Bab 7

179 13 4
                                    


Promises are meant to be broken

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Promises are meant to be broken

Haze toleh sisinya bersama keluhan yang mula terbit dari bibir. Badannya yang agak terasa lenguh diperbetulkan sedikit sebelum dia kembali menyandar pada kereta Mercedes- AMG ES Sedan miliknya itu.

Kereta bos bagi. Kalau mahu tunggu dia sendiri yang beli, memang akhirnya makan pasir la.

Kepalanya pula kemudian mendongak ke atas, menatap pada langit biruan gelap yang diterangi bulan.

"Kau dekat mana?" Pandangan Haze teralih akan persoalan itu.

Matanya pula memandang kosong figura lelaki yang berdiri tidak jauh darinya.

Entah dengan siapa dia berbual di telefon ketika itu. Haze tidak pasti. Tetapi berdasarkan apa yang dia dengari, rasanya memang sudah boleh diagak.

Tanpa sedar, Haze mula menilik setiap satu pakaian yang dipakai pada tubuh lelaki itu. Dari bawah hingga ke atas.

Bermula dengan but hitam, jeans denim hitam serta baju kemeja yang turut berwarna sama. Butang pula memang sengaja dibiarkan hingga menampakkan jelas dada yang sasa.

Tidak dilupakan juga dengan beberapa aksesori yang dipakai pada telinga, leher dan tangannya. Haze geleng kepala.

Memang jauh sungguh perwatakan lelaki itu dari tuannya!

"Whatever... It's never been my business. Anyway, thank you dar-" Panggilan diputuskan.

"Ling...?" Ujar Khalish yang menyambung ayatnya sambil melihat pada skrin telefon yang sudah gelap.

Kaki kemudian mula menapak selangkah dua sebelum dia berdiri bersebelahan dengan Haze.

"Urgh, whateverlah!" Telefon dicampakkan saja ke kanannya. Mengerakkan spontan tangan Haze yang terus menangkap telefon tuannya itu.

Huih! Dia ni kan!

"Kau tunggu apa lagi? Cepatlah bawa masuk dia ke dalam!" Kasar Khalish mengarahkan Haze.

Tanpa banyak soal, Haze turutkan saja kehendaknya dalam diam. Tetapi dalam hati, sudah lama dia menyumpah.

"Bilik 306. Kau jangan lupa pula!"

Haze kekal diam. Kedua tangannya pula digagahkan untuk memapah lelaki yang sudah terbaring di kerusi belakang.

"Aduh!" Perhatian Khalish teralih tatkala terdengar aduhan Haze yang berlanggar pada pintu.

OG | BEAUTIFUL DISASTERWhere stories live. Discover now