Bab 12

174 11 1
                                        


Promises are meant to be broken

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Promises are meant to be broken

"Nayra!!!"

"Nayra Mikayla!" Kuat Dato' Khalif menepik nama. Hinggakan, satu penghuni rumah itu turun membawa diri.

"Abang!" Terkejar-kejar isterinya yang cuba mendapatkan tubuh si suami yang sudah terdahulu meninggalkannya.

Dalam hati, tidak terhenti dia berdoa agar Tuhan berikan ketenangan buat suaminya.

Dato' Khalif semakin lajukan langkahnya. Begitu juga dengan rasa marahnya, semakin membara di dada.

"Nayra!" Nama dilaung lagi tika kaki sudah menjejak lantai rumah.

"Kau sini!" Langkah kaki yang menuruni anak tangga itu terhenti. Terkejut apabila papanya menengkingnya dari jauh.

Dato' Khalif ketapkan rahang. Gambar yang berada di dalam pengangannya itu dilihat sekilas sebelum kelopak dipejam erat. Kecewa. Sungguh kecewa!

Anak yang selama ini dia didik, dia berikan perhatian dan segalanya. Akhirnya, tergamak melakukan perkara yang mengaibkan. Beginikah dia membalas jasa?

"Pap- papa kenapa-" Pang! Tak semena-mena satu tamparan hebat dilayangkan ke pipi Nayra.

Mengejutkan semua mata yang menjadi saksi. Datin Narisa tekup mulutnya. Terpana.

"Kakak!" Raisha yang ingin pergi mendapatkan kakaknya terus terbantut. Kepalanya kemudian menunduk. Memandang pada lengan yang ditahan oleh si suami.

"Allahuakbar, abang! Nayra, Nayra... Ya Allah..." Dia yang tadi terkaku di muka pintu, lantas mendapatkan Nayra yang terpusing wajah akibat ditampar.

"Apa benda ni? Kau bagitahu aku sekarang, apa benda ni?!" Sejurus itu, gambar itu disua kasar ke hadapanya sebelum ia dilemparkan ke wajah Nayra yang ditutupi rambutnya itu.

Kelu lidah Nayra untuk berkata tatkala mata memandang pada beberapa kepingan gambar yang sudah bersepah di kaki.

"Papa... Nayra- Nayra..." Mata Nayra sudah mula memerah.

"Abang, sabar la dulu bang. Duduk, kita semua boleh bincang baik-baik..." Datin Narisa paut lengan suaminya.

"Nak bincang baik-baik apa laginya? Awak tengok apa yang dia dah buat! Perangai macam tak ada maruah!" Tepiknya lagi.

Air mata yang tadinya ditahan sekuat hati kini berjurai. Nayra kemamkan bibirnya. Ditahan pula dari terbitnya suara tangisan dari bibir. Macam mana papa boleh dapat gambar ini?

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 22, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

OG | BEAUTIFUL DISASTERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang