Promises are meant to be broken
"Update." Datar suara Bisya bersuara.
Lessa anggukkan kepalanya sebelum mata ditumpukan pada ipad yang merapat pada dada.
"No sign of they're being followed apart from us. And, Res also says that Zayn was taking her to the clinic. So far... They're just fine, miss."
"How about Ryn? Haze ada bagitahu apa-apa?" Telefon di sisi dicapai.
Hampir seratus notifikasi yang masuk dari aplikasi Whatsapps hanya dipandang kosong olehnya. Tiada langsung keinginan untuk membalas apatah lagi untuk membacanya.
"He's back on suicide attempt again, miss. And-" Mulut Lessa terkunci.
Tidak mampu untuk menyambungnya apabila Bisya serta-merta bamngkit dari duduknya sambil menghentakkan tangan ke atas meja.
"What?! Kenapa you tak bagitahu I?" Suaranya mula meninggi.
"I was going to, but... You told me to not disturb you, unless it was emergency..." Jawab Lessa yang cuba membuang getaran dalam dirinya.
Gerun. Sudah lama sebenarnya dia tidak melihat wajah bengis Bisya Nadeera yang amat dikenalinya itu. Dari pandangannya kini, Bisya terlihat bengang dengan maklumat yang baru diterimanya.
Manakan tidak, sudahlah syarikatnya sedang mengalami masalah. Ditambah lagi dengan masalah kehidupan peribadi. Lessa mengagak, tidak mungkin dalam keadaan begini, Bisya masih dapat bertenang seperti dirinya yang selalu.
Bila dia lihat Bisya mula membuka mulutnya. Lessa tahu dia hanya perlu bersedia dengan setiap kata yang dilunturkan.
"Everything about Ryn is emergency! Especially this damn thing, Less. You knew it!" Marahnya sebelum kaki berjalan ke kotak kunci yang berdekatan dengan pintu bilik.
"Kerja senang tak boleh buat! Aku hire orang lain ambil position kau baru tahu!"
Kening Lessa berkerut seribu. Tidak memahami dengan apa yang diluahkan oleh Bisya itu melainkan perkataan 'hire' dan 'position'.
"Mi- miss! Nak- miss nak per- perigi, pergi mana?" Gagap Lessa bertanya.
Maklumlah, bahasa itu bukan datang dari tanah airnya. Kedatangannya jauh dari Malaysia. Padahnya, memang kenalah dengan empunya badan, langsung tak faham Bahasa Melayu.
YOU ARE READING
OG | BEAUTIFUL DISASTER
RomanceTidak pernah terlintas di dalam akal fikirannya yang diri bakal menjadi mangsa dendam. Siapakah pendendam itu? Apakah alasannya? Dikahwinkan tanpa kerelaan diri sendiri, disakiti dan dikhianati. Segalanya dirasai sendirian. Sahabat? "𝘉𝘶𝘵 𝘸𝘩𝘺 �...