Bab 5

182 15 1
                                    


Promises are meant to be broken

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Promises are meant to be broken

"Congrarulations, Nayra. You have done a great job for this company. I am really counting on you for more to come..." Ujar wanita separa usia itu kepadanya sambil tangan kanannya dihulur untuk dijabat.

Nayra tersenyum manis. Bahagia betul dia rasa ketika itu. Aku naik pangkat woi!

"Thank you, Dato'. Thank you so much. Without you Dato', I pun takkan dapat rasa gaji lima angka tahu!" Gurau Nayra membuatkan mereka berdua tertawa suka.

"Hahaha... Don't say that darling. Tanpa I, you masih boleh dapatkan jawatan itu. Trust me, since the first day you're working here. I know you akan blow upkan this company. You're such a very talented person."

Pintu kaca bilik mesyuarat itu dikuak oleh Nayra sebelum dia memberi arah laluan kepada majikannya untuk terdahulu melangkah keluar. Kemudian, langkah Dato' Rozana itu juga turut dituruti olehnya bersama pembantu peribadi majikannya dari belakang.

"Well, thank you Dato' for the compliments. I really appreciate every words of yours. Terima kasih sekali lagi sebab beri kepercayaan kepada I, untuk handle cawangan butik you di KL. I janji yang I takkan hampakan you, Dato'." Tutur Nayra tanpa hilangnya senyuman dari wajah manisnya.

"Okay, we will see. Tapi I harap sangat you boleh pergi fashion show tu, Nayra. It's good for you to be there."

"InsyaAllah Dato'. I perlu tanya my parents dulu. Maklumlah, I ini kan masih solo. Risau habis diorang nanti kalau biarkan I pergi. Nak nak, negara orang."

"Oh really? Baguslah kalau macam itu! Nanti dah nak kahwin bagitahu I. I sendiri akan sponsor baju pengantin untuk you. Just pick any dekat butik!" Ternganga mulut Nayra yang mendengar.

Calon pun dia masih belum ada lagi, tiba-tiba sudah diberi peluang untuk dipilih baju pengantin. Nampaknya memang berangan di awang-awangan la dia dahulu.

Bila mereka sudah tiba di lot parking yang menempatkan kereta milik Dato' Rozana dan dirinya. Nayra ucapkan selamat tinggal sebelum kot panjangnya yang berwarna beige dicabut dari badan dan diletakkan pada kerusi belakang.

Enjin kereta kemudian dihidupkan sebelum telefonnya berbunyi diminta untuk diangkat saat Nayra baru sahaja ingin memulakan pemanduan.

"Yes Bisya?" Sapanya apabila mata sudah membaca nama yang tertera pada skrin.

"Malam ini? Pukul berapa?" Jam di tangan dilirik oleh Nayra sambil telinganya peka terhadap apa yang dituturkan.

OG | BEAUTIFUL DISASTERWhere stories live. Discover now