Bab 4

193 16 1
                                    

Promises are meant to be broken

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Promises are meant to be broken

Qasrena tidak senang duduk. Sekejap duduk, sekejap bangun. Kemudian berjalan ke hulur, ke hilir. Alana yang melihat dari tadi mula naik rimas apabila dia tidak duduk diam dihadapannya.

"Rena, you chill boleh tak? Serabutlah I tengok."

"Rena, you chill boleh tak? Serabutlah I tengok." Qasrena mengajuk Alana. Tangannya pula sudah bercekak di pinggang. Kecik besar kecik besar aje dia memandang Alana ketika itu.

"Lana, this is not funny okay? You can't do this to him. You dengan Zayn dah almost seven years. Jangan sembang macam you tak kenal dia la Lana..."

"Habistu you nak I buat apa? Zayn sendiri cakap yang dia nak I stop jadi model lepas kahwin. I can't let it happen! Sia-sia ajelah usaha I selama ini." Bentak Alana. Mengeluhkan Qasrena yang hampir tidak tahu lagi mahu berkata apa.

"Rena, you're my best friend... You tahu yang dari mula lagi this is what I;ve been wanted for so long. Boleh tak at least you be happy untuk I?"

"Lana, I do happy for you. Thus, I am really, really proud of you. Tapi I merayu dekat you Lana. Jangan buat macam ini, please... I tak nak you menyesal di kemudian hari..."

Alana helakan kasar nafasnya. Kenapa tak ada yang faham apa yang aku nak?

"Enough, Rena! Enough! " Bentak Alana sekali lagi apabila apa yang dikatakan oleh Qasrena semakin menambah keserabutan kepalanya yang sudah cukup serabut.

"Cakaplah apa yang you nak cakap. Tapi semuanya dah terlambat. I akan bertolak ke Dubai in 3 hours. By then... If Zayn ada jumpa you. Bagi dia surat ini." Sampul surat yang berada di dalam beg sandangnya dikeluarkan sebelum dihempas kasar ke atas meja.

"Alana!" Tinggi nadanya memanggil. Tidak menyangka Alana menjadi setekad itu.

Jika selama ini, Alana masih dapat mempertimbangkan nasihatnya. Tidak untuk kali ini. Apa yang dikatakan oleh Zayn betul-betul sudah mengubah Alana.

Dia yakin bahawa Alana tidak membuat keputusan melalui hatinya.

"I pergi dulu, Rena.Take care..." Qasrena mengangkat kepala memandangnya.

Direnung dalam mata sahabatnya itu. Memang terlihat jelas oleh Qasrena. Alana melakukan semua ini bukan atas kerelaannya sendiri.

Badannya masih kaku berdiri tatkala Alana berjalan melepasinya. Bila dia dengar pintu rumah sudah terkatup rapat, barulah dia mengatur langkah ke tingkap rumahnya.

Adham...





Langkahnya yang laju menuruni anak tangga terhenti seketika apabila dia terlihat adiknya sedang membaring di atas sofa sambil merenung jauh pada pintu rumah.

OG | BEAUTIFUL DISASTERWhere stories live. Discover now