Bab 9

167 12 1
                                    

Promises are meant to be broken

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Promises are meant to be broken

"Nayra, kau-"

"Macam mana you tahu yang Bisya letak dadah dalam air I?" Pintas Nayra yang sedang duduk di atas bangku tanpa melepaskan pandangan tasik di depan matanya.

Dia terkilan. Tidak sangka tuduhan Zayn yang dia marahkan sangat tadi rupanya benar.

Tanpa sedar, kertas keputusan makmal yang dipegang oleh tangannya digenggam kuat. Kecewa. Sedih. Marah.

Apa salah dirinya sampai sanggup dikhianati begini?

"What else do you think it could be? Pil tidur not gonna last more than 7 to 8 hours, Nayra." Jawab Zayn yang tenang disebelahnya.

"Kenapa... Kenapa dia buat I macam ni?" Nada mula berubah sebak. Mata yang sudah berkaca ditahan dari ia mengalir jatuh.

"That could be so much reason. Which, I don't even know..."

"Siapa you?" Soal Nayra sambil kepalanya ditolehkan memandang Zayn.

Wajah Zayn hanya beriak bersahaja disedarnya. Dari mereka pulang dari pejabat agama hinggalah di tepi tasik hospital ini.

Begitu saja diri Zayn. Tenang dan bersahaja. Seolah-olah sedikit pun dirinya tidak tergugat langsung terhadap perkara yang menimpa mereka.

"Well... Aku, Zayn Khaliq if you're not remem-"

"I ingat nama you Zayn Khaliq. Ustaz tu ada baca ICyou tadi. But my question is, who. Are. You? And what are the main purpose of this, sampai kita kena tangkap basah apa semua ni?" Soalnya bertubi-tubi.

Kedengaran seakan dirinya sedang mendesak tetapi bukan itu niatnya sebenarnya.

Dia cuma mahu tahu kebenaran. Firasatnya juga mengatakan bahawa Zayn tahu sesuatu yang dia tidak tahu. Dan disebabkan itu, lelaki ini hanya tenang saja.

Tak seperti dia, serabut memikirkan banyak hal. Lagi-lagi tentang kes tangkap basah mereka. Bagaimana dia harus berterus-terang dengan keluarganya?

"Zayn... Tolong explain dekat I. You really seems know something." Zayn hela nafasnya sebelum kedudukan badan diperbetulkan menghadap pada Nayra.

"Nayra, aku jujur dengan kau, yang sebenarnya aku pun tak tahu the main purpose of this. Tapi aku yakin, this is all kerja adik kembar aku. Dia yang plan untuk perangkap kita,"

OG | BEAUTIFUL DISASTERWhere stories live. Discover now