yang indah. Begitu juga paginya. Aku turun dari katil lalu mengatur langkah ke dalam bilik air. Habis aku bersiap, aku terus menuruni tangga dan menuju ke arah meja makan.

"Assalamualaikum, anak mama. Morning." sapa mama terlebih dahulu, tidak lupa untuk dia melebarkan senyuman.

"Waalaikumussalam, mama. Morning." aku membalas sapaan mama.

"Dah, mari makan. Nanti sejuk makanan." aku mengangguk lalu melabuhkan punggung ke atas kerusi.

Usai makan, tidak membuang masa aku terus menyalam tangan mama lalu melangkah keluar dari lantai rumah.

Aku berjalan ke sekolah seperti biasa, kaki kini menuju ke koridor. Aku pelik, banyak anak mata menuju ke arahku dengan pandangan yang kurang menyenangkan. Aku ada buat salah ke? Fikiran negatif aku buang jauh-jauh.

Sampai aku ke dalam kelas, "Assalamualaikum, kauorang." sapaku ke arah kawan-kawanku. Bukan cuma Dina, Sara dan Ikha. Malah Adam, Faiz, dan Zaril pun ada.

Mereka tidak jawab salam yang ku beri. Keceriaan sedikit pun tidak terpampar di wajah mereka, hanya wajah yang serius. Sara mendekatiku dengan perlahan-perlahan. Dia memegang bahuku.

"Maya, kitaorang nak kau jujur dengan kitaorang. Boleh?" soalnya sayu,

Aku mengangguk sambil tersenyum, "Boleh, apa dia?"

"Boleh tak, kau jujur dengan kitaorang pasal gambar ni?" belum sempat Sara berkata apa-apa, Dina memotong. Dia menunjuk satu gambar yang terpampar di skrin telefonnya. Aku terkedu. Wajah yang tadi senyum kini pudar apabila melihat gambar yang aku lihat. Gambar seorang gadis yang sedang berpelukan bersama seorang lelaki di dalam kelab malam, dan gadis itu ialah aku. Bersama lelaki yang aku tidak kenali.

Tak mungkin... Tak mungkin. Jangan cakap benda yang sama akan berlaku kembali... Aku taknak... Aku taknak!

Aku menggeleng kepala berkali-kali, "Tu bukan aku... Tu bukan aku, kauorang!"

"Haih, habis tu siapa kalau bukan kau, Nik Sumayah Yaqana binti Tuan Syarif?" muncul figura Farisya yang sedang sandar di dinding sambil memeluk tubuh.

"Semua orang tahulah itu kau, Maya. Tak payah kau nak berlakon tak tahu apa-apa." sambung Farisya lagi.

Aku menggeleng lagi, menafikan apa yang dikata Farisya.

"Kauorang, tolong lah percayakan aku... Tu bukan aku!" aku cuba meyakinkan mereka, tapi mereka hanya diam.

Air mata kini tidak dapat ku tahan, akhirnya mengalir laju. Aku mengesat air mata yang keluar lalu berlalu pergi dari kelas, orang-orang yang berbisik aku buat tidak endah. Aku lari keluar dari kawasan sekolah. Kini aku tiba di satu pokok yang besar. Aku bersandar di batang pokok besar itu lalu memeluk lutut merapati badan.

"Aku taknak benda yang sama berulang kembali, Ya Allah." ucapku sayu.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Irfan melangkah masuk ke dalam kelas 5 Ar-Rahman, tanpa memberi salam. Hal itu membuatkan semua orang dalam kelas itu terkejut.

"Irfan? Apa kau buat dekat sini?" soal Ikha, Irfan tidak menjawab soalannya. Pandangannya kini beralih ke tempat Maya.

"Sumayah mana?" soalan dibalas soalan. Semua diam.

Tiba-tiba Farisya datang mendekati Irfan, lalu dia hentikan langkahnya di sebelah jejaka itu.

"Takkan you taktahu lagi, pasal apa yang jadi?" soal Farisya dengan suara yang lemah lembut, tetapi menggoda.

