Tidak pernah terlintas di dalam akal fikirannya yang diri bakal menjadi mangsa dendam.
Siapakah pendendam itu? Apakah alasannya?
Dikahwinkan tanpa kerelaan diri sendiri, disakiti dan dikhianati. Segalanya dirasai sendirian. Sahabat?
"𝘉𝘶𝘵 𝘸𝘩𝘺 �...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Promises are meant to be broken
Punat berhenti treadmill ditekan oleh Bisya sebelum dia duduk di sisi Ryn yang masih meneruskan lariannya.
"Ryn." Panggilnya senada. Memalingkan wajah Ryn yang basah dipenuhi peluh.
"Kau rasa apa yang kau buat ini betul ke?" Dengar saja persoalan Bisya itu, terus punat berhenti ditekan olehnya.
Kemudian, Ryn hulurkan pula tangannya. Memberi tanda untuk diberikan air mineral yang telah tersedia.
"Tak."
Apabila Bisya telah memberi apa yang diminta. Terus penutup botol dibuka dan didongakkan ke mulutnya. Dengan keadaan badannya yang mengah, memang laju saja air mineral itu diteguk. Meninggalkan suku saja.
"Then? Kenapa kau masih proceed kalau dah tahu tak betul?" Bersuara Bisya tika dia rasa sudah lama dia menunggu penyambungan yang tiada.
"Kau tahu apa yang aku nak Bisya." Jawab Ryn lalu botol mineral itu dicampakkan ke arah Bisya yang pantas menyambut. Ish! Nasib tak kena muka aku!
"Tapi kenapa Nayra?" Nadanya mula tidak berpuas hati.
Selama ini, apa yang dipinta oleh Ryn semuanya dia turutkan. Tetapi itu selagi mana apa yang dirancang sahabatnya itu tidak menganggu mana-mana pihak yang tidak bersalah.
Bisya masih waras. Dia tahu di mana batasnya untuk menolong seorang sahabat. Tidak seperti Ryn, semuanya ikut tekak dia saja. Kalau dia rasa pahit lebih baik, dia ikutkan terus yang pahit.
Boleh kata Ryn suka buat perkara yang diakhir cerita akan menyusahkan Bisya.
"Habis kalau bukan Nayra, siapa? Engkau? Hahaha... Memang taklah!"
Mendengarkan jawapan Ryn itu terus Bisya Nadeera mendengus geram dan bangkit dari duduknya.
"Ke sebenarnya... Dalam diam, kau memang dah lama syok dekat abang aku?" Soal Ryn sambil kakinya perlahan-lahan diaturkan menghampiri Bisya yang menghentikan langkah.
"Ryn, ka- kau nak buat apa ni?" Ujar Bisya yang tiba-tiba tergagap tatkala dengan pantasnya Ryn mengunci pegerakkannya pada cermin besar di dalam bilik gim itu.
Ryn tidab menjawab, malah didekatkan pula wajah maskulinnya ke wajah Bisya sehinggakan meremang bulu tengkuknya apabila nafas hangat Ryn mula menyentuh sedikit di kulit leher.
"I warn you, Bisya... Jangan pernah cuba untuk dekat dengan mana-mana lelaki..." Bisik Ryn lembut ke telinga Bisya, membuatkan dirinya terasa mahu rebah.
"Ry- Ryn... Let me go!" Katanya dengan nada yang bergetar. Seakan mahu menangis.
Ryn yang melihat mula tersenyum nakal sebelum dia menegakkan sedikit badan sasanya.