Tidak pernah terlintas di dalam akal fikirannya yang diri bakal menjadi mangsa dendam.
Siapakah pendendam itu? Apakah alasannya?
Dikahwinkan tanpa kerelaan diri sendiri, disakiti dan dikhianati. Segalanya dirasai sendirian. Sahabat?
"𝘉𝘶𝘵 𝘸𝘩𝘺 �...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Promises are meant to be broken
Ryn tatap skrin telefon bimbitnya. Pada tika itu, perasaanya terasa bercampur-baur. Memikirkan jauh tentang apa yang sudah dirancangkan olehnya.
Gambar yang terpapar pada skrin telefonnya itu dilihat sekali lagi sebelum paparan skrin tiba-tiba saja berubah. Memaparkan panggilan yang bertera nama.
Ryn kaku seketika. Seakan-akan tuan panggilan itu sudah tahu dirinya ingin dipanggil. Nafas ditarik dalam sambil jari menekan butang hijau yang tertera.
Dia tahu. Sudah lama dia tahu yang Alana sudah meninggalkan Zayn. Sejak hari pertama Alana berangkat ke Dubai lagi.
"Hah? Kau biar betul Zayn? Apa yang dah jadi?" Soal Ryn seakan ingin didengari prihatin oleh abangnya.
"Ini semua salah fashion show bodoh dia itulah!" Kata Zayn dengan nada yang mula berkasar apabila dia mengingati kembali asbab dirinya ditinggalkan.
Seakan tidak dapat dipercayai oleh Zayn sendiri bahawa dirinya sudah ditinggalkan. Ego kelakiannya terasa seperti dicabar. Zayn ketap rahangnya lalu dikatupkan mata sambil kepala disandarkan pada sofa.
"Habis? Wedding kau ini kira cancel ke macam mana?"
"Memang taklah! Kau gila ke nak cancel Ryn? Kad jemputan semua dah dapat. Majlis pun dah nak dekat!" Jawab Zayn bersama amarah yang dilepaskan tanpa sengaja.
Tanpa dilihat olehnya, Ryn terdahulu menjarakkan telinga dari telefon. Terasa bingit bunyinya di telinga apabila Zayn sudah mula meninggikan suara.
"Habis... Kalau masih nak teruskan, nak jadi majlis apa? Tahlil?" Gurau Ryn yang sudah bermalas-malasan dengan abangnya itu.
"How I wish..." Zayn gulingkan biji matanya. Serabut! Menyampah!
Baru sahaja Ryn ingin membuka mulut untuk dibalas bicara. Haze yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik tidurnya itu memotong tindakannya.
Ryn angkat kedua keningnya. Kenapa?
Gerak-geri Haze yang terus datang menghampirinya itu diperhatikan sebelum badan sasa itu tunduk untuk membisikkan sesuatu kepada telinganya.
"Ryn! Kau dengar tak apa aku cakap?" Soal Zayn dari panggilan tatkala kediaman adiknya menjadi jawapan sejak dari tadi.
Ryn anggukan kepalanya kepada Haze menandakan dia memahami apa yang baru dimaklumkan kepadanya. Lalu, terus saja telefon itu dilekapkan kembali pada telinga.
"Okay bro, chill okay... Aku dengar. Look, dari kau sibuk stress-stress macam ni. How about tonight kau ikut aku keluar?" Ajaknya. Menerima tawa sinis dari hujung panggilan.