Tidak pernah terlintas di dalam akal fikirannya yang diri bakal menjadi mangsa dendam.
Siapakah pendendam itu? Apakah alasannya?
Dikahwinkan tanpa kerelaan diri sendiri, disakiti dan dikhianati. Segalanya dirasai sendirian. Sahabat?
"𝘉𝘶𝘵 𝘸𝘩𝘺 �...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Promises are meant to be broken
Pintu kereta Audi A5 miliknya itu ditutup sebelum kakinya berjalan ke sisi kiri kereta. Dari luar pagar, dia perhatikan saja keadaan di sekeliling kawasan banglo yang dibina gah dihadapannya itu.
Kemudian, telefon yang disimpan di dalam poket dicapai. Nama panggilan "Kayla" dicari lalu terus ditekan.
Tanpa sedar, bibir Zayn mula tersenyum sungging saat panggilan itu diangkat.
"Hello..."
"Kau buat apa?" Soalnya senada.
Mengerutkan kening Nayra yang mendengarkan persoalan itu. Lagi-lagi suara pemilik yang bertanya. Seakan dia pernah dengar sebelum ini.
Kemudian, telefon yang melekap pada telinga terus disuakan ke hadapan muka. Unknown number?
Nayra semakin keliru.
"Siapa ni?" Soalnya bermalas-malasan. Meletuskan tawa kecil Zayn yang mendengar.
Apakah daya, malam ini saja sudah berpuluh-puluh kali dia ulang-alik masuk ke tandas. Badannya semakin lemah dengan keadaan perutnya yang masih kosong.
Ikutkan dia, memang tidak larat sebenarnya Nayra ingin bawa diri untuk turun ke dapur. Hanya setakat mengisi perut dengan botol air yang tersimpan dalam biliknya saja. Itupun, sudah bernasib baik.
"Tak cukup 24 jam lagi, kau dah lupa suara aku?"
Mulut Nayra yang terbuka ingin membalas kembali tertutup sebelum wajahnya berkerut menahan sakit.
Senak pula terasa apabila perutnya tiba-tiba memulas sekali lagi.
"Nayra?" Panggil Zayn tika telinganya tertangkap pada suara Nayra yang sedang merintih sakit.
"Nayra, kau okay tak?" Soalnya pula.
Punggung yang melabuh pada atap enjin kereta serta-merta diangkat. Wajah Zayn sudah bertukar serius. Tindak-tanduknya juga seiring dengan angin kerisauannya ketika itu.
"Nayra? Nayra, aku ada dekat depan rumah kau ni. Nayra???"
Hampa. Langsung tiada sahutan dari hujung panggilan. Zayn semakin seriau. Berulang-alik dia berjalan di hadapan pagar rumah itu. Cuba mencari jalan untuk masuk ke dalam.
Seakan niatnya diketahui Tuhan, tiba-tiba saja ada tangan yang memaut bahunya dari belakang.
"Ish engkau ni, biar la aku tolong. Badan kau tu, dah lembik macam sotong kau tahu tak?" Kata Zayn yang sempat mengutuk Nayra dalam ayatnya.
Nayra jelingkan matanya pada Zayn sebelum dia hanya biarkan saja lelaki itu kembali menarik sebagai sokongannya untuk berjalan.
"Orang dah sudi nak tolong, dia yang bodoh sombong..." Tambahnya lagi sebelum mendudukkan Nayra ke atas kerusi penunggu yang sudah tersedia di dalam klinik itu.