"Pasal apa, pasal yang viral sekarang?" balasnya dingin, lalu menjeling Farisya. Itu membuatkan Farisya sedikit tersinggung. Namun dia tebalkan mukanya.

"Yalah, pasal apa lagi? You masih nak cari perempuan tu lepas apa yang dia dah buat. Dia tipu you, dia tipu kawan-kawan you. Kononnya dia perempuan yang suci tapi sebaliknya dia pelacur."

Dengar sahaja kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu, Irfan memandangnya tajam. Farisya yang melihat perubahan dari wajah Irfan, terus menukar pandangan ke arah lain. Takut mahu menatap renungan gerun itu lama-lama.

"Kau. Sekali lagi kau sebut perkataan tu pada Maya, aku tak teragak-agak untuk buat kau masuk wad, atau icu. Jangan cabar aku, Ungku Farisya." amaran keras Irfan ungkapkan kepadanya. Kalau ikutkan hati, mahu aje dia sakitkan gadis itu. Mujur masih ada sifat waras dalam diri.

Farisya hanya berdiam diri tanpa mendongak ke arah wajah jejaka yang berada di hadapannya itu, dengan laju dia terus beredar dari kelas itu.

Irfan menghembus nafas perlahan, dia taktahu apa yang jadi sekarang. Dia taktahu nak buat apa. Irfan buntu.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Maya sayang, buka lah pintu ni. Mari makan. Sampai bila nak berkurung dalam bilik tu?" pujuk mama buat kali yang ketiga. Dia tahu anak perempuannya ini masih sedih tentang gambar itu. Ya, gambar yang viral itu.

"Tak apalah, mama... Maya... Tak ada selera." balasku lambat, aku memang tiada selera untuk turun makan. Biarpun perut terasa lapar bagai nak rak. Apa yang aku fikirkan sekarang hanya pasal Irfan. Dia percaya kah tentang gambar itu? Macam mana kalau dia benci kan aku, macam kawan-kawan aku?

Air mutiara kembali mengalir deras ke pipi, lutut dirapatkan ke badan. Muka disembamkan di lutut, memikirkan nasib yang menimpa diriku sekarang. Aku rindu kawan-kawan aku, aku rindu suami aku. Ya Allah, kuatkan lah aku untuk menghadapi segala ujian-Mu.

Irfan... Aku perlukan kau. Aku perlukan sokongan kau... Aku rindu kau, Irfan... Tolong jangan benci aku... Tolong...

"Maya, buka pintu ni. Janganlah berkurung dalam bilik tu. Maya tak makan lagi, makan sikit ya? Along taknak adik along sakit sebab tak makan." kini along pula yang memujukku, malah aku hanya diam.

"Maya, angah ni. Buka lah pintu. Kita makan sama-sama, Maya makan sikit pun jadi lah. Nanti siapa yang nak sakat angah lagi, Maya tak sayang dekat kitaorang ke." pujuk angah pula.

"Anak papa kuat kan, Maya janganlah sedih sampai macam ni. Kami semua rindukan Maya yang dulu, yang ceria, yang bahagia. Papa tahu anak papa tak buat benda yang murka macam tu. Maya, buka pintu ni. Please."

Timbul rasa bersalah dalam diri, seluruh keluargaku bersusah payah memujuk diriku yang degil ini. Diaorang risaukan kau, Maya. Kau tak patut buat diaorang risau. Kau tak patut buat diaorang macam ni.

Aku berdiri, lalu memulakan langkah ke pintu. Aku kuak dedaun pintu perlahan. Melihat seluruh keluargaku dengan wajah yang lega. Terus mama memeluk ku erat. Kedengaran tangisan mama yang teresak-esak membuatkan aku sebak. Air mataku kini jua mengalir perlahan di dalam dakapan mama.

"Maya tak buat benda tu, Maya tak buat... Maafkan Maya sebab malukan keluarga kita... Maya minta maaf..." dengan sayu aku mengucapkan demikian.

"Mama tahu anak mama. Mama tahu anak mama tak buat benda macam tu. Mama, papa, along, angah. Percayakan Maya. Kami semua ada untuk Maya. Jangan buat mama risau macam ni lagi ya sayang."

Aku mengangguk.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now