Aku mengelap peluh yang mengalir di dahi, lalu menuju ke arah sofa di ruang tamu. Habis juga kemas rumah. Jam dinding dikerling sekilas, 11.30 pagi. Lama betul suami aku ni keluar, kata kejap je.
Maya, jangan kata kau rindu dia? Baru setengah jam dia keluar, kau dah gelabah penyu. Tapi, apa salahnya aku rindu suami sendiri? Bukan suami orang lain pun, kan? Dari kita resah, apa kata kita layan k-drama jap? Lama juga aku tak tengok k-drama, rindu dekat Wi Ha Joon aku. Hahaha.
Sedang aku leka dengan dunia sendiri, tiba-tiba sepasang tangan menyentuh bahuku.
"Ma Rabbuka!"
"Allahu Rabbi!"
Tercetus ketawa along dan angah yang baru balik, aku mendengus lalu memukul kepala dua makhluk itu. Mereka mengaduh sakit.
"Sakitlah!" along dan angah mengusap kepala mereka, jahat betul adik mereka ini. Sampai hati pukul abang-abangnya yang kacak ini,
"Padan muka, kacau orang lagi. Dengan masuk, tak bagi salamnya." bidasku sambil mencekak pinggang seperti mak-mak yang sedang memarahi anaknya.
"Helo, kitaorang bagi salam lah. Maya yang pekak!" angah bersuara menegakkan kebenaran, suka hati dia je kata kita tak bagi salam, kita bagi ok! Aku menjeling sekilas.
"Irfan mana?" soal along sambil melilaukan matanya mencari kelibat suamiku. Aku menjongket bahu, mana lah aku tahu dia pergi mana.
"Keluar dengan geng dia kut." balasku spontan, along dan angah hanya mengangguk.
𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇
"Siap sekarang." tiada salam, tiada apa, terus di arah oleh Irfan. Aku memandangnya dengan wajah yang hairan.
"Nak pergi mana?" soalku,
Pergerakannya serta-merta terhenti, matanya diarahkan ke anak mataku. Tepat.
"Beli barang." balasnya ringkas, aku mengangguk faham. Terus aku bangun dari bingkas katil lalu menuju ke bilik pakaian untuk menyalin baju. Aku memilih baju berwarna biru gelap bersama tudung selendang berwarna hitam. Itu aje warna yang memikat hati.
Selesai bersiap, aku keluar dari bilik pakaian. Terlihat figura Irfan yang sedang menatap skrin fon miliknya.
"Ipan, aku dah siap." kataku, terus muka didongak ke atas. Dia memandangku atas bawah. Lalu mata jejaka itu dialih ke arah mataku.
Irfan hanya memandang isterinya yang cantik molek itu, dia menahan diri daripada senyum. Nak pergi beli barang je, tapi kenapa cantik bak bidadari ni? Rasa nak hentuk aje kepala dekat dinding. Bisik hati Irfan, kalaulah boleh dia picit-picit pipi isteri dia yang gebu tu.
Aku memetik jari di depan muka jejaka itu, Irfan mengedipkan matanya lalu berdehem kecil.
"Kau kenapa, tengok aku macam tu? Aku tahu lah aku cantik." pujiku sendiri sambil memeluk tubuh dengan rasa bangga, Irfan tergelak sinis.
"Perasan." ujar Irfan sepatah.
Aku mencebik, bukan nak sokong bini dia seorang ni. Menambahkan baran ada lah. Aku menjeling Irfan sekilas.
"Dah, jom."
𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇
Kami menghentikan langkah di hadapan kedai baju, Irfan kata nak beli baju. Aku pun tak tahu baju apa. Malas nak tanya.
"Kau sorang jelah masuk," selorohku terlebih dahulu. Jejaka itu mengalihkan pandangan. Matanya menusuk tajam ke dalam anak mataku membuatkan aku mengalihkan pandangan ke arah lain.
Irfan terus memaut tanganku tanpa keizinan serta kerelaan dari tuan badan sendiri. Aku mendengus kecil, suka-suki dia je pegang tangan aku. Tapi aku biarkan sahaja, taknak lah jadi isteri derhaka.
Semua anak mata kini mengarah ke kami, mesti diaorang pelik remaja muda seperti kami sedang berpegangan tangan. Apa lagi yang mereka boleh fikir? Mestilah fikir yang aku dan Irfan bercinta dan tak tahu batas sesama sendiri. Harap tidaklah.
"Ipan, aku nak pergi bahagian tudung jap." aku meminta izin.
"Nak buat apa?" soalnya kembali,
Aku merenung ke arahnya tajam, soalan apakah ini? "Nak beli tudung lah, takkan nak jual sayur." balasku selamba. Irfan menjelingku sekilas.
"Jangan lama sangat." pesan Irfan, tanpa memandang ke arahku. Tanpa berlegah aku terus melangkah ke arah bahagian tudung.
Aku membelek-belek setiap helai tudung yang digantung di situ, semua warna menarik perhatianku. Rasa macam nak borong satu kedai! Kualiti kainnya juga sangat selesa, apatah lagi memakainya kan? Aku kemudian membelek-belek tudung yang lain.
Sedang khusyuk memilih tudung, satu suara menyapa. Aku menoleh ke sebelahku. Senyuman yang dilebarkan sebentar tadi terus bertukar pudar. Suram. Aku dan dia menatap mata agak lama. Air liur ditelan kelat. Kaki mula untuk melangkah pergi, tapi sempat dia menarik lenganku kuat.
"Lepaslah!" aku menepis tangan itu kasar, nafas mula naik turun.
"Sayang, aku rindu kau. Rindu senyuman kau. I miss everything about you." senyuman sinis mula terukir di bibir jejaka itu, cepat-cepat aku melangkah kembali. Tidak cukup dengan itu, dia menarik tanganku pula.
"Kau nak apa lagi, Rafiq?!" jerkahku, suara sedikit bergema. Beberapa orang disitu memandang ke arah kami. Tapi tidak kuhiraukan buat masa sekarang.
"Auch, garangnya my baby." kini tangan mula naik ke mukaku, cepat-cepat aku tepis segala sentuhan jijiknya itu.
𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇
Irfan yang sedang menunggu kehadiran isterinya sudah mula risau. Minah ni pergi beli tudung ke jual tudung ni? Sindir hati. Kesabaran Irfan sudah pun pudar, terus kaki berlari mencari isterinya.
"Sayang, aku boleh jelaskan."
"Dahlah, Rafiq. Tak ada apa yang perlu kau jelaskan lagi, semuanya dah terbukti. Aku benci kau!" ucapku senoktah. Apa lagi yang nak dijelaskan? Sudah terang lagi bersuluh yang dia cuba buat benda yang tak baik pada aku dulu. Aku menggeleng kepala berkali-kali, tidak mahu mengingatkan peristiwa gelap itu.
Rafiq yang cuba untuk mencapai tanganku ditepis kasar oleh seseorang, terkejut aku apabila melihat figura Irfan yang muncul di sebelahku. Rafiq mengerang sakit pelan.
"Kau, Rafiq. Sekali lagi kau sentuh isteri aku, aku patahkan tulang rusuk kau." amaran keras diberi dengan nada dingin oleh Irfan, manakala Rafiq hanya tergelak kecil. Lalu dia mengetap bibir.
"So, you're Maya's husband huh?" Irfan hanya membiarkan soalan Rafiq tidak dijawab, malah mereka berdua menatap mereka antara satu sama lain. Dengan pandangan maut. Berani mahu mengganggu isterinya? Langkah mayat dia dulu.
"I-irfan, dahlah." aku memberanikan diri untuk bersuara, tak mahu ada kekecohan di tempat awam. Irfan perlahan-lahan melepaskan tapak tangannya dari mencengkam tangan Rafiq. Aku menarik lengan Irfan menjauhi Rafiq.
Terus kami melangkah pergi dari situ, membiarkan Rafiq seorang diri.
Lelaki itu mengetap rahangnya, tiba-tiba tergelak sinis. Dari jauh dia memandang dua figura itu dengan pandangan yang penuh dendam. Terutama sekali, Irfan. Rafiq memeluk tubuh sambil menggigit bibir.
"Kita tengok, siapa yang akan dapat Maya. Dan aku akan pastikan yang Maya akan jadi hak milik aku." kata Rafiq sendiri, dia juga mahu tengok sebesar mana pengorbanan Irfan terhadap Maya. Sebesar mana cinta Irfan terhadap Maya, dia mahu menguji mental Irfan. Apa yang akan berlaku sekiranya isterinya disentuh, dia mahu menyaksikan bagaimana seksanya dua insan itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/303203892-288-k178199.jpg)
YOU ARE READING
Suami Ku Ketua Pengawas
RomanceApabila terpaksa menerima kehadiran antara satu sama lain, atas permintaan keluarga. Perkahwinan antara Nik Sumayah Yaqana dan Tengku Irfan Hakim. Pada awalnya, mereka membantah. Tapi bila difikirkan balik, takkan lah mereka mahu menghampakan ibu ba